Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Blood of Dawnwalker – Spesifikasi Penuh Bagi PC, Anda Perlukan RTX 5090 Untuk Main 4K!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, RPG, Steam
0 0
0
The Blood of Dawnwalker – Spesifikasi Penuh Bagi PC, Anda Perlukan RTX 5090 Untuk Main 4K!
Share on FacebookShare on Twitter

Rebel Wolves akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk The Blood of Dawnwalker. Namun, pengumuman ini datang dengan berita yang agak mengejutkan bagi pemain PC. Pihak pembangun turut berkongsi spesifikasi sistem rasmi, dan ia adalah antara yang paling berat pernah kita lihat.

Jika mahu main, syarat minimum tidaklah terlalu tinggi. Anda memerlukan sekurang-kurangnya NVIDIA RTX 3050 atau kad grafik lama GTX 1070. Walau bagaimanapun, tahap “Minimum” di sini memang betul-betul asas… Ia hanya sasar 30 FPS pada resolusi 1080p pada tetapan Low.

Memandangkan 60 FPS sudah menjadi standard zaman sekarang, ini menunjukkan game ini sangat berat untuk diproses oleh komputer.

Berita paling mengejutkan adalah pada bahagian spesifikasi paling tinggi. Jika mahu bermain game ini pada resolusi 4K dengan segala kesan grafik terbaik (tetapan “Ultra”) sambil mengekalkan 60 FPS, game ini memerlukan NVIDIA RTX 5090.

Walau bagaimanapun, ada sedikit berita baik. Rebel Wolves menyatakan bahawa ukuran prestasi ini dibuat pada resolusi “native”. Ini bermakna spesifikasi tersebut tidak mengambil kira teknologi upscaling seperti DLSS atau FSR.

Dalam dunia gaming hari ini, hampir semua orang menggunakan teknologi tersebut. Jika anda mempunyai kad grafik yang sedikit lama seperti RTX 4080 atau 4090, mod DLSS “Quality” atau “Balanced” mungkin akan membolehkan game ini dimainkan dengan lancar pada resolusi 4K.

Jika anda merancang untuk bermain The Blood of Dawnwalker apabila ia dilancarkan pada 3 September nanti, mungkin sekarang adalah masanya untuk mula menyimpan duit bagi upgrade hardware… atau sekurang-kurangnya, pastikan driver sentiasa dikemas kini.

Tags: PCThe Blood of Dawnwalker
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Cuba Demo Kingdom Heroes: Arena – Pahlawan Three Kingdoms Tapi Genre Fighting Game

Next Post

Attack on Titan Umum Konsert Simfoni Eksklusif – Tiada Di Malaysia, Tapi Dekat Di Singapura!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama
Mobile

Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama

June 26, 2026
Next Post
Attack on Titan Umum Konsert Simfoni Eksklusif – Tiada Di Malaysia, Tapi Dekat Di Singapura!

Attack on Titan Umum Konsert Simfoni Eksklusif - Tiada Di Malaysia, Tapi Dekat Di Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd