Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail: Version 4.3 Tiba Hari Ini Bersama Mortenax Blade! Update Seterusnya Fokus Pada Fate/stay night!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG, Turn-Based
0 0
0
Honkai: Star Rail: Version 4.3 Tiba Hari Ini Bersama Mortenax Blade! Update Seterusnya Fokus Pada Fate/stay night!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse secara rasmi melancarkan Honkai: Star Rail Version 4.3 bermula hari ini, 1 Jun 2026. Bertajuk “The Lethe Below the Living”, kemas kini ini memberi fokus utama kepada salah satu watak paling misteri: Blade.

Naratif

Bab baharu membawa kita lebih dalam ke Planarcadia. Kisah kali ini terbahagi antara Trailblazer dan Mortenax Blade. Taruhannya kali ini sangat tinggi, memandangkan Blade cuba untuk menamatkan perselisihan berabad.

Jauh di dalam “World in Canvas”, tersembunyi jasad Oroboros, iaitu Aeon of Voracity. Blade berniat menggunakan kuasa daripada Aeon ini untuk menghapuskan sisa-sisa daging Shuhu (iaitu punca keabadian yang tidak diingininya) daripada tubuhnya.

Sama ada pertaruhan ini akan membawa kepada “kematian” yang diidamkannya atau kelahiran semula, ia masih menjadi misteri yang tidak dapat diramal.

Pemain juga akan bertemu dengan Graphia, yang dikenali sebagai “Mother of Imagenesis.” Tokoh ini telah hidup lebih seribu tahun dan pernah menyelamatkan dunia Ahatopia dengan hanya satu strok berusnya. Kemunculannya dijangka bakal merungkai misteri lama berkaitan Himeko dan Phantasmoon Games.

5-Star Baharu: Mortenax Blade

Bintang utama kali ini ialah watak 5-star Fire baharu, Mortenax Blade, yang mengikuti Path of Nihility.

Dalam combat, dia menggunakan Ultimate ‘Fornax Ex Corpore’ untuk membina satu “Bounded Field” yang meningkatkan DMG yang diterima musuh. Semasa medan ini aktif, dia akan memasuki ‘enhanced state’, lalu boleh mengaktifkan skil Sword Formation dan Ultimate kedua yang lebih dahsyat.

Watak ini sangat bergantung kepada kerjasama pasukan; setiap kali rakan sepasukan menyerang, mereka akan membantu mengumpul “Charge” untuk Blade, membolehkan dia melancarkan skil tambahan secara automatik dan menjana tenaga semula.

Version 4.3 Event Warp: Phase I

Hello, Trailblazers!
▌ Warp Period: After the Version 4.3 update on 2026/06/01 – 2026/06/24 11:59 (server time)
● The Warp success rate for the limited 5-star characters Mortenax Blade (Nihility: Fire) and Yao Guang (Elation: Physical), and… pic.twitter.com/DdiKKdtGTP

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) May 31, 2026

Separuh pertama Honkai: Star Rail Version 4.3 menampilkan Mortenax Blade bersama rerun untuk Yao Guang. Separuh kedua pula menyaksikan kepulangan watak terhad Cyrene dan Phainon.

Jika anda berjaya mendapatkan Mortenax Blade, acara “Gift of Tempered Blade” akan memberikan ganjaran berupa outfit premium percuma: “Karmic Fire of the Distant Shore.”

“Starward Mode” dan Penambahbaikan Permainan

Pemain endgame juga mempunyai cabaran baharu. Tahap kesukaran baharu yang dipanggil Starward Mode telah ditambah ke dalam Memory of Chaos, Pure Fiction, dan Apocalyptic Shadow. Mod ini memerlukan pemain menyediakan tiga pasukan berbeza untuk tiga peringkat.

Berjaya melepasi cabaran ini dengan bintang penuh akan memberikan tambahan 300 Stellar Jade bagi setiap fasa (100 bagi setiap mod).

Kolaborasi Dunia Sebenar dan Fate/stay night

Selain dalam game, HoYoverse turut mengumumkan kerjasama dengan jenama UGREEN, yang akan mengeluarkan aksesori pengecasan bertema dan barangan eksklusif secara global tidak lama lagi.

Extraterrestrial Satellite Communication Gilgamesh

"Stellaron, my treasure. When you reach the end of your journey, I shall seal you within the deepest depths of my treasury, in the safest place of all… Hmph. That said, your 'Trailblaze' shall endure for a long time yet,… pic.twitter.com/HA5ufrlnAr

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) May 22, 2026

Namun, berita paling besar bagi ramai peminat adalah kolaborasi dengan Fate/stay night [Unlimited Blade Works]. Walaupun kandungan utama hanya akan dilancarkan pada 24 Julai, HoYoverse telah mendedahkan watak Gilgamesh dan Rin Tohsaka (Erudition: Quantum).

Pemain yang log masuk semasa tempoh acara tersebut akan berpeluang menebus sama ada Gilgamesh (Destruction: Lightning) atau Archer (The Hunt: Quantum or Archer) secara percuma.

Extraterrestrial Satellite Communication Rin Tohsaka

"The contract is complete. Relax, I'm not really one for strict hierarchies… well, not for most people, anyway. Got that, my Servant?"

Hailing from a world beyond our universe where magic and magecraft coexist, this young… pic.twitter.com/3g6x8Mtqto

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) May 22, 2026

Honkai: Star Rail tersedia di PC, PlayStation 5, iOS, dan Android.

Tags: Honkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

PlayStation Days of Play 2026 – Tawaran Terbaik Untuk Aksesori, Game & Langganan Di Malaysia

Next Post

Xbox Tangguh Reboot Fable Ke Februari 2027 Bagi Elak Persaingan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Xbox Tangguh Reboot Fable Ke Februari 2027 Bagi Elak Persaingan

Xbox Tangguh Reboot Fable Ke Februari 2027 Bagi Elak Persaingan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd