Dalam usaha melindungi golongan muda daripada bahaya penyalahgunaan dadah, Polis Wilayah Osaka, Jepun telah bekerjasama dengan francais survival-horror legenda Resident Evil.
Kerjasama tersebut diumumkan minggu ini dan memfokuskan kepada kempen kesedaran awam yang direka untuk generasi muda. Bagi menarik minat mereka, Polis Osaka mengeluarkan 3,800 fail folder edisi terhad yang memaparkan karya seni daripada Resident Evil Requiem dan Resident Evil 2 Remake.
Walaupun Resident Evil terkenal dengan zombie dan senjata biologi, pihak polis percaya mesej utama game ini sangat bertepatan dengan kempen pencegahan dadah.

Fail folder ini tidak dijual kepada umum; ia akan diedarkan secara eksklusif kepada syarikat, sekolah, dan organisasi komuniti yang terlibat dalam seminar pendidikan anti-dadah di seluruh wilayah tersebut.
Kempen ini dimulakan dengan acara promosi pada 27 April lalu di Ibu Pejabat Polis Wilayah Osaka. Antara sorotan utama adalah kemunculan Rika Grace dalam cosplay Grace Ashcroft selaku wakil promosi untuk game terbaharu Resident Evil Requiem.

Resident Evil Requiem merupakan judul terbaharu dalam francais panjang ini, dan telah menerima pujian kerana naratif serta kepulangannya kepada elemen survival horror beratmosfera klasik.
Bagi yang berminat, game ini tersedia untuk main di PlayStation 5, Xbox Series, Switch 2, serta PC (melalui Steam dan Epic Games Store).









Discussion about this post