Hotta Studio secara rasminya telah melancarkan RPG supernatural Neverness to Everness (NTE) sejak semalam. Game ini kini tersedia untuk dimuat turun di PC, PlayStation 5, serta peranti mobile (iOS dan Android).
Berlatarkan metropolis Hethereau, NTE meletakkan pemain sebagai seorang “unlicensed” Anomaly Hunter. Di dunia ini, sempadan antara kehidupan harian dan perkara supernatural sangatlah nipis. Anda mungkin sedang menikmati kopi pada satu ketika, dan pada saat berikutnya berlawan dengan “Anomaly” yang mampu mengubah realiti.
Sebagai seorang hunter, anda akan melakukan pelbagai kerja sambilan, menyelesaikan lebih 40 “Anomaly Commission” berbeza, dan mengubah suai lebih daripada 10 kenderaan untuk bergerak di dalam bandar. Namun, bandar ini ada undang-undang.
Jika melakukan terlalu banyak huru-hara, anda perlu berdepan dengan pihak berkuasa tempatan. Jika tertangkap, pemain akan dimasukkan ke pusat tahanan di mana anda perlu membayar denda, bekerja untuk melunaskan hutang, atau merancang cara untuk melepaskan diri.
Bintang-Bintang Pelancaran: Nanally dan Hotori

Game ini bermula dengan dua “character banner” istimewa:
- Nanally (Tersedia sekarang hingga 13 Mei): Ahli keluarga Colucci. Kuasa elektromagnetiknya bukan untuk bertarung sahaja; ia membolehkan Nanally berjalan di dinding dan juga siling. Watak ini sangat sesuai untuk pemain yang suka menerokai setiap sudut bangunan secara menegak.
- Hotori (Akan tiba pada 13 Mei): Pemilik kedai antik Eibon yang santai. Jangan terpedaya dengan perwatakannya yang tenang; dia mempunyai kuasa untuk memperlahankan atau menghentikan masa sepenuhnya. Kebolehan ini sangat berguna untuk pertarungan yang susah dan juga untuk menyelesaikan teka-teki dalam open world.
Mulakan Perjalanan dengan 470+ Pull

Dengan hanya log masuk, pemain boleh menebus:
- 20 Free Pull dan 20 Elite Hunter Guide.
- 30,000 Beetle Coin.
- Haniel, watak A-Level yang hebat.
- Officer Whisker Glider Livery yang eksklusif.
Melalui pelbagai acara pelancaran seperti “City Tycoon,” pemain boleh mengumpul lebih daripada 470 pull secara keseluruhan. Acara ini juga memberi peluang untuk membuka watak S-Class seperti Chiz dan watak A-Class seperti Aurelia secara percuma.

Kolaborasi Bersama Porsche dan Persona 5

Peminat juga pasti teruja dengan kolaborasi bersama Porsche yang membawakan kenderaan mewah ke dalam game.
Selain itu, radio di dalam kereta—serta ciri “Walkman” yang membolehkan anda mendengar muzik sambil berjalan kaki—menampilkan lagu-lagu daripada Persona 5 Royal dan Persona 5: The Phantom X, selain daripada muzik dari Tower of Fantasy (juga buatan Hotta Studio).

Untuk muat turun Neverness to Everness, sila ke laman web rasmi.









Discussion about this post