Jika anda sedang mencari cara untuk fokus, saya ada berita baik. Nestopi baru-baru ini mengumumkan bahawa sound novel dan aplikasi produktiviti ‘Chill with You: Lo-Fi Story‘, bakal dilancarkan secara rasmi untuk peranti mobile. Bermula 8 April 2026, game ini boleh dimuat turun untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play.
Sorotan utama kepada pengalaman ini ialah Satone, seorang gadis pendiam yang gemar meluangkan masa menulis novelnya sendiri. Sambil anda menyelesaikan tugasan dunia sebenar (sama ada kerja sekolah, kerja dari rumah, atau projek kreatif) Satone akan duduk di mejanya yang terletak bertentangan dengan anda.

Game ini berfungsi sebagai sebuah sound novel, di mana persekitaran dan muzik akan berubah mengikut mood atau emosi. Anda boleh mengubah suai senarai lagu Lofi serta bunyi alam semulajadi (seperti bunyi hujan, angin, atau desiran daun) untuk mencari suasana yang paling sesuai bagi membantu otak anda mencapai mod “fokus.”

Apa yang membezakan Chill with You daripada siaran Lofi biasa di YouTube adalah hubungan yang di bina bersama Satone. Game ini turut dilengkapi dengan fungsi Pomodoro timer; satu kaedah pengurusan masa di mana anda bekerja dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan diselangi dengan waktu rehat pendek.

Pada waktu rehat tersebut, anda boleh berinteraksi dengan Satone. “Detik-detik” yang dikongsi ini bukan hiasan semata-mata, malah ia merupakan cara untuk mengeratkan ikatan dengannya. Semakin banyak masa yang diluangkan bersama, Satone akan mula lebih terbuka dan akhirnya mendedahkan perasaan serta sisi peribadi dalam kisahnya.









Discussion about this post