Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nekopara Sekai Connect Rasmi Dilancarkan – Gadis Kucing, & 220 Gacha Percuma Menanti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2026
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, Muzik, Simulator
0 0
0
Nekopara Sekai Connect Rasmi Dilancarkan – Gadis Kucing, & 220 Gacha Percuma Menanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Good Smile Company, dengan kerjasama NEKO WORKs, secara rasminya melancarkan Nekopara Sekai Connect (juga dikenali sebagai “Neko Connect“) di App Store dan Google Play.

Susulan kejayaan visual novel asal Nekopara, Sekai Connect muncul pula sebagai sebuah “RPG bagi komuniti gadis kucing.” Game terbaharu ini membawakan daya tarikan siri tersebut ke pentas yang lebih besar dengan mekanik RPG, pengurusan kedai, dan rhythm gameplay.

Berlatarkan masa depan, jalan ceritanya mengisahkan kehidupan seorang pemilik kedai pastri bernama La Soleil. Di dunia ini, manusia hidup berdampingan dengan “Neko; makhluk ciptaan AI yang menyerupai manusia.

Kisah bermula apabila anda dan teman kucing menerima jemputan ke “Neko Festival,” sebuah pertandingan global di mana pemenangnya akan diberikan apa jua permintaan oleh AI misteri yang mencipta Neko tersebut.

Walaupun siri ini terkenal dengan penceritaannya, Neko Connect memperkenalkan beberapa elemen gameplay baharu:

  • Nikmati jalan cerita utama dan episod watak dengan animasi 2D.
  • Pemain boleh mereka bentuk dan menguruskan kedai sendiri.
  • Ikuti rentak muzik dalam video muzik eksklusif yang menampilkan watak-watak kegemaran ramai.
  • Selain watak ikonik seperti Chocola dan Vanilla, game ini memperkenalkan pelbagai gadis kucing baharu dari pelbagai budaya di seluruh dunia.

Bonus Pelancaran: 220 Cabutan Percuma

Bagi meraikan pelancaran global ini, Good Smile Company menawarkan “Beginner Login Bonus”. Pemain baharu yang log masuk setiap hari akan menerima 10 tiket gacha setiap hari selama 22 hari. Ini memberikan jumlah keseluruhan 220 cabutan percuma daripada “Neko Gacha.”.

Pemain PC Boleh Wishlist Steam Sekarang

Walaupun versi peranti mobile sudah boleh dimuat turun sekarang, pemain PC perlu menunggu sedikit lama lagi. Versi Steam akan membuat pelancaran pada musim luruh (sekitar September hingga Disember) 2026.

Walau bagaimanapun, ciri cross-account linking akan disokong. Ini bermakna anda boleh memulakan pengembaraan di telefon pintar, dan memindahkan semua kemajuan watak, serta pembelian ke versi PC apabila ia dilancarkan nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Nekopara Sekai Connect
ShareTweetSend
Previous Post

RPG Mobile ‘Dragon Quest Smash/Grow’ Bakal Menemui Peminat pada 21 April

Next Post

Jinak, Kumpul & Bertarung! MONGIL: STAR DIVE Boleh Dimuat Turun Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Jinak, Kumpul & Bertarung! MONGIL: STAR DIVE Boleh Dimuat Turun Sekarang!

Jinak, Kumpul & Bertarung! MONGIL: STAR DIVE Boleh Dimuat Turun Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd