HBO telah melancarkan trailer teaser pertama untuk siri televisyen Harry Potter, sambil turut mengesahkan bahawa rancangan ini akan ditayangkan pada 25 Disember 2026. Musim pertama akan diberi tajuk Harry Potter and the Philosopher’s Stone, mengekalkan nama buku asal dari UK.
Untuk konteks, ini merupakan adaptasi baharu bagi tujuh buku Harry Potter karangan J.K. Rowling. Ia bukan remake bagi filem-filem lama. Sebaliknya, ia adalah versi serba baharu dengan pelakon baharu sepenuhnya dengan matlamat untuk menjadikan jalan cerita lebih setia dan lebih terperinci mengikut buku original.
Musim pertama akan mengikuti Harry Potter, Ron Weasley, dan Hermione Granger ketika mereka menjalani kehidupan di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry… membina talian persahabatan sambil menghadapi ancaman akibat kebangkitan Lord Voldemort.

Antara barisan pelakon:
- Dominic McLaughlin sebagai Harry Potter
- Arabella Stanton sebagai Hermione Granger
- Alastair Stout sebagai Ron Weasley
- John Lithgow sebagai Albus Dumbledore
- Janet McTeer sebagai Minerva McGonagall
- Paapa Essiedu sebagai Severus Snape
- Nick Frost sebagai Rubeus Hagrid
- Warwick Davis kembali sebagai Filius Flitwick
Barisan pelakon tambahan termasuk Rory Wilmot sebagai Neville Longbottom, Lox Pratt sebagai Draco Malfoy, kembar dalam kehidupan sebenar Tristan dan Gabriel Harland sebagai Fred dan George Weasley, serta Sirine Saba sebagai Professor Sprout.

Siri ini akan disiarkan secara eksklusif di HBO Max.









Discussion about this post