Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Wolverine – Tarikh Keluar, Gameplay Tambahan & Info Pre-Order!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Marvel’s Wolverine – Tarikh Keluar, Gameplay Tambahan & Info Pre-Order!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment bersama pihak pembangun, Insomniac Games, telah melancarkan trailer gameplay baharu berdurasi tujuh minit untuk Marvel’s Wolverine, serta mengumumkan bahawa pre-order kini dibuka secara rasmi. Game eksklusif PlayStation 5 ini dijadualkan keluar pada 15 September 2026.

Misi Menyelamat Mutant yang Penuh Cabaran

Game ini membawakan jalan cerita serba baharu yang memfokuskan kepada James “Logan” Howlett, lakonan suara oleh Liam McIntyre. Menerusi gameplay terbaharu, Logan dilihat sedang menjejaki Reavers: kumpulan tentera upahan siber yang memburu dan menangkap golongan mutant.

Kumpulan ini merancang untuk menyerahkan semua tawanan kepada Bolivar Trask, seorang jutawan industri yang taksub dengan agenda keunggulan manusia.

Dalam misi tersebut, Logan bertembung dengan Jean Grey, seorang mutant telekinetik yang memimpin kumpulan mutant yang ditawan. Demi kelangsungan hidup mereka, Logan terpaksa menyertai semula Team X (pasukan mutant khas yang sekarang menjadi pelindung terakhir) selepas tiga tahun meninggalkannya.

Combat Ganas dan Mekanik Berimpak Tinggi

Gameplay tersebut menunjukkan aksi combat yang pantas dan cukup ganas. Pemain boleh memilih untuk membunuh musuh secara senyap (stealth), melancarkan serangan hendap dari atas, atau terus menghapuskan barisan musuh menggunakan libasan kuku tajamnya.

Butiran combat yang didedahkan dalam gameplay ini termasuklah:

  • Technique: Pemain boleh melancarkan serangan khas seperti Tornado Spin dan Bull Rush untuk memecah kubu pertahanan musuh.
  • Cooperative Strike: Jean Grey akan menggunakan kuasa telekinetiknya untuk mengawal medan lawan, lantas membuka peluang kepada pemain untuk melakukan serangan gandingan “Critical Strike” bagi menewaskan musuh.
  • Rage dan Healing: Setiap serangan dan parry yang berjaya akan meningkatkan Rage meter Logan. Tenaga ini boleh digunakan untuk mengaktifkan abiliti Healing Factor. Jika Rage meter penuh, pemain boleh mengaktifkan “Rage Tier 3”: visual game akan bertukar kepada hitam putih yang diinspirasikan daripada siri komik Marvel, Black, White, and Blood.
  • Dynamic Set Piece: Trailer turut mempamerkan babak aksi kejar-mengejar di lebuh raya. Di sini, Wolverine bertarung di atas motosikal, merosakkan tayar lori, melompat antara kenderaan yang sedang bergerak, serta berdepan dengan musuh gergasi bersenjata berat. Apabila berada di ambang kekalahan, mekanik “Last Stand” membolehkan pemain memanfaatkan kemarahan Logan untuk mengaktifkan Healing Factor bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Di penghujung trailer, ada beberapa watak-watak ikonik Marvel yang lain, termasuk Sabretooth, selain watak yang pernah diacah sebelum ini seperti Mystique dan Omega Red.

Pre-Order dan Digital Deluxe Edition

Sesi pre-order telah bermula di PlayStation Store serta kedai terpilih. Pembelian awal untuk mana-mana edisi akan menerima ganjaran bonus berikut:

  • Early Access Suit: Classic Brown
  • Early Access Claws: Reflective Claws
  • In-game Bonus: Satu Technique Point tambahan
  • Avatar: Empat avatar PlayStation

Bagi pemain yang mahukan lebih banyak pilihan kosmetik, Digital Deluxe Edition turut ditawarkan. Edisi ini didatangkan dengan:

  • Satu salinan digital game serta semua bonus pre-order standard.
  • Tiga Technique Point tambahan untuk mempercepat kemajuan (progression) awal permainan.
  • Lima cosmetic suit eksklusif: Incredible, Savage, Age of Apocalypse, Night Hunt, dan New Leather.
  • Lima cosmetic claw eksklusif: Smooth-Edged Claws, Hollow Blade Claws, Thick Claws, Serrated Spine Claws, dan Tapered Claws.

Pihak Insomniac Games menjelaskan bahawa walaupun Digital Deluxe Edition memberikan akses segera kepada barangan eksklusif ini, pemain masih boleh membuka pelbagai variasi suit dan kuku menerusi gameplay di dalam game asas.

Tags: Marvel’s Wolverine
ShareTweetSend
Previous Post

[Unboxing] Sid Meier’s Civilization VII Collector’s Edition!

Next Post

God of War Laufey – Isteri Kratos Jadi Tumpuan Utama Dalam Game Seterusnya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2

June 6, 2026
Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!
DLC

Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!

June 6, 2026
Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Next Post
God of War Laufey – Isteri Kratos Jadi Tumpuan Utama Dalam Game Seterusnya!

God of War Laufey - Isteri Kratos Jadi Tumpuan Utama Dalam Game Seterusnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd