Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dynasty Warriors 3: Complete Edition Remastered – Sebuah Klasik PS2 Dihasilkan Semula Untuk Gamer Moden!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2026
in Action, Artikel, Berita, Musou, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Remastered, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dynasty Warriors 3: Complete Edition Remastered – Sebuah Klasik PS2 Dihasilkan Semula Untuk Gamer Moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan pihak pembangun Omega Force mengumumkan bahawa Dynasty Warriors 3: Complete Edition Remastered akan dilancarkan pada 1 Oktober 2026. Game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC melalui Steam, dan Nintendo Switch 2.

Bersama dengan pengumuman ini, penerbit tersebut turut mengesahkan bahawa versi Nintendo Switch yang dirancang sebelum ini telah dibatalkan bagi membolehkan pihak pembangun menumpukan perhatian sepenuhnya kepada konsol baharu yang lebih berkuasa.

Memodenkan Medan Perang

Dilancarkan buat kali pertama pada tahun 2001 untuk PlayStation 2, Dynasty Warriors 3 merupakan penanda penting bagi francais ini kerana menjadi game pertama yang berjaya terjual melebihi satu juta salinan.

Ia memperkenalkan ciri-ciri utama yang mencorakkan genre Musou selama berdekad-dekad, termasuk True Musou Attack, sistem pembangunan watak, dan mod co-op dua pemain secara serentak.

Versi remaster ini (yang dibangunkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 francais tersebut) dihasilkan semula dari asas menggunakan Unreal Engine 5.

Ia menampilkan medan lawan yang dibina semula serta reka bentuk model yang dikemas kini untuk semua watak. “Complete Edition” menggabungkan game asas bersama dengan kandungan tambahan Dynasty Warriors 3: Xtreme Legends.

Ini membawakan ciri bodyguard customization, mod cabaran unik, serta kempen khas untuk jeneral terkenal seperti Lu Bu, Meng Huo, dan Yuan Shao.

Walaupun masih mengekalkan aksi combat “1-lawan-1000” daripada game asal, Dynasty Warriors 3: Complete Edition Remastered memperkenalkan beberapa sistem combat dan penyesuaian baharu untuk memperkemas lagi pengalaman bermain:

  • Evasion: Membolehkan pemain mengelak dengan cepat daripada serangan musuh atau menarik diri daripada situasi yang berbahaya.
  • Just Evasion: Gerakan mengelak yang akan mencetuskan serangan balas kuat apabila dilakukan pada masa yang tepat.
  • Perfect Power Guard: Menangkis serangan musuh untuk membuatkan pihak lawan hilang imbangan, lalu membuka peluang bagi melancarkan serangan balas.
  • Weapon Fusion: Sistem crafting di mana pemain boleh mengorbankan kelengkapan yang tidak digunakan untuk memindahkan atribut elemen dan skil ke dalam senjata pilihan mereka.

Pembaharuan moden ini boleh dimainkan menerusi mod Musou, Free, dan VS Mode. Selain itu, mod local co-op tempatan secara split-screen turut kembali, membolehkan dua pemain menghadapi kempen bersama-sama secara offline.

Edisi dan Bonus Pre-Order

Pemain boleh membuat tempahan untuk Dynasty Warriors 3: Complete Edition Remastered dalam dua pilihan versi:

  • Standard Edition
    • Mengandungi game asas.
  • Digital Deluxe Edition
    • Mengandungi game asas bersama dengan pelbagai barangan bertemakan retro serta upgrade awal yang sangat membantu:
      • Retro Costume (Jumlah keseluruhan 42): Skin nostalgia berdasarkan reka bentuk karakter asal dari tahun 2001.
      • Stat Booster: Wind Scroll (meningkatkan jarak serangan sebanyak 10) dan Tiger Amulet (meningkatkan kuasa serangan sebanyak 10).
      • Six Secret Teaching: Barangan dalam game yang mempercepatkan kadar jeneral memperoleh Merit.
      • Weapons That Can Also Be Used for Fusion (Jumlah keseluruhan 42): Set senjata permulaan yang dilengkapi dengan atribut berguna untuk semua 42 jeneral yang boleh dimainkan, bertujuan membantu memudahkan penggunaan sistem Weapon Fusion.
      • Digital Concept Art Collection: Ilustrasi asal daripada game klasik ini yang disertakan bersama komen daripada penerbit.

Bonus Tempahan Awal (Standard & Digital Deluxe)

Pemain yang membuat tempahan untuk mana-mana versi sebelum 30 September 2026 akan menerima Retro-Style Red Hare Saddle. Bonus ini membolehkan pemain menunggang kuda Red Hare dengan penampilan “low-polygon” original daripada versi tahun 2001.

Koei Tecmo menyatakan bahawa Red Hare biasa yang boleh diperoleh secara semula jadi melalui gameplay akan mempunyai statistik yang lebih tinggi berbanding versi retro tempahan awal ini.

Tags: DYNASTY WARRIORS 3: Complete Edition Remastered
ShareTweetSend
Previous Post

Ace Combat 8: Wings of Theve – Akan Datang Oktober 2026, Bersama Game Klasik ‘Ace Combat Zero’ Sebagai Bonus!

Next Post

Phantom Blade Zero Ditunda Ke 29 Oktober, Bakal Adakan Showcase Khas Tidak Lama Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Phantom Blade Zero Ditunda Ke 29 Oktober, Bakal Adakan Showcase Khas Tidak Lama Lagi!

Phantom Blade Zero Ditunda Ke 29 Oktober, Bakal Adakan Showcase Khas Tidak Lama Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd