Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail – Version 4.1 Telah Tiba, Membawa Ashveil & Festival Penuh Ganjaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG, Turn-Based
0 0
0
Honkai: Star Rail – Version 4.1 Telah Tiba, Membawa Ashveil & Festival Penuh Ganjaran!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah melancarkan update Version 4.1 untuk Honkai: Star Rail hari ini. Bertajuk”Unraveled for Daybreak”, kemas kini terbaharu ini membawa pengembaraan bertema festival yang penuh dengan misteri dan kandungan baharu.

Daripada Juara Permainan kepada Bintang Festival

Dalam kemas kini sebelum, pemain membantu Trailblazer menjadi topik paling hangat di Planarcadia selepas mengalahkan Sparxie, streamer paling popular di planet tersebut, dalam Phantasmoon Games. Kini, Pearl (CEO Planarcadia) ingin memanfaatkan kejayaan ini dengan menganjurkan Star Rail FEST.

Festival ini menampilkan tiga zon utama: Zon Belobog, Zon Xianzhou Luofu, dan Zon Penacony.

Pengunjung boleh menaiki kereta api Pom-Pom yang melompat antara zon, di mana mereka dapat melihat replika belon gergasi Supreme Guardian Cocolia bertarung dengan Destruction Engine, menghidupkan semula pertarungan sengit dengan Lord Ravager Phantylia di Scalegorge Waterscape, dan mara ke arah The Great Septimus dengan iringan lagu Robin di latar belakang.

Pemain juga boleh meneroka Pearluxe Tower, iaitu ibu pejabat syarikat yang menganjurkan acara tersebut. Di dalam menara itu, sebuah model yang dikenali sebagai “Alloy King Pom-Pom” dipamerkan, bersama-sama dengan beberapa aktiviti interaktif bertema robot.

Kenali Ashveil

Bintang utama version 4.1 ialah Ashveil, seorang detektif yang biasanya tidak boleh diharap, tetapi menunjukkan sisi yang jauh lebih serius apabila keadaan memerlukan.

Selepas memasuki Phantasmoon Games di penghujung bab cerita sebelum untuk menyiasat kes pembunuhan di Dovebrook District, Ashveil kini bekerjasama dengan kru Astral Express untuk mendedahkan pakatan jahat yang tersembunyi di sebalik kemeriahan festival.

Ashveil menyertai barisan watak sebagai watak 5-star Lightning-Type yang mengikuti Path of The Hunt. Beliau boleh diperoleh melalui banner watak khas sepanjang tempoh kemas kini 4.1. Gaya permainannya memfokuskan kepada “mengejar tanpa henti” dan follow-up attack.

Semasa meneroka peta, teknik khas Ashveil boleh menyebabkan musuh berdekatan menjadi stun sebelum combat bermula. Sebaik sahaja combat bermula, beliau meningkatkan critical damage semua rakan sepasukan dan menandakan satu musuh sebagai “Bait.”

Selagi Bait masih aktif, semua musuh akan mengalami pengurangan defense. Menggunakan skill Ashveil ke atas Bait akan memberikan damage tambahan dan memulihkan skill points untuk pasukan.

Kekuatan sebenar kemahiran Ashveil terletak pada follow-up attack beliau. Setiap kali rakan sepasukan menyerang Bait, Ashveil secara automatik melancarkan follow-up attack sendiri sambil mengumpul sumber bernama “Gluttony.” Beliau boleh menggunakan Gluttony untuk menjadikan follow-up attack beliau lebih kuat lagi.

Mod Baharu: Wispae War Saga

"Wispae War Saga": Lord Recruitment Order
Graphia Academy is engulfed in chaos, Wispae clash in chaotic skirmishes, and rival powers vie for dominance.
Rally your wispae army, challenge the heroes of this turbulent era, and reclaim the peace of old!
Learn more:… pic.twitter.com/fkeTEkF0Cx

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) March 24, 2026

Honkai: Star Rail Version 4.1 memperkenalkan aktiviti baharu Wispae War Saga. Pemain akan memimpin pelbagai jenis askar wispae ke medan perang di Graphia Academy. Anda boleh menaik taraf rakan wispae, menggunakan spell cards dan kapsul dengan pelbagai kesan, serta mengalahkan lawan untuk membuka rakan wispae baharu.

Selepas menyelesaikan cabaran dalam akademi, pemain boleh menghadapi pertandingan yang lebih sukar melawan pencabar luar untuk ganjaran tambahan.

Pull Percuma dan Acara Rerun

HoYoverse meraikan versi baharu ini dengan beberapa bonus mesra pemain. Semua pemain yang log masuk selepas kemas kini dilancarkan akan menerima 10 warp percuma hanya dengan log masuk sahaja.

Ciri Divergent Universe juga menerima fasa baharu bernama Arcadian Chronicles. Pemain kini boleh memilih kawasan untuk diterokai menggunakan kad “Waypoint Pass” yang mewakili pelbagai wilayah. Sistem baharu yang boleh dinaik taraf iaitu “A Mask of Elation” turut ditambah untuk membuka lebih banyak ganjaran.

Version 4.1 New Stage
After the Version 4.1 update, the new stage "Divergent Universe: Gilded Recollection" will be available.
Successfully challenge the stage "Divergent Universe: Gilded Recollection," and Trailblazers can use Trailblaze Power, Immersifiers, or Deep Immersifiers… pic.twitter.com/F9apxYk3an

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) March 20, 2026

Dua acara ganjaran popular juga kembali semula: Planar Fissure dan Garden of Plenty. Acara masa terhad ini membantu pemain mengumpul Planar Ornaments dan bahan naik taraf dengan lebih cekap.


Honkai: Star Rail kini boleh dimainkan di PC, iOS, Android, Epic Games Store, dan PlayStation 5.

Tags: Honkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

Haikyu ALL Challengers – Training Simulation Game Pertama Berdasarkan Haikyu!!

Next Post

Assassination Classroom the Movie: Our Time Umum Tayangan Khas Peminat, Hadiah Eksklusif Menanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Assassination Classroom the Movie: Our Time Umum Tayangan Khas Peminat, Hadiah Eksklusif Menanti!

Assassination Classroom the Movie: Our Time Umum Tayangan Khas Peminat, Hadiah Eksklusif Menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd