Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA 6 Buka Pre-Order? Ramai Teruja Selepas Best Buy Bocorkan Info Tanpa Sengaja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2026
in Action, Artikel, Berita, Khabar angin, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
GTA 6 Buka Pre-Order? Ramai Teruja Selepas Best Buy Bocorkan Info Tanpa Sengaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Gara-gara maklumat yang ‘terbocor’ di internet, ramai mendakwa bahawa sesi pre-order bagi Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan dibuka seawal Isnin depan, 18 Mei.

Looks Like GTA 6 Preorders are coming very Soon!!!!!! pic.twitter.com/hmMmX5avOJ

— Frogboyx1Gaming (@Frogboyx1Gaming) May 14, 2026

Kekecohan ini bermula apabila seorang YouTuber, Frogboyx1gaming, secara tidak sengaja menerima emel daripada program affiliate Best Buy ketika sedang melakukan livestream. Emel tersebut mendedahkan info mengenai “kempen pre-order” GTA 6 yang dijadualkan berlangsung bermula 18. Walaupun ada segelintir pihak yang sangsi, beberapa pencipta kandungan lain turut tampil mendakwa mereka menerima maklumat yang sama.

Another person has received the BestBuy GTA6 Preorder Email with video proof
by u/ADeadlyAlien in GTA6

Dalam dunia gaming, Best Buy memang dikenali sebagai pihak yang sering “terlepas cakap”. Sebelum ini pun, mereka pernah beberapa kali tidak sengaja menjual game lebih awal atau menghantar kod digital sebelum tarikh rasmi. Jadi, apabila sistem dalaman mereka sudah mula bersedia untuk tarikh 18 Mei, ramai percaya ini adalah petanda besar bahawa sesuatu yang besar bakal berlaku.

Mengenai harga pula (yang sering menjadi kebimbangan utama), ada berita yang sedikit melegakan. Jika sebelum ini ada khabar angin mengatakan harganya mungkin mencecah $100 USD, maklumat terbaru daripada “orang dalam” iaitu DetectiveSeeds mencadangkan harga edisi standard adalah sekitar $60 hingga $80 USD.

Bagi pasaran Malaysia, ini mungkin bermakna harga jualan sekitar RM237.30 hingga RM316.40. Walaupun mahal, ia adalah harga standard bagi sesebuah AAA title pada zaman sekarang.

I was given the GTA VI pricing, bundles, and various structures of ordering the game by the same person who gave me the week of pre orders starting which was correct as highlighted by my leaked DM’s that prove I had the info well over a week ago.

I am choosing not to put the…

— DetectiveSeeds (@DetectiveSeeds) May 14, 2026

Bukan itu sahaja, maklumat yang bocor ini turut menyebut tentang enam edisi berbeza untuk game ini, termasuk:

  • Edisi Standard (Digital & Fizikal).
  • Edisi “Rare” Collector’s: Biasanya disertakan dengan barangan eksklusif.
  • Set Kombo (Console Bundles): Secara spesifik disebut untuk PS5 dan juga PS5 Pro.
  • Early Access: Versi tertentu mungkin membenarkan pemain mula bermain beberapa hari lebih awal sebelum pelancaran rasmi.

Walaupun bukti daripada Best Buy ini nampak meyakinkan, kita harus ingat bahawa Rockstar Games adalah “pakar” dalam menyimpan rahsia. Selagi tidak ada pengesahan rasmi, anggaplah maklumat ini sebagai khabar angin sahaja dahulu.

Tags: Grand Theft Auto VIgta 6khabar angin
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon GO Sambut Ulang Tahun Ke-10 dengan Acara Percuma Besar-besaran Di KL!

Next Post

“One Piece Semakin Membosankan” – Editor Asal Dragon Ball Beri Teguran Pedas Kepada Eiichiro Oda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
“One Piece Semakin Membosankan” – Editor Asal Dragon Ball Beri Teguran Pedas Kepada Eiichiro Oda!

"One Piece Semakin Membosankan" - Editor Asal Dragon Ball Beri Teguran Pedas Kepada Eiichiro Oda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd