Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu The Super Mario Galaxy Movie – Penuh Easter Egg & Watak Kejutan, Sekuel Wajib Tonton!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2026
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Reviu The Super Mario Galaxy Movie – Penuh Easter Egg & Watak Kejutan, Sekuel Wajib Tonton!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini kami telah menonton The Super Mario Galaxy Movie, dan jujur saya katakan, saya amat menyukainya. Buat mereka yang membesar dengan siri game Mario (tidak kira versi asal, Mario Maker, mahupun Super Mario Galaxy) karya ini seolah-olah dibikin istimewa untuk anda.

Jika perhatikan poster sebelum ini, kelibat Fox McCloud dari siri Star Fox pastinya menangkap mata. Tanpa membuang elemen kejutan atau memberi spoiler berlebihan, dia sebenarnya bukanlah satu-satunya watak istimewa yang akan muncul.

Ada pelbagai watak dari francais game Nintendo yang lain turut diselitkan secara tersembunyi dari awal hingga akhir filem. Jangan terus bangun selepas tayangan habis, pastikan anda tunggu sampai hujung kerana ada dua post-credits scene yang rugi kalau dilepaskan! Tanpa melengahkan masa, inilah ulasan penuh kami.

Selamat Tinggal Mushroom Kingdom, Hai Angkasa

Pengembaraan kali ini membawa Mario keluar dari Mushroom Kingdom jauh ke angkasa lepas! Dia menjelajah pelbagai planet ganjil, serta perlu mengharungi bermacam-macam rintangan bertemakan kosmik. Namun, dia tidak sendirian.

Berbeza dengan filem terdahulu di mana Mario berganding bahu dengan Peach, kisah kali ini dipecahkan kepada dua laluan berbeza.

Penonton akan disajikan dengan perjalanan Mario dan Luigi, sambil diiringi satu lagi plot yang memfokuskan kepada pengembaraan Peach dan Toad, sebelum kedua-dua jalan cerita ini bertembung pada penghujung filem.

Sudah jelas terang bahawa The Super Mario Galaxy Movie lebih menyasarkan golongan kanak-kanak. Penceritaannya agak ringkas dan kadarnya terasa jauh lebih laju kalau nak dibandingkan dengan filem pertama.

Pengarah tidak meluangkan banyak masa untuk membina latar atau memberi penerangan meleret; sebaliknya, penonton terus dihidangkan dengan babak aksi serta kemunculan watak kegemaran ramai seperti Yoshi dan Rosalina.

Walaupun ini berjaya mengekalkan momentum dan keseronokan filem, pada masa yang sama, ia agak merugikan buat “mereka yang ingin tahu lebih”. Ia mengacah seolah-olah ingin menyelami sejarah atau latar belakang Mario universe, tetapi sayang sekali niat itu terbantut, lalu meninggalkan pelbagai persoalan yang tergantung.

Sungguhpun begitu, karya ini sangat penuh dengan elemen Easter Egg serta rujukan menarik kepada game asalnya. Setiap kali rujukan-rujukan ini ditunjukkan, ia berjaya mengukir senyuman di bibir saya. Peminat tegar pasti akan bergembira dengan babak sebegini.

Malah, bagi golongan yang tidak pernah bermain game-nya sekalipun, ia masih sebuah filem yang hebat untuk ditonton. Unsur jenakanya menjadi, aksinya padat, jalan ceritanya lancar, dan paling penting, ia sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.

Kejutan Crossover Nintendo & Kemunculan Penjajat Di Luar Jangkaan

Aspek watak sudah tentu menjadi salah satu sorotan utama animasi ini. Macam yang saya kongsikan awal tadi, Fox McCloud hanyalah secebis daripada kejutan yang ada. Ada lambakan wajah baharu yang diperkenalkan… sebahagiannya dari siri game Mario sendiri, dan selebihnya adalah watak luar yang sama sekali di luar jangkaan.

Sepanjang tontonan, saya asyik terkejut dan teruja menantikan watak manakah yang bakal melangkah masuk ke dalam skrin seterusnya. Walau bagaimanapun, tumpuan sebenar sebenarnya terletak pada antagonisnya.

Ada beberapa penjahat yang muncul tanpa disangka, lantas menjadikan filem ini ibarat sebuah crossover besar buat watak-watak klasik Nintendo. Perkara yang paling mencuri hati saya adalah bagaimana animasi ini menonjolkan sisi lain watak-watak ini semasa mereka tidak bergelut.

Babak ringkas mengenai rutin harian mereka ini berjaya menampakkan Mario universe sebagai sebuah dunia yang jauh lebih bernyawa.

Peningkatan Kualiti Animasi Dalam Masa Tiga Tahun Sahaja

Sinematografi dan visual filem ini benar-benar memukau. Sangat mengagumkan apabila melihat kualiti animasinya dalam tempoh tiga tahun sahaja. Oleh sebab pengembaraan kali ini tidak lagi dihadkan dalam kawasan Mushroom Kingdom, pasukan produksi telah memerah sepenuhnya tema angkasa lepas yang dipilih.

Penonton berpeluang melihat planet-planet baharu yang menawan hati: sebuah kota sci-fi, rimba yang dihuni dinosaur, kawasan gurun yang terbentang luas, dan bermacam lagi. Meskipun filem ini tidak bercerita mengenai asal-usul setiap lokasi secara lisan, rekaan animasinya telah menjalankan tugas tersebut dengan cemerlang.

Menerusi skrin sahaja, anda boleh memahami secara terperinci tentang atmosfera setiap dunia, corak kehidupan penduduknya, serta identiti budaya mereka. Secara keseluruhannya, ia adalah satu kepuasan visual dari awal hingga akhir.

Nostalgia Melalui Audio, Walaupun Muzik Kurang Menyengat

Kualiti audionya masih mantap, malahan mungkin lebih memuaskan berbanding filem terdahulu. Segala bunyi ikonik dari siri game berjaya dikekalkan tepat seperti dalam memori para gamer, bermula daripada bunyi pop semasa memungut mushroom sehinggalah kepada dentingan coin yang cukup klasik.

Kesan bunyi ketika watak-watak transform turut menyerlah dan sangat seiring dengan pergerakan aksi di skrin. Audio yang teliti ini ternyata memberi “nyawa” ke dalam filem, di samping mengimbau semula momen nostalgia.

Namun begitu, dari segi muzik, ia tidak setanding dengan karya pertama. Kali ini, komposisi lagunya sekadar berada di zon selamat dan kurang meninggalkan impak tersendiri. Walaupun begitu, itu tidak bermakna tiada langsung detik yang epik.

Setiap kali melodi tema Super Mario Galaxy ataupun runut muzik klasik Super Mario Bros. bergema, aura dalam pawagam serta-merta bertukar, dan keterujaan kami sangat terasa. Saat-saat begini cukup istimewa; cuma alangkah bagusnya jika momen sebegini disajikan dengan lebih kerap sepanjang tayangan.

Pendapat

Pendek kata, The Super Mario Galaxy Movie membawakan satu pengalaman tontonan yang amat menghiburkan, memanjakan mata, dan dihasilkan dengan penuh kasih sayang.

Biarpun naratifnya tidak begitu mendalam, kekurangan tersebut ditebus dengan pesonanya yang tersendiri, vibe yang meriah, serta menonjolkan penghargaan yang tinggi terhadap game itu sendiri.

Buat para peminat Mario, ini adalah hidangan yang amat memuaskan, dan bagi mereka yang baharu mengenali siri ini, ia masih menawarkan masa yang menyeronokkan.

Filem ini kini ditayangkan di Malaysia.

The Review

The Super Mario Galaxy Movie

9 Score

The Super Mario Galaxy Movie ialah animasi visual yang memukau dan menghiburkan. Walaupun plotnya ringkas dan kurang mendalam dari segi lore, filem ini ditebus dengan aksi pantas, dunia kosmik yang kreatif, kemunculan watak crossover yang mengejutkan, serta lambakan Easter egg yang pasti memuaskan hati peminat Nintendo seisi keluarga.

PROS

  • Kualiti animasi memukau yang memaparkan rekaan dunia baharu berunsur kreatif
  • Kombinasi watak yang sangat menghiburkan serta penuh dengan kemunculan mengejutkan
  • Kaya dengan lambakan Easter eggs dan rujukan menarik berpandukan siri game asal
  • Pergerakan plot yang laju dan amat sesuai dijadikan hiburan tontonan seisi keluarga

CONS

  • Penceritaan terlampau ringkas yang melepaskan peluang untuk meneroka aspek latar belakang Mario universe dengan lebih terperinci

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: reviuThe Super Mario Galaxy Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Ke Mana Perginya Steel Ball Run Episod 2? Apa Yang Terjadi Pada Produksi?

Next Post

Previu The Elder Scrolls Online (2026) – Kandungan Baharu Setiap 90 Hari Tanpa Kos Tambahan! Apa Yang Baru?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Previu The Elder Scrolls Online (2026) – Kandungan Baharu Setiap 90 Hari Tanpa Kos Tambahan! Apa Yang Baru?

Previu The Elder Scrolls Online (2026) - Kandungan Baharu Setiap 90 Hari Tanpa Kos Tambahan! Apa Yang Baru?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd