Square Enix mengesahkan bahawa projek mobile terbaharu mereka ‘Dragon Quest Smash/Grow‘ akan dilancarkan pada 21 April 2026. RPG free-to-play bergenre roguelite ini bakal tersedia di platform iOS dan Android.
Jalan ceritanya bermula apabila dunia mula dilanda huru-hara akibat kemunculan dungeon misteri dikenali sebagai “Rift”. Anda akan memegang watak sebagai seorang pengembara yang ditugaskan untuk mengembalikan keamanan dunia, ditemani oleh rakan mekanikal bernama Roly.
Bersama, anda akan menerokai Rift tersebut untuk mencari punca segala kekacauan yang berlaku.

Siri Dragon Quest biasanya dikenali dengan sistem turn-based, tetapi Smash/Grow beralih kepada gameplay yang lebih laju. Pemain akan berdepan dengan kumpulan raksasa, menggunakan kawalan mudah untuk menewaskan musuh sebelum menghabiskannya dengan “Coup de Grâce”; iaitu serangan khas yang pastinya dikenali oleh peminat setia.
Elemen roguelite dalam game ini memastikan setiap pengembaraan adalah unik dan tidak pernah sama. Semasa meneroka dungeon, anda akan mengumpul “Blessing”. Ini merupakan power-up dan buff rawak yang berubah setiap kali bermain.

Game ini mengekalkan elemen RPG melalui sistem Vocation. Anda boleh membina pasukan sendiri menggunakan kelas klasik Dragon Quest seperti Warrior, Mage, atau Priest.
Selain level up seperti biasa, ada juga “Vocation Tree”. Ini membolehkan kita membuka node khas untuk menyesuaikan abiliti watak, memastikan hero menjadi lebih kuat walaupun gagal dalam sesuatu misi.

Bagi mereka yang tidak mahu bermain sendiri, Smash/Grow turut menyediakan mod cooperative . Sehingga empat pemain boleh bekerjasama secara dalam talian untuk menyelesaikan misi tertentu dengan menggabungkan kelebihan watak masing-masing untuk menumbangkan gerombolan raksasa.
Selain jalan cerita utama, Square Enix turut menyediakan pelbagai cabaran tambahan:
- The Gauntlette: Mod survival di mana anda perlu berdepan dengan gelombang raksasa tanpa henti.
- Shrines: Arena khas untuk melawan bos yang sangat kuat demi mendapatkan ganjaran rare.
Untuk pra-daftar, sila ke laman web rasmi.









Discussion about this post