Pusat Konvensyen Sunway Pyramid menjadi tumpuan hujung minggu lalu apabila kejohanan Malaysia Master Ball League 2025-26 berakhir dengan penuh kejayaan. Acara ini berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 Mei, dan berjaya menarik jumlah pengunjung yang luar biasa bagi melakar rekod baharu dalam sejarah penganjurannya.
Kejohanan kali ini menyaksikan kehadiran seramai 4,280 orang, iaitu lonjakan sebanyak 176% berbanding tahun sebelum. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,752 pemain telah bersaing dalam kejohanan utama, manakala 2,528 pengunjung lagi membanjiri pelbagai aktiviti sampingan yang disediakan.

Antara tarikan yang mencuri tumpuan adalah zon “Hands-On Experience” eksklusif untuk Nintendo Switch 2. Selain itu, stesen game Pokémon MEZASTAR dan bengkel Trading Card Game (TCG) yang dikhususkan untuk pemain baharu turut menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

Satu lagi pencapaian penting pada hujung minggu tersebut adalah penampilan pertama format kompetitif Pokémon Champions, di mana jumlah penyertaannya melonjak sehingga 217% jika dibandingkan dengan kejohanan Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet.

Hari Ahad lalu juga menandakan pusingan akhir untuk menentukan siapa yang layak membawa nama Malaysia ke pentas dunia. Akhirnya, barisan pemenang bagi kategori Trading Card Game (TCG) dan Video Game Championships (VGC) telah memuktamadkan tempat mereka untuk Pokémon World Championships 2026.
Kumpulan pemain ini akan terbang ke San Francisco, Amerika Syarikat pada Ogos depan untuk mencabar jaguh terbaik dunia.









Discussion about this post