Berita gembira buat peminat Pokémon di utara Malaysia! “Pokémon Gym Deluxe” pertama di Pulau Pinang secara rasminya membuka pintu kepada orang ramai di Ayer Itam hari ini.
Bertempat di Pixbros Trading, Jalan Air Itam, pusat baharu ini sedia menerima kunjungan para Trainer bermula jam 1:00 petang hari ini.
Bagi yang kurang tahu, Pokémon Gym ialah kedai yang diiktiraf secara rasmi sebagai tempat pemain berkumpul untuk bertanding dalam tournament dan mendapatkan ganjaran promosi. Walau bagaimanapun, gelaran “Deluxe” hanya diberikan kepada lokasi bertaraf flagship.
Cawangan seperti ini menawarkan suasana yang lebih menyeronokkan, ruang bermain yang lebih luas, keupayaan menganjurkan acara eksklusif, serta pilihan barangan rasmi yang lebih pelbagai.
Ruang baharu ini direka bukan sekadar untuk membeli kad semata-mata. Menurut pengumuman tersebut, premis ini bermatlamat untuk menjadi “rumah” bagi komuniti peminat.
Ia dilengkapi dengan zon khas untuk battling dan trading, sesuai untuk semua golongan… daripada kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan deck pertama mereka, hinggalah ke pemain veteran yang sedang bersiap sedia untuk regional championship.
Jika anda bercadang untuk memeriahkan majlis pelancaran hari ini, berikut adalah butiran yang perlu tahu:
- Lokasi: Pixbros Trading, 554e, Jalan Air Itam, Taman Padang Tembak, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang.
- Waktu Pembukaan: Hari ini, 8 April 2026, jam 1:00 petang.
- Aktiviti: Open battling, card trading, dan sesi santai bersama komuniti.









Discussion about this post