Memanggil semua Trailblazer! Pendaftaran kini dibuka untuk Honkai: Star Rail “Run to Elation” Fun Run, acara larian pertama yang membawakan tema RPG fantasi angkasa popular tersebut ke dunia sebenar.
Acara ini bakal berlangsung pada hari Ahad, 3 Mei 2026, bertempat di Sunway Square Mall, Malaysia. Laluan larian sejauh 3km ini direka khas supaya sesuai disertai oleh peminat daripada semua peringkat umur.
Tempoh pendaftaran Early Bird sedang berlangsung sekarang sehingga 12 April 2026. Peminat yang mendaftar dalam tempoh ini akan menerima ganjaran tambahan iaitu Themed Frame Keychain eksklusif sebagai pelengkap set larian mereka.
Pendaftaran biasa pula akan terus dibuka sehingga 25 April 2026. Walau bagaimanapun, pihak penganjur mengingatkan bahawa pendaftaran mungkin ditutup lebih awal sekiranya kuota penyertaan telah penuh.
Pilih Pek Anda

Peserta boleh memilih antara dua jenis pek pendaftaran yang penuh dengan barangan bertema:
- Pek Standard (MYR 135): Mengandungi tiket laser “Run to Elation”, bib larian, beg galas Furbo yang comel, dan poskad kod penebusan dalam game (bernilai 15 Stellar Jade).
- Pek VIP (MYR 180): Selain semua barangan dalam Pek Standard, anda juga akan mendapat T-shirt eksklusif acara, botol air “Run to Elation”, dan satu Puzzle Keychain (secara rawak). Peserta VIP juga akan menerima kod penebusan dengan nilai lebih tinggi iaitu 30 Stellar Jade.
Semua peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima pingat penamat dan sijil sebagai tanda kenang-kenangan perjalanan mereka.
Hari Larian dan Jualan Barangan Rasmi

Acara akan bermula awal pada 3 Mei, dengan pelepasan rasmi pada jam 8:00 pagi. Merchandise Booth akan dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam pada hari larian, menawarkan pelbagai barangan eksklusif dan umum.
Bagi memastikan semua peminat berpeluang membelinya, had pembelian telah ditetapkan: setiap peserta hanya boleh membeli maksimum tiga unit bagi setiap barangan eksklusif, empat unit bagi barangan umum, dan had keseluruhan sebanyak 30 barangan bagi setiap individu.
Cara Pengambilan Race Pack

Mereka yang telah mendaftar boleh mengambil Race Pack mereka di Sunway Square L1 Main Driveway. Anda perlu menunjukkan e-tiket dan dokumen pengenalan diri yang sah (IC). Waktu pengambilan adalah seperti berikut:
- Sabtu, 2 Mei (Sebelum Larian): 11:00 pagi – 9:00 malam
- Ahad, 3 Mei (Hari Larian): 7:00 pagi – 9:00 malam
Notis: Saiz T-shirt untuk peserta VIP adalah terhad dan diberikan mengikut prinsip “siapa cepat, dia dapat” semasa waktu pengambilan. Anda digalakkan untuk datang awal pada hari Sabtu.
- Laman Pendaftaran: https://hoyo.link/qJIQ4aOJS









Discussion about this post