Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trilogi Original Resident Evil & Breath of Fire IV Akhirnya Boleh Didapati Di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 2, 2026
in Artikel, Berita, PC, RPG, Seram, Steam, Survival
0 0
0
Trilogi Original Resident Evil & Breath of Fire IV Akhirnya Boleh Didapati Di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Selama bertahun-tahun, peminat survival horror dan RPG klasik terpaksa berdepan pelbagai cabaran untuk bermain tajuk-tajuk original buatan Capcom pada platform moden. Namun, sekarang cabaran itu sudah hilang kerana Resident Evil, Resident Evil 2, Resident Evil 3: Nemesis, dan Breath of Fire IV telah dilancarkan secara rasmi di Steam.

Return to the origins of survival horror. 🧟

Resident Evil (1996), Resident Evil 2 (1998), and Resident Evil 3 Nemesis (1999) are now available on Steam. pic.twitter.com/GFFQgmiAt9

— Resident Evil (@RE_Games) April 2, 2026

Susulan pelancaran di GOG awal tahun ini, versi Steam merupakan hasil kolaborasi antara Capcom dan GOG bagi memastikan game berusia puluhan tahun ini dapat dijalankan dengan lancar pada PC moden. Sempena pelancarannya, setiap tajuk ditawarkan pada harga diskaun RM16.95, sebelum kembali ke harga asal RM33.90.

Resident Evil Klasik

Walaupun siri Resident Evil versi remake sangat popular, versi asal tahun 1990-an mempunyai daya tarikan tersendiri dengan sistem tank control dan sudut kamera tetapnya. Versi Steam ini bukan port biasa; tetapi disertakan dengan pelbagai kemas kini Quality of Life yang penting.

Resident Evil (1996)

Game yang memulakan segala-galanya kembali dalam bentuk yang paling lengkap. Versi ini adalah uncut sepenuhnya, mengekalkan elemen keganasan dan darah yang sebelum ini ditapis dalam beberapa versi konsol. Pemain boleh memilih watak Chris Redfield atau Jill Valentine untuk meneroka Spencer Mansion yang penuh perangkap.

  • Ciri Moden: Game ini kini menyokong mod wide-screen windowed, anti-aliasing, dan penambahbaikan pada masa cutscene. Ia juga merangkumi empat pilihan bahasa, termasuk versi asal Jepun.

Resident Evil 2 (1998)

Dianggap sebagai salah satu sekuel terbaik sepanjang zaman, versi ini membawakan kisah Leon S. Kennedy dan Claire Redfield yang saling berkait.

  • Ciri Moden: Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuka mod “4th Survivor” dan “Tofu”; ia tersedia sejak dari mula lagi. Versi ini juga membaiki pepijat audio yang lama dan masalah teks hilang yang sering berlaku pada versi PC lama.

Resident Evil 3: Nemesis (1999)

Sebelum peristiwa dalam game kedua berakhir, Jill Valentine perlu melarikan diri dari Raccoon City yang sedang hancur sambil diburu oleh Nemesis yang tidak kenal penat lelah.

  • Ciri Moden: Pelancaran ini mempunyai Mercenaries Mode, selain penambahbaikan pada kursor tetikus dan fungsi task-switching yang lebih lancar, memudahkan pemain yang menggunakan tetapan pelbagai monitor.

Breath of Fire IV

Bagi peminat RPG, tambahan Breath of Fire IV adalah satu berita besar. Terkenal dengan grafik watak 2D sprite dan persekitaran 3D, game ini mengisahkan perjalanan Ryu, seorang pemuda dengan kuasa untuk bertukar menjadi naga, bersama barisan watak menarik seperti puteri bersayap Nina dan watak misteri Fou-Lu.

Versi Steam ini mengembalikan bunyi persekitaran yang hilang sebelum ini dan membaiki masalah crash yang sering mengganggu sistem kombo. Dengan lebih 200 spell untuk dipelajari dan dua jalan cerita yang saling berkait, ia terkenal sebagai salah satu RPG paling menarik pada eranya.

Dibina untuk PC Moden

Cabaran terbesar bagi game lama selalunya adalah masalah keserasian. Versi Steam baharu ini menggunakan DirectX renderer yang telah diperbaiki, bermakna game tidak akan crash apabila kita menekan alt-tab atau menukar tetapan.

Capcom dan GOG juga telah menambah pelbagai pilihan grafik termasuk:

  • Integer Scaling: Mengekalkan ketajaman piksel klasik supaya tidak kabur pada monitor 4K.
  • Windowed Mode & VSync: Membantu mengelakkan masalah screen tearing dan memastikan game berfungsi lancar seperti perisian moden.
  • Gamma Correction: Memastikan lorong-lorong gelap dan menyeramkan di Raccoon City tepat seperti yang diinginkan pada skrin LED dan OLED moden.
Tags: Breath of Fire IVResident Evilsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Sertai Honkai: Star Rail “Run to Elation” Fun Run! Daftar Sekarang!

Next Post

Sediakan Dompet! Harga Tiket Konsert Solo Pertama LiSA Di Malaysia Bermula RM488!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sediakan Dompet! Harga Tiket Konsert Solo Pertama LiSA Di Malaysia Bermula RM488!

Sediakan Dompet! Harga Tiket Konsert Solo Pertama LiSA Di Malaysia Bermula RM488!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd