Bermula hari ini sehingga 22 Mei 2026, siri laptop gaming MSI Raider dan Crosshair yang direka semula telah tersedia untuk pra-tempah di Malaysia; membawakan kad grafik NVIDIA RTX 50 Series berasaskan seni bina “Blackwell” buat para gamer tempatan.
Siri Raider 16

MSI Raider 16 kini merupakan antara laptop 16-inci paling handal di pasaran, mampu menghasilkan kuasa gabungan sehingga 300W untuk CPU dan GPU.
Kehebatan ini dijayakan oleh sistem penyejukan Cooler Boost Trinity dengan Intra Flow. Jurutera telah membina semula motherboard supaya lebih kompak, sekali gus memberi ruang untuk memuatkan tiga kipas besar dan enam paip haba. Kerana saiz kipas yang lebih besar, ia mampu mengalirkan lebih banyak udara pada kelajuan rendah.
Ini memastikan tahap bunyi kipas di bawah 50 dBA walaupun anda sedang bermain game berat.
Siri Raider baharu turut dilengkapi paparan OLED 2.5K dengan refresh rate 240Hz. Dengan pensijilan VESA DisplayHDR 1000 True Black, visualnya sangat tajam dengan warna hitam yang pekat, setanding dengan skrin panggung wayang.
Spesifikasi (Raider 16 Max HX / Raider 16 HX):
- Dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 5080 Ti (16GB GDDR7) atau 5070 Ti (12GB GDDR7). GPU ini mampu memberikan prestasi sehingga 1,334 AI TOPS.
- Menggunakan pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus atau Ultra 7 251HX, dengan kekuatan sehingga 24 core dan kelajuan mencecah 5.5 GHz.
- MSI memperkenalkan panel “Quick-Access”. Dengan hanya melonggarkan dua skru, pengguna boleh terus mengakses slot RAM dan SSD tanpa perlu membuka keseluruhan penutup bawah laptop.
- Termasuk pembaca kad SD Express, Thunderbolt 4 (dengan Power Delivery 3.1), dan HDMI 2.1 yang menyokong output 8K.
- Bateri gergasi 91.8Whr dipadankan dengan power adapter 400W.
Siri Crosshair 16

Siri MSI Crosshair melalui transformasi fizikal yang besar. Kini, ia 14.3% lebih nipis berbanding model tahun lepas dengan ketebalan hanya 21.9mm. Walaupun lebih ramping, prestasinya meningkat hampir 18% dengan kuasa gabungan mencecah 200W.
Spesifikasi (Crosshair 16 Max HX):
- Dilengkapi RTX 5070 (8GB GDDR7) dan pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus.
- Panel OLED 165Hz dengan liputan warna 100% DCI-P3.
- MSI memindahkan sambungan kabel yang “tebal” (seperti HDMI dan Ethernet) ke bahagian belakang laptop supaya meja sentiasa kemas. Ia juga dilengkapi butang khas Microsoft Copilot untuk bantuan AI segera.
- Killer Wi-Fi 6E dan 2.5GbE LAN untuk pengalaman bermain game tanpa gangguan.
Bonus Pra-Tempah (8 – 22 Mei 2026)
Untuk pembeli terawal, MSI Malaysia menawarkan beberapa ganjaran eksklusif:
- Kredit e-Waller Touch ‘n Go: Pelanggan terawal akan menerima pin tambah nilai RM200 (untuk pembelian Raider 16 Max HX) atau pin RM100 (untuk pembelian Crosshair 16 Max HX).
- Lesen NordVPN: Setiap pra-tempah akan menerima lesen NordVPN percuma selama 12 bulan (bernilai sekitar RM310).
- Waranti Tambahan: Jika menghantar review bagi laptop baharu anda selepas pembelian, MSI akan memberikan tambahan waranti selama 1 tahun.


Gamer di Malaysia boleh membuat tempahan melalui Kedai Online Rasmi MSI Malaysia atau kunjungi mana-mana MSI Concept Store di seluruh negara.









Discussion about this post