Selepas tayangan filem The Super Mario Galaxy Movie pada 1 April lalu, UNIQLO secara rasmi telah melancarkan koleksi khas UT (T-shirt UNIQLO) di seluruh Malaysia.
Filem ini membawa Mario dan rakan-rakannya keluar dari Mushroom Kingdom menuju ke angkasa lepas. Bagi mereplikasikan pengembaraan ini, koleksi pakaian terbaru UNIQLO menampilkan rekaan yang menangkap tenaga dan elemen daripada filem tersebut.
Memandangkan filem ini mendapat sambutan daripada peminat setia mahupun penonton muda, UNIQLO menawarkan koleksi ini dalam saiz dewasa dan kanak-kanak.
Koleksi ini telah mula berada di pasaran sejak 30 Mac lalu dan kini boleh didapati di semua cawangan UNIQLO di seluruh negara. Bagi mereka yang lebih gemar membeli-belah dari rumah, koleksi lengkap ini juga tersedia di laman web rasmi UNIQLO.
- T-shirt Dewasa: Terdapat dalam 4 rekaan menarik pada harga RM59.90. Saiz bermula dari XS hingga XXL.
- T-shirt Kanak-kanak: Terdapat dalam 4 rekaan pada harga RM39.90. Saiz bermula dari 100cm hingga 160cm.
Walaupun kebanyakan saiz tersedia di kedai fizikal, saiz 100cm, XS, dan XXL hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai dalam talian.


















Discussion about this post