Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Main Pokémon Champions Di Nintendo Switch & Switch 2 – Semuanya Free-To-Play!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2026
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2
0 0
0
Jom Main Pokémon Champions Di Nintendo Switch & Switch 2 – Semuanya Free-To-Play!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, game Pokémon Champions sudah boleh dimuat turun secara percuma di konsol Nintendo Switch dan juga Nintendo Switch 2.

Berbeza dengan siri Pokémon tradisional yang biasanya memerlukan kita menghabiskan masa dengan jalan cerita RPG yang panjang, Pokémon Champions membuang semua itu dan memberikan fokus seratus peratus kepada “keseronokan bertarung”.

Game ini memang dibina khas untuk menjadi platform utama bagi Pokémon Video Game Championships (VGC). Ini bermakna, segala peraturan yang digunakan dalam game ini adalah sama tepat dengan apa yang korang nampak dalam kejohanan rasmi peringkat dunia.

Buat masa ini, ia hanya tersedia di konsol, manakala versi mobile dijangka akan menyusul pada tahun ini juga.

Direka Khas Untuk Arena Kompetitif

Game ini memfokuskan kepada format perlawanan yang tersusun melalui mod Single Battle dan Double Battle.

Di sini, pemain boleh membina pasukan impian menggunakan sistem yang sudah biasa kita dengar seperti Abilities dan stat tuning, tetapi dengan beberapa pembaharuan. Mekanik Mega Evolution kini kembali, menampilkan Pokémon kegemaran ramai serta kemunculan baharu seperti Mega Dragonite.

Mod Ranked Play & Sokongan Buat Pemain Malaysia

Mod Ranked Battle telah pun dibuka serta-merta. Jadi, korang sudah boleh mula mendaki leaderboard global dan mengumpul Season Point. Kalau sekadar mahu mencuba strategi baharu tanpa sebarang tekanan, mod Casual Battle ada disediakan. Selain itu, korang juga boleh mencabar rakan secara terus melalui Private Battle.

Satu perkara yang pastinya akan menggembirakan komuniti tempatan ialah penyertaan Malaysia sebagai salah satu negara yang boleh dipilih semasa tetapan awal akaun.

Sistem Pengambilan Pokémon Baharu

Dalam game ini, korang tidak perlu lagi membaling Poké Ball di kawasan rumput tinggi untuk menangkap Pokémon. Sebaliknya, Pokémon Champions memperkenalkan sistem “Recruitment”.

Cara fungsinya mudah: korang boleh mencuba Pokémon tertentu sekali sehari untuk melihat sama ada ia serasi dengan gaya permainan korang. Jika rasa “ngam”, korang boleh mengambilnya secara kekal menggunakan Victory Point yang dimenangi hasil daripada perlawanan.

Victory Point ini juga sangat penting untuk proses tuning pasukan, di mana korang boleh gunakannya untuk melaras statistik, menukar Abilities, dan mengubah moveset Pokémon tersebut.

Integrasi Dengan Dunia Pokémon

Pokémon Champions turut menyokong integrasi penuh dengan Pokémon HOME. Ini bermaksud korang boleh membawa masuk Pokémon kegemaran daripada Pokémon GO dan juga Pokémon Legends: Z-A.

Walau bagaimanapun, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Walaupun boleh membawa masuk Pokémon “pelawat”, hanya Pokémon yang tersenarai dalam pangkalan data Pokémon Champions sahaja yang dibenarkan.

Selain itu, Pokémon yang korang dapat secara terus di dalam Pokémon Champions tidak boleh dipindahkan keluar ke game lain. Sebagai bonus untuk pemain awal, sesiapa yang memindahkan Pokémon dari Pokémon Legends: Z-A akan menerima Mega Stone istimewa melalui peti surat dalam game.

Visual Lebih Mantap & Kandungan Tambahan

Walaupun game ini boleh dimainkan dengan lancar di Nintendo Switch, pengguna Nintendo Switch 2 akan menikmati kelebihan tambahan. Korang boleh memuat turun kemas kini peningkatan visual secara percuma yang memberikan tekstur lebih tajam dan animasi yang jauh lebih lancar semasa bertarung.

Walaupun game ini percuma, ada beberapa kandungan berbayar bagi mereka yang mahukan pengalaman lebih senang. “Starter Pack” ada dijual untuk membantu pemain baharu membina pasukan dengan lebih cepat.

Selain itu, ada juga langganan keahlian bulanan yang menawarkan storan kotak PC tambahan, lebih banyak slot pasukan, serta akses kepada misi kosmetik dan muzik perlawanan yang eksklusif.

Tags: Pokémon Champions
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact – Version Luna VI Tersedia Sekarang, Menambah 5-Star Baru “Linnea!”

Next Post

Netflix Dedah Visual Baru Bagi Remake Anime ‘The One Piece’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Netflix Dedah Visual Baru Bagi Remake Anime ‘The One Piece’

Netflix Dedah Visual Baru Bagi Remake Anime ‘The One Piece’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd