HoYoverse secara rasmi telah melancarkan Zenless Zone Zero Version 2.8 hari ini! Bertajuk “New: Eridan Sunset,” kemas kini ini merupakan penutup bagi Musim ke-2, di samping membawakan pelbagai kandungan baharu ke New Eridu, termasuk dua watak hebat.
Misteri Ramiel
Dari sudut cerita, Zenless Zone Zero Version 2.8 mengakhiri musim kedua dengan misi pemburuan di Outer Ring. Setiap faction utama di kawasan tersebut sedang mengejar sasaran misteri yang dikenali sebagai “Ramiel.”
Anda akan terlibat dalam satu pakatan yang tidak dijangka: Promeia bertindak sebagai pemberi maklumat, bekerjasama dengan Billy yang telah dinaik taraf serta watak bernama Cissia untuk membongkar identiti sebenar Ramiel.
HoYoverse turut mengacah tentang satu kejutan besar dalam siasatan ini yang berpotensi mengubah imbangan kuasa di New Eridu buat selama-lamanya.
Wajah Baharu dan Rakan yang Dinaik Taraf
Dua agent S-Rank baharu menjadi tumpuan utama dalam kemas kini ini, di mana masing-masing membawa gaya unik ke medan lawan:
- Promeia (S-Rank, Ice Anomaly): Dikenali sebagai “Executioner of Krampus,” Promeia adalah pakar dalam membekukan musuh. Gameplay-nya bergantung kepada mekanik “Trial by Cold.” Dengan mengumpul efek beku pada musuh, dia boleh mencetuskan “Abloom” untuk menghasilkan damage yang sangat besar. Salah satu kelebihannya ialah EX Special Attack yang mengaktifkan mod “Bound Absolution,” membolehkannya mengelak serangan secara automatik dengan Perfect Dodge.
- Starlight – Billy (S-Rank, Physical Rupture): Billy Kid akhirnya menerima naik taraf “Starlight.” Mengikut jalan cerita, versi Billy ini dibiayai hasil pendahuluan gaji enam bulannya, dan hasilnya sangat berbaloi. Dia bertarung menggunakan motosikal dan serangan tendangan terbang “Starlight Knight.” Damage beliau meningkat berdasarkan tahap nyawa (Health) maksimum, malah dia boleh menyembuhkan diri sendiri semasa bertarung, menjadikannya agent burst-damage yang tahan lasak.
Bagi mereka yang ingin melengkapkan pasukan, kemas kini ini turut membawakan semula (rerun) agent Ether-Support, Lucia serta gandingan Fire-Attack, Orphie & Magus.
Mekanik Baharu: “Vortex”
Medan lawan menjadi lebih kompleks dengan pengenalan musuh beratribut Wind. Ini membawa kepada mekanik baharu dipanggil Vortex. Apabila anda menyerang musuh yang sedang mengalami Wind Anomaly dengan elemen berbeza, ia akan mencetuskan Vortex dan bukannya “Disorder” biasa.
Ini akan menghasilkan letupan damage AoE yang besar mengikut elemen kedua yang digunakan.
Acara dan Kandungan Tambahan
Jika ingin berehat seketika daripada jalan cerita utama, acara “Marcel Bootopia” telah bermula. Anda akan mengawal Bangboo Eous untuk meneroka sebuah pulau peranginan yang ditutup akibat ancaman Hollow.
Dengan menyelamatkan Bangboo yang terperangkap, anda akan memenangi Booltergeist, iaitu Bangboo A-Rank baharu yang boleh terapung dan menembak laser dalam combat.
Antara perkara menarik yang lain termasuk:
- Skin Baharu: Pakaian “Dignified Blossom” untuk Hoshimi Miyabi yang menampilkan gaya klasik keluarganya tersedia di kedai.
- Penambahbaikan Sistem: Ciri “Polychrome Guide” baharu diperkenalkan untuk membantu kita menjejak ganjaran masa terhad yang belum dituntut. Selain itu, fungsi “auto-delete” tersedia untuk memudahkan pengurusan storan peranti anda.
Zenless Zone Zero boleh dimainkan sekarang di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, iOS, dan Android. Ikuti perkembangan di Steam untuk tarikh pelancaran rasmi versi PC tidak lama lagi.









Discussion about this post