Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Anime Kamen Rider dan “Game Project HENSHIN” Diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 3, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Game, Tokusatsu
0 0
0
Siri Anime Kamen Rider dan “Game Project HENSHIN” Diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Tepat pada tarikh hari ini, 3 April 2026, genaplah 55 tahun sejak Kamen Rider mula ditayangkan di kaca televisyen pada tahun 1971. Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini, francais Kamen Rider telah mengumumkan penghasilan siri anime yang sepenuhnya asli serta sebuah projek mobile game.

Permulaan Baharu dalam Dunia Animasi

┌──── KAMEN RIDER ────┐

    THE KAMENRIDER
      ANIMATED
   Aniplex・白組とタッグ

└──── 55th GOGO!! ────┘

現在企画進行中!
続報をおたのしみに#仮面ライダー生誕55周年#仮面ライダーの日 pic.twitter.com/gge8LtgbfE

— 仮面ライダー公式 (@HKR20_official) April 3, 2026

Meskipun francais ini pernah bereksperimen dengan elemen animasi sebelum ini, pelancaran label “THE KAMENRIDER ANIMATED” menandakan satu perubahan strategi yang lebih serius dan tetap.

Karya sulung di bawah label ini bakal muncul sebagai sebuah siri anime. Berbeza dengan projek animasi terdahulu yang biasanya diadaptasi daripada manga atau menjadi kesinambungan kepada siri aksi nyata, anime kali ini akan membina dunia dan jalan ceritanya yang tersendiri. Ini bermakna peminat bakal disajikan dengan pengalaman baharu yang tidak terikat dengan mana-mana siri sedia ada.

Game Project HENSHIN

┌──── KAMEN RIDER ────┐

     Game Project
      HENSHIN

└──── 55th GOGO!! ────┘

完全新作
アプリゲームプロジェクト始動
続報をおたのしみに#仮面ライダー生誕55周年#仮面ライダーの日 pic.twitter.com/kPcfYeqt52

— 仮面ライダー公式 (@HKR20_official) April 3, 2026

Dari sudut gaming pula, satu aplikasi baharu telah diperkenalkan dengan tajuk “Game Project HENSHIN.”

Pelancaran ini turut disertakan dengan sebuah teaser. Dalam klip tersebut, seorang individu dilihat menggunakan telefon pintar miliknya seolah-olah ia adalah alat pertukaran. Dengan peranti tersebut, proses “henshin” bermula dan memaparkan transformasi kepada Kamen Rider Kuuga.

Walaupun gameplay masih lagi dirahsiakan, matlamat utama projek ini adalah untuk memberikan elemen immersion atau penghayatan. Dengan telefon pintar, pemain berpeluang merasai sendiri pengalaman seolah-olah mereka benar-benar menjadi Rider kegemaran mereka.

Tags: animeGamekamen rider
ShareTweetSend
Previous Post

Keputusan Undian Global Gundam – Nu Gundam Muncul Juara!

Next Post

Reviu Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage (Nintendo Switch 2) – Nostalgia Arked Dalam Genggaman!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Reviu Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage (Nintendo Switch 2) – Nostalgia Arked Dalam Genggaman!

Reviu Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage (Nintendo Switch 2) - Nostalgia Arked Dalam Genggaman!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd