Francais One Piece secara rasminya telah mendedahkan keputusan sementara bagi undian populariti “World Top 100” buat kali kedua. Walaupun kedudukan di tangga teratas nampaknya dikuasai oleh watak-watak yang sudah dijangka, namun senarai kali ini membawakan beberapa kejutan yang menarik perhatian.
Sejak undian ini mula dibuka pada Mac lalu, sambutan yang diterima sangat luar biasa dengan jumlah undian terkumpul kini sudah pun melepasi angka 10 juta. Acara ini bukan sahaja tertumpu kepada komuniti di Jepun sahaja, malah ia merupakan satu fenomena global yang menyatukan peminat dari seluruh dunia.
Sebanyak 1,567 watak berbeza dalam dunia One Piece telah disenaraikan untuk dipilih oleh orang ramai.
Seperti yang diramal, watak utama siri ini, Monkey D. Luffy, memegang takhta di tangga pertama. Kedudukan beliau disusuli rapat oleh orang kanannya, Roronoa Zoro di tempat kedua, dan tukang masak handalan kumpulan itu, Sanji, di tempat ketiga.
Kekuatan kumpulan Straw Hat tidak terhenti di situ kerana kesemua ahli berjaya menempatkan diri dalam kelompok 30 teratas. Nami masih mengekalkan pengaruh besar di kedudukan ke-4, manakala Nico Robin dan Tony Tony Chopper masing-masing berjaya mengukuhkan tempat di tangga ke-6 dan ke-10.
Selain itu, Usopp berada di kedudukan ke-16, Brook di tangga ke-20, Franky di tempat ke-26, dan jurumudi mereka, Jinbe, melengkapkan senarai di tempat ke-30.
Berikut merupakan senarai penuh 20 watak kegemaran ramai setakat ini:
- Monkey D. Luffy
- Roronoa Zoro
- Sanji
- Nami
- Trafalgar Law
- Nico Robin
- Portgas D. Ace
- Shanks
- Uta
- Tony Tony Chopper
- Boa Hancock
- Rocks D. Xebec
- Donquixote Rosinante (Corazon)
- Sabo
- Crocodile
- Usopp
- Yamato
- Perona
- Rob Lucci
- Brook
Keputusan penuh untuk One Piece World Top 100 bakal diumumkan dan menjadi acara kemuncak dalam sambutan One Piece Day ’26 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos ini.









Discussion about this post