Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remake Tomb Raider: Legacy of Atlantis Ditunda Ke Februari 2027; Versi Switch 2 Disahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Remake, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Remake Tomb Raider: Legacy of Atlantis Ditunda Ke Februari 2027; Versi Switch 2 Disahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara State of Play hari ini, Amazon Games bersama pembangun Crystal Dynamics dan Flying Wild Hog berkongsi maklumat baharu bagi game Tomb Raider: Legacy of Atlantis. Pada masa yang sama, mereka turut mengesahkan perubahan pada tarikh pelancaran game tersebut.

Sekarang, remake kepada game klasik tahun 1996 ini akan dilancarkan pada 12 Februari 2027, berbanding perancangan asal pada tahun 2026.

Selain penundaan ini, pihak pembangun turut mengumumkan bahawa game ini akan hadir ke Nintendo Switch 2, melengkapkan senarai platform yang disahkan sebelum ini iaitu PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Bagi pemain yang membuat pre-order untuk Deluxe Edition atau Collector’s Edition, akses awal akan bermula pada 10 Februari 2027.

Nafas Baharu Kepada Lara Croft

Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, Tomb Raider: Legacy of Atlantis membawakan pengembaraan pertama Lara Croft ke era moden. Pasukan pembangun tidak lagi menggunakan reka bentuk lokasi terasing seperti dalam versi 1996.

Sebaliknya, kawasan Lost Valley di Peru telah direka semula menjadi kawasan yang lebih luas dan saling berhubung. Pendekatan ini memberikan ganjaran kepada pemain yang gemar meneroka serta membolehkan mereka menyelesaikan teka-teki daripada pelbagai sudut.

Teka-teki yang cukup dikenali (seperti teka-teki gear) dibina semula sepenuhnya agar bersesuaian dengan persekitaran baharu yang lebih luas ini.

Pemain akan membawa Lara ke kawasan berbahaya di Greece, Mesir, dan sebuah pulau mitos Atlantis. Untuk terus hidup, mereka perlu memanfaatkan kekuatan, ketangkasan, grappling hook, serta pistol kembar ikonik miliknya untuk melawan serangan haiwan liar, tentera upahan, dan ancaman prasejarah.

Versi Lara Croft kali ini akan dihidupkan semula oleh pelakon suara Alix Wilton Regan.

Amazon Games dan Crystal Dynamics turut menyatakan bahawa versi Switch 2 sedang dioptimumkan sepenuhnya untuk konsol baharu tersebut, bagi memastikan pemain mendapat pengalaman visual yang lancar dan sinematik yang sama.

Edisi dan Bonus Pre-Order

Tiga pilihan edisi sedia untuk di-pre-order:

  • Standard Edition: Mengandungi game asas dan akses awal untuk “Survivor Outfit,” yang diinspirasikan daripada penampilan Lara dalam versi reboot tahun 2013.
  • Deluxe Edition: Mengandungi game asas, Survivor Outfit, akses awal 48 jam bermula 10 Februari, “Parisian Fugitive Outfit” (diinspirasikan daripada Tomb Raider: Angel of Darkness), serta pek cerita DLC selepas pelancaran.
  • Collector’s Edition: Menawarkan semua kandungan daripada Deluxe Edition, bersama barangan fizikal eksklusif termasuk steel case premium, buku seni mini, pin mohor Croft, rantai kunci azimat Atlantis, serta patung yang memaparkan Lara Croft menentang T-Rex.

Di samping itu, pemain yang mendaftar Amazon Games iD dan menghubungkannya dengan platform game pilihan akan menerima pakaian eksklusif percuma iaitu “Mediterranean Wetsuit Outfit” sebaik sahaja game ini dilancarkan.

Tags: Tomb Raider: Legacy of Atlantis
ShareTweetSend
Previous Post

Phantom Blade Zero Ditunda Ke 29 Oktober, Bakal Adakan Showcase Khas Tidak Lama Lagi!

Next Post

Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!

Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia "STARBOUND" 2026 Di Kuala Lumpur!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd