Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Memang Susah Nak Keluarkan Game Gacha Baru Di Era Pasca-Genshin Impact,” Kata Pembangun Arknights

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2026
in Artikel, Berita, Gacha, Industri
0 0
0
“Memang Susah Nak Keluarkan Game Gacha Baru Di Era Pasca-Genshin Impact,” Kata Pembangun Arknights
Share on FacebookShare on Twitter

Melancarkan sebuah live-service game pada tahun 2026 adalah satu tugas yang menggerunkan, tetapi melancarkan gacha RPG dalam era pasca-Genshin Impact adalah satu cabaran yang jauh lebih besar. Pasaran pada waktu ini terlalu padat sehinggakan amat mustahil untuk sesuatu game itu kelihatan menonjol.

Hypergryph, studio di sebalik game tower defense popular Arknights, sudah sedar akan hakikat ini sebelum melancarkan spinoff action RPG mereka, Arknights: Endfield.

Apabila game ini dilancarkan pada bulan Januari lalu untuk PC, PS5, dan peranti mobile, ia pantas mencuri tumpuan kerana mencuba sesuatu yang agak berlainan: dengan menggabungkan combat anime-action biasa dengan elemen pembinaan pangkalan.

Semasa berucap di acara Game Developers Conference bulan lalu, pembangun utamanya iaitu Ryan menjelaskan bahawa pada mulanya, pasukannya sekadar mahu mencuba sistem factory automation.

Namun, ia akhirnya menjadi penyelamat yang diperlukan oleh game ini untuk bertahan dan terus bersaing dengan game besar yang sedia ada dan yang akan datang.

“Sekarang ni ada banyak sangat game yang serupa,” akui Ryan. “Bagi sesetengah open-world RPG gacha game, konsepnya hampir sama sehinggakan pemain yang baru bermain selama sejam dah boleh agak apa yang akan berlaku untuk 20 jam yang seterusnya. Perkara yang sama berulang; build team, lawan dalam dungeon, dan dapatkan ganjaran.”

Kata-kata beliau itu tepat. Lambakan action RPG berbajet besar masih belum putus. Urban supernatural RPG yang sangat dinantikan dari Hotta Studio, Neverness to Everness, bakal dilancarkan secara global dalam beberapa minggu lagi iaitu pada 29 April.

Sementara itu, game detektif bertemakan gotik Silver Palace sudah pun meraih perhatian ramai selepas sesi closed beta test baru-baru ini. Untuk mengelakkan pemain daripada bosan dan berhenti bermain, Hypergryph terpaksa memikirkan semula cara pemain berinteraksi dengan genre ini.

“Harapan kami adalah untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza pada watak-wataknya,” sambung Ryan.

Hayat sesebuah gacha game bergantung pada senarai wataknya, tetapi untuk maxing out watak baharu (pulls) selalunya memakan masa dan perlukan grind yang sangat meletihkan. Bagi menyelesaikan masalah ini, pasukan Endfield telah mengurangkan sebahagian besar kos sumber yang diperlukan untuk “build a team”.

Mereka juga menambahkan jumlah free pull dalam patch bulan April dan versi-versi akan datang. Semua ini dilakukan supaya pemain boleh bebas bereksperimen dengan kombinasi watak baharu dan tidak terikat menyimpan material semata-mata untuk satu meta squad.

Walaupun core loop gameplay masih mengekalkan elemen mengumpul dan mengawal skuad empat orang, kelebihan sebenar Endfield terletak pada sistem kilangnya.

Pemain boleh membina dan mengoptimumkan saluran sumber, membuat ladang secara automasi, dan menukar struktur muka bumi dunia makhluk asing Talos-II secara beransur-ansur.

Anda tidak perlu terlalu pening untuk memulakan setup yang asas, tetapi bagi pemain yang meminati simulasi sebegini, ada pelbagai perkara terperinci dan menarik yang boleh diterokai.

Pendekatan ini nampaknya membuahkan hasil. Menurut Ryan, purata masa bermain kini jauh lebih tinggi berbanding game seangkatan dengannya. Pemain tegar didapati kerap menghabiskan masa “berpuluh-puluh jam” semata-mata untuk fokus kepada sistem kilang tersebut.

Penglibatan ini juga memberi kesan positif kepada prestasi kewangan game ini. Laporan awal bulan April menunjukkan Endfield mencatat kutipan global yang solid, di mana pasaran Jepun secara luar biasa telah mengatasi China dan menyumbang sebanyak 32% daripada keseluruhan pendapatan peranti mobile.

Tags: ArknightsGachaGenshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu The Boys: Season 5 (Finale) – Aksi Paling Ganas Sebelum Melabuh Tirai!

Next Post

Anime ‘Steel Ball Run’ Akan Kembali Sekitar September 2026 Dengan Episod Mingguan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Anime ‘Steel Ball Run’ Akan Kembali Sekitar September 2026 Dengan Episod Mingguan!

Anime ‘Steel Ball Run’ Akan Kembali Sekitar September 2026 Dengan Episod Mingguan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd