Minggu ini, Epic Games Store membawakan tawaran yang rugi kalau anda lepaskan. Bermula sekarang sehingga 21 Mei ini, para gamer di Malaysia boleh menebus dua game hebat secara percuma: The Telltale Batman: Shadows Edition dan game tactical RPG unik, Sunderfolk.
Secara keseluruhan, nilai kedua-dua ga,e ini mencecah RM236.99. Namun, anda boleh memilikinya secara percuma selama-lamanya jika anda “claim” sebelum jam 11:00 malam, Khamis depan (21 Mei).
The Telltale Batman: Shadows Edition
Buat peminat naratif, The Telltale Batman: Shadows Edition adalah tarikan utama minggu ini. Ini bukanlah game aksi jenis button-mashing biasa untuk membelasah penjahat. Sebaliknya, fokus utamanya adalah pada dilema dan keputusan sukar yang perlu dihadapi oleh Bruce Wayne di sebalik topeng Batman.
Pakej istimewa ini menggabungkan dua musim penuh, iaitu Batman: The Telltale Series dan Batman: The Enemy Within. Ia turut menyertakan “Shadows Mode” yang memberikan nafas baharu kepada visual game dengan gaya noir yang lebih gelap, artistik, dan dikemas kini secara manual.
Berbanding kebanyakan game Batman lain, judul ini lebih banyak menyelami sisi peribadi Bruce Wayne dan bagaimana setiap pilihan memberi kesan kepada bandar Gotham. Kalau anda peminat tegar game seperti The Walking Dead atau Detroit: Become Human, judul ini memang wajib ada dalam library anda.
Sunderfolk
Judul kedua pula adalah Sunderfolk, sebuah game indie yang baru sahaja dilancarkan pada April tahun lalu. Keunikannya terletak pada elemen “board game” fizikal yang dihidupkan dalam bentuk digital.
Membawa latar pekan Arden, anda dan tiga orang rakan boleh memilih watak wira haiwan untuk melawan kuasa misteri yang dipanggil “Shadowstone”. Apa yang membuatkan game ini sangat unik adalah cara kawalannya; walaupun game ini berjalan di PC, anda boleh menggunakan telefon pintar sebagai controller melalui aplikasi khas.
Dengan mekanik tactical turn-based, anda perlu bijak menggunakan ‘ability card’ dan kelengkapan untuk memenangi pertarungan. Memandangkan ia menerima rating “Very Positive” di Steam, Sunderfolk adalah pilihan terbaik untuk sesi gaming santai bersama kawan-kawan pada hujung minggu ini.









Discussion about this post