Studio Game Science secara rasmi telah mengumumkan Black Myth: Wukong – 2026 Global Concert Tour yang bakal membawa keajaiban muzik game ini ke pentas dunia.
Meskipun Kuala Lumpur tidak tersenarai dalam jadual kali ini, peminat di Malaysia masih mempunyai peluang besar untuk menyaksikannya. Konsert ini akan singgah di negara jiran kita, iaitu Singapura dan Bangkok pada penghujung tahun ini.
Bagi Black Myth: Wukong – 2026 Global Concert Tour, senarai lagu dikemas kini. Buat pertama kali, lagu Celestial Symphony dan Where Lies the Path Ahead? akan dipersembahkan secara langsung di atas pentas. Apa yang lebih mengujakan, barisan penyanyi asal bagi lagu-lagu ikonik dalam game ini akan turut serta bagi memberikan persembahan live.

Secara keseluruhannya, jelajah ini merangkumi 21 persembahan di 12 bandar utama seluruh dunia. Bagi peminat di Malaysia, berikut adalah destinasi yang paling praktikal untuk dikunjungi:
- Singapura (Esplanade – Theatres on the Bay): 24 & 25 Oktober 2026.
- Bangkok, Thailand (True Icon Hall, Iconsiam): 20 & 21 November 2026.
- Taipei (Legacy Max): 19 & 20 September 2026.

Selain bandar-bandar di atas, konsert ini turut singgah di Hangzhou, Shanghai, Los Angeles, New York, dan Berlin.
Memandangkan penjualan tiket akan dibuka secara berperingkat mengikut lokasi, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan di akaun X (Twitter) rasmi Black Myth: Wukong atau menyemak laman web rasmi lokasi konsert agar tidak terlepas peluang.
Setiap pembelian tiket hadir bersama pakej hadiah istimewa yang tidak dijual di mana-mana. Hadiah-hadiah ini dikategorikan mengikut gred tiket:
- Standard Gift: Mengandungi tiket peringatan khas dan satu mystery bag yang memuatkan salah satu daripada 30 rekaan pin watak.
- Deluxe Gifts: Tambahan barangan berupa mystery brass ring (satu daripada tiga rekaan unik) serta baju T eksklusif bertemakan “Horse & Tiger”.
- Premium Gifts: Pakej koleksi paling lengkap yang merangkumi semua hadiah di atas, ditambah pula dengan patung koleksi 1/12 scale collectible figure (didatangkan dalam salah satu daripada empat gaya secara rawak).










Discussion about this post