Microsoft Gaming hari ini mengumumkan perubahan mengejut bagi perkhidmatan langganan mereka. Bagi kita di Malaysia, harga langganan bulanan PC Game Pass kini diturunkan secara rasmi kepada RM20 sebulan, berbanding harga RM25 yang kita bayar sejak tahun lepas.
Walaupun potongan RM5 ini sedikit sebanyak melegakan poket, ia sebenarnya sekadar meletakkan semula harga tersebut ke nilai yang sama seperti dua tahun yang lalu.

Walaupun harga PC Game Pass yang kembali murah adalah satu kelebihan, ada satu “syarat” yang mungkin mengecewakan para pemain Malaysia. Microsoft mengesahkan bahawa bermula tahun ini, tajuk-tajuk masa depan Call of Duty tidak lagi akan tersedia di Game Pass pada hari pertama ia dilancarkan.
Selepas ini, pelanggan tidak lagi boleh bermain CoD terbaru sebaik sahaja ia dipasarkan. Sebaliknya, mereka perlu menunggu sehingga “musim cuti tahun berikutnya”; iaitu kira-kira setahun selepas tarikh pelancaran asal… sebelum game tersebut dimasukkan ke dalam library Game Pass.
Sebelum ini, akses “Day One” untuk francais Call of Duty adalah ‘selling point’ untuk menarik orang melanggan. Judul-judul Call of Duty sedia ada yang sudah sedia ada dalam library akan kekal di situ, tetapi jika mahu bermain judul paling baharu pada hari pertama ia keluar, anda perlu membelinya secara berasingan.
Pelarasan harga ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Di peringkat global, harga Game Pass Ultimate (yang tidak dijual secara rasmi di Malaysia tetapi sering dilanggan ramai melalui akaun antarabangsa) telah turun daripada $29.99 kepada $22.99.









Discussion about this post