Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Champions – Cara Import Pokémon Handal Memakai Sistem ‘HOME’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 9, 2026
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Panduan
0 0
0
Pokémon Champions – Cara Import Pokémon Handal Memakai Sistem ‘HOME’
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk membina pasukan yang kuat dalam Pokémon Champions selalunya memerlukan pemain rajin ‘grinding’ VP atau menggunakan ‘Permanent Recruitment Ticket’. Memandangkan sistem ini agak rawak, memang boleh pening kepala apabila susun barisan Pokémon yang betul-betul spesifik dan kompetitif.

Nasib baik ada cara yang jauh lebih berkesan untuk membina ‘dream team’ anda. Daripada bergantung kepada nasib, pemain boleh membawa masuk Pokémon lama dari Pokémon Legends: Z-A, Pokémon Scarlet and Violet, dan juga Pokémon GO dengan menggunakan Pokémon Home.

Cara Memindahkan Pokémon ke Dalam Champions

  • Langkah 1: Sediakan Pokémon anda
    • Mula-mula, pindahkan Pokémon yang anda ingin gunakan dari game lain ke dalam Pokémon Home. Setelah selesai, buka Home dan hubungkan dengan Pokémon Champions. Pilih Pokémon yang ingin dipindahkan dan hantar mereka.
  • Langkah 2: Tuntut di dalam game
    • Sekarang, buka game Pokémon Champions dan pergi ke menu utama. Pilih bahagian “Recruit” dan klik pada “Receive from Pokémon Home.” Sahkan pilihan, dan Pokémon tersebut akan terus dimasukkan ke dalam ‘roster’ anda.

Peraturan Pemindahan

  • Semak Roster: Anda hanya boleh memindahkan Pokémon yang memang tersenarai dalam Pokédex Pokémon Champions sahaja.
  • Peraturan “Perjalanan Dua Hala”: Hanya Pokémon yang dibawa masuk dari Home sahaja yang boleh dipindahkan pergi dan balik. Jika anda mendapat Pokémon tersebut terus dari dalam game Champions, ia akan kekal di situ selamanya dan tidak boleh dihantar ke Pokémon Home.
  • Move yang Tidak Sah: Jika Pokémon mempunyai ‘move’ yang tidak mengikut peraturan perlawanan dalam Champions, anda perlu membuang atau menukarnya kepada ‘move’ lain melalui latihan di dalam game.

Bagaimana Stat dan Kemajuan Berfungsi

  • Apa yang Dikekalkan: Apabila membawa masuk Pokémon, nilai EV, Nature, Ability, dan Ribbon akan kekal sama seperti asal.
  • Perubahan Khusus Game: Sebarang perubahan yang dibuat pada Stat, Move, Nature, atau Ability Pokémon tersebut semasa bermain Champions adalah eksklusif untuk game ini sahaja. Perubahan ini tidak akan dibawa bersama jika Pokémon tersebut dihantar pulang ke Home atau ke game lain.
  • Kemajuan Disimpan: Jika menghantar Pokémon yang telah dilatih pulang ke Home dan kemudian membawanya masuk semula ke Champions, jangan risau… game ini akan ingat semua kemajuan latihan lamanya. Anda tidak perlu membazirkan VP untuk melatihnya buat kali kedua.

Game ini boleh dimuat turun secara percuma di konsol Nintendo Switch dan juga Nintendo Switch 2.

Tags: PanduanPokémon Champions
ShareTweetSend
Previous Post

K MANGA Umum Manga Isekai Dalam Dunia Game PES – Siap Ada Castolo & Minanda!

Next Post

Game Borderlands Muncul Mengejut Di Mobile, Masih Dalam Ujian!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game Borderlands Muncul Mengejut Di Mobile, Masih Dalam Ujian!

Game Borderlands Muncul Mengejut Di Mobile, Masih Dalam Ujian!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd