Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu The Seven Deadly Sins: Origin – Open World Yang Padat Dengan Wajah Lama & Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Previu The Seven Deadly Sins: Origin – Open World Yang Padat Dengan Wajah Lama & Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

The Seven Deadly Sins: Origin ialah sebuah open-world gacha RPG yang dibangunkan oleh Netmarble, dan setakat ini rupanya seperti salah satu adaptasi game anime paling bercita-cita tinggi yang pernah kita lihat dalam tempoh yang agak lama.

Dibina menggunakan Unreal Engine 5, game ini menggabungkan eksplorasi, combat yang pantas, dan jalan cerita baharu yang mengembangkan lagi dunia yang sudah digemari oleh peminat. Selepas meluangkan masa dengan versi pelancaran, saya boleh katakan yang game ini menawarkan jauh lebih banyak daripada visual anime cantik.

Sila ambil perhatian: Build ini masih dalam pembangunan dan mungkin akan mengalami perubahan sebelum pelancarannya secara rasmi.

Apabila Timeline Berlanggar

Apa yang menarik tentang The Seven Deadly Sins: Origin ialah ia tidak sekadar menyalin cerita anime. Game ini mempunyai jalan cerita tersendiri yang berfungsi lebih seperti sekuel multiverse kepada siri original.

Cerita mengisahkan Tristan, anak kepada Meliodas dan Elizabeth. Dia secara tidak sengaja mencetuskan “Space-Time Distortion” selepas berinteraksi dengan artifak purba bernama Book of Stars (sebuah objek yang boleh mengganggu masa dan dimensi).

Ini menyebabkan huru-hara di mana timeline berbeza mula berlanggar antara satu sama lain.

Disebabkan masalah ini, watak-watak dari pelbagai zaman semuanya muncul serentak. Ada wajah-wajah yang kita kenal dari masa lalu, versi masa depan watak-watak yang sudah kenali, dan musuh-musuh baharu yang turut muncul.

Pendekatan ini membolehkan game ini membawa watak-watak kegemaran sambil menambah watak baharu tanpa terikat dengan timeline asal.

Keseluruhan konsep ini sebenarnya berfungsi dengan sangat baik kerana memberi ruang kepada cerita untuk bermain dengan senario “What If” di dimensi yang berbeza. Ia juga bersambung dengan baik dengan latar belakang siri. Dalam siri asal, Seven Deadly Sins bukan sekadar sekumpulan pahlawan yang dipilih secara rawak.

Meliodas dan Merlin memilih mereka sendiri berdasarkan ramalan yang dilihat oleh King Bartra dari Liones. Menurut ramalan itu, tujuh “penjenayah” kuat ini (setiap satu ditandakan dengan simbol dosa) akan menjadi satu-satunya yang mampu menghentikan Ten Commandments sekiranya Demon Clan kembali.

Eksplorasi dari Darat hingga Bawah Laut

Eksplorasi adalah antara bahagian terbaik game ini, dan kita boleh nampak bahawa Netmarble benar-benar berusaha keras untuk mencipta dunia yang dikenali peminat daripada anime dan manga. Anda boleh meneroka lokasi-lokasi terkenal seperti Kingdom of Liones, Fairy King’s Forest, dan banyak lagi kawasan lain di seluruh dunia.

Game ini memberi pelbagai cara untuk bergerak. Kita boleh berjalan atas padang, memanjat tebing, meluncur di udara, menunggang haiwan, malah belayar atas lautan untuk sampai ke tempat yang jauh. Sesetengah watak juga mempunyai abiliti khas yang menjadikan perjalanan lebih cepat dan lebih mudah.

Apa yang menjadikan eksplorasi seronok ialah betapa “bernyawanya” dunia ini terasa. Bukannya ruang kosong yang luas, persekitaran dalam game dipenuhi dengan pelbagai benda yang boleh berinteraksi.

Anda juga boleh meneroka bawah air, yang menambah satu lagi dimensi kepada pengalaman open-world. Menyelam ke dalam air boleh membawa pemain kepada harta tersembunyi, bahan-bahan, dan peti yang menunggu untuk ditemui.

Walaupun struktur keseluruhan mungkin terasa tipikal kalau anda pernah bermain open-world RPG lain, jumlah aktiviti yang banyak membantu memastikan semuanya kekal menarik.

Ada juga beberapa aktiviti sampingan yang tersebar. Mini-game berasaskan teka-teki muncul sepanjang penerokaan, dan kita juga boleh berehat dengan sistem ala memancing. Aktiviti-aktiviti kecil ini memberi sesuatu untuk dilakukan apabila kita perlukan rehat daripada combat atau misi cerita.

Satu lagi ciri menarik ialah Knighthoods, yang berfungsi seperti guild. Walaupun game ialah action RPG, sistem ini membawa masuk elemen MMORPG ringan di mana anda boleh membentuk komuniti dan berinteraksi dengan pemain lain.

Combat Pantas dengan Sistem Tag

Combat pula adalah bahagian di mana game ini benar-benar terserlah. Sistem combat dibina menggunakan party empat watak, dan kita boleh bertukar antara watak di tengah-tengah pertarungan.

Setiap watak mempunyai abiliti, kekuatan elemental, dan gaya bertarung tersendiri, yang membuatkan komposisi pasukan sangat penting dalam cara kita bermain.

Satu mekanik utama dalam combat ialah Tag System. Apabila melancarkan serangan biasa, menggunakan skill, dan melepaskan abiliti khas, anda akan mengisi Tag Gauge.

Sebaik sahaja ia penuh, bertukar kepada watak lain akan mengaktifkan Tag skill yang boleh meningkatkan damage dan mempercepatkan Ultimate Gauge untuk seluruh pasukan. Oleh sebab itu, sentiasa bergilir antara watak adalah penting untuk mengekalkan serangan kuat.

Sistem elemental menambah lagi strategi. Watak boleh menggunakan elemen berbeza bergantung kepada senjata yang mereka pakai, dan setiap elemen membina Burst Gauge tersendiri. Apabila penuh, ia mengaktifkan kesan Elemental Burst yang boleh memberikan damage besar atau mempengaruhi interaksi elemental lain.

Ada juga Weak Point System yang membolehkan kita menyasarkan bahagian tertentu pada musuh boss untuk memberikan damage tambahan. Namun, menyerang titik lemah ini juga boleh menyebabkan musuh menjadi lebih agresif, yang menjadikan combat lebih susah tetapi dinamik.

Pergerakan semasa combat terasa lancar berkat mekanik dash dan perfect dodge. Ciri-ciri ini ditambah selepas maklum balas awal daripada pemain beta yang mahukan mobiliti combat yang lebih baik. Penambahbaikan ini menjadikan combat terasa lebih responsif, terutamanya apabila berhadapan dengan boss yang besar.

Setiap hero juga mempunyai tiga weapon slot, yang mengubah cara sesebuah watak dimainkan. Tristan, sebagai contoh, boleh bertukar antara Dual Blade, Greatsword, atau pedang biasa. Setiap senjata mengubah gaya bertarungnya, membolehkan kita bereksperimen dengan build yang berbeza.

Walau bagaimanapun, kemajuan tidak begitu pantas. Menguatkan watak memerlukan banyak bahan dan grinding. Membina satu pasukan penuh empat watak yang kuat memakan masa, terutamanya tanpa ganjaran event dalam game untuk mempercepatkan prosesnya.

Salah satu bahagian combat yang paling memuaskan ialah Combined Ultimate Attack. Apabila menggandingkan watak-watak tertentu bersama, mereka boleh melepaskan Combo Finisher sinematik yang bergaya. Melancarkan serangan hebat ini terhadap boss atau kumpulan musuh yang besar memang sentiasa memuaskan.

Apa yang Boleh Dilakukan Setiap Hari

Untuk aktiviti harian, game ini mempunyai Daily Dungeon yang memberi bahan dan gold untuk menaik taraf watak. Sementara itu, Boss Dungeon menawarkan ganjaran yang lebih besar seperti wata wang gacha, equipment yang kuat, dan bahan naik taraf.

Dungeon-dungeon ini juga mempunyai keperluan “Combat Power”, yang bermakna kita perlu watak yang cukup kuat sebelum boleh menghadapi cabaran yang lebih sukar.

Perkembangan Watak yang Memakan Masa

Seperti saya jelaskan di atas, kemajuan watak mengikut formula gacha RPG biasa. Watak dengan rarity lebih tinggi secara natural lebih kuat, tetapi peralatan juga memainkan peranan yang besar.

Watak boleh memakai senjata dengan rarity yang berbeza, set armor dengan efek khas, dan Mastery Upgrade yang meningkatkan stat asas seperti HP, Defense, dan Attack.

Sistem Mastery akhirnya memberi anda Hero Potential Points, yang membuka peningkatan lanjutan yang serupa dengan constellation system yang anda lihat dalam gacha game lain.

Namun, sistem ini boleh mencapai sehingga sepuluh tahap bagi setiap watak, menjadikan progression jangka panjang satu pelaburan masa yang besar pada pendapat saya, sekurang-kurangnya dalam keadaan preview tanpa event dalam game.

Visual  Cantik Tapi Prestasi Masih Perlu Dioptimumkan

Dari segi visual, The Seven Deadly Sins: Origin cukup hebat. Game ini berjalan menggunakan Unreal Engine 5, dan hasilnya ialah dunia meriah dipenuhi dengan persekitaran berwarna-warni dan watak-watak yang dianimasikan dengan cantik. Hala tuju seni setia kepada anime dengan teknik rendering moden.

Animasi watak semasa combat juga sama mengagumkan. Serangan terasa memberi impak, abiliti memang gah, dan Combined Ultimate memberikan babak sinematik yang benar-benar menangkap semangat siri.

Namun, prestasi adalah bahagian di mana keadaan mula menjadi bermasalah. Walaupun visualnya solid, game ini pada masa ini masih bergelut dengan optimization.

Kami menguji game ini di PC dengan Ryzen 5 3600, Radeon RX 6800 16GB, dan 32GB RAM, dan hasilnya adalah beberapa kekangan prestasi yang agak mengejutkan. Menjalankan game pada setting 1440p Very High tidak dapat dilakukan dengan prestasi yang stabil.

Ini agak luar biasa memandangkan perkakasan yang digunakan mampu menguruskan banyak game AAA moden yang dikeluarkan kebelakangan ini.

Untuk mendapatkan 60 FPS stabil, kami terpaksa menurunkan setting kepada High pada 1080p. Walaupun begitu, stuttering masih muncul di beberapa kawasan, terutamanya semasa combat atau semasa meneroka persekitaran yang besar.

Apa yang membuatkan hal ini lebih mengecewakan ialah ketiadaan pilihan upscaling seperti FSR, yang boleh membantu meningkatkan prestasi pada PC mid-range.

Memandangkan game ini sangat bergantung kepada Unreal Engine 5, optimization dan pilihan grafik tambahan amat penting untuk memastikan gameplay yang lebih lancar untuk pelbagai sistem.

Sistem Gacha yang Agak Murah Hati

Seperti yang dijangkakan daripada sebuah “live service RPG”, The Seven Deadly Sins: Origin direka dengan sistem kemajuan berasaskan gacha. Mujurlah, strukturnya agak murah hati berbanding sesetengah game lain dalam genre yang sama.

Game ini menggunakan sistem 50/50 untuk Limited Character. Kita dijamin mendapat watak SSR selepas 80 pull, dan jika kalah dalam 50/50, SSR seterusnya dijamin sebagai Featured Character walaupun untuk banner yang berbeza. Limited Character pertama dijamin selepas 120 pull.

Game ini tidak mempunyai weapon gacha yang berasingan. Senjata diperoleh melalui Character Banner, yang menghapuskan salah satu sistem monetization paling kontroversial yang biasa ditemui dalam gacha game.

Namun, game ini memperkenalkan skin gacha eksklusif. Sesetengah skin yang sebelum ini boleh di-craft mungkin kini akan muncul dalam sistem ini, walaupun masih belum jelas sama ada skin lama akan kekal boleh diakses melalui crafting atau dipindahkan sepenuhnya ke dalam gacha pool.

Selain itu, game ini juga termasuk pilihan monetization live service yang biasa seperti bundle dan Hero Pass, yang berfungsi sama seperti Battle Pass kita biasa lihat dalam banyak game lain.

Pendapat

The Seven Deadly Sins: Origin ialah sebuah open-world gacha RPG yang bercita-cita tinggi yang berjaya mengembangkan dunia original sambil menawarkan gameplay loop menarik yang dibina berdasarkan eksplorasi dan combat yang pantas.

Dunianya terasa hidup dan berbaloi untuk diterokai, sistem combat menggalakkan pertukaran watak yang kerap dan serangan combo bergaya, dan cerita bergaya multiverse membuka peluang untuk pelbagai naratif kreatif.

Pada masa yang sama, game ini bukan tanpa kelemahan. Kemajuan boleh terasa berat dengan grinding, dan isu prestasi semasa (terutamanya pada PC) memang sukar untuk diabaikan. Saya tidak dapat bayangkan macam mana keadaannya nanti apabila game ini dilancarkan di mobile.

Optimization sangat penting sekiranya game ini mahu mengekalkan pemain untuk jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, asasnya jelas ada. Pada pendapat saya, jika Netmarble dapat menambah baik bahagian teknikal dan terus mengembangkan kandungan, The Seven Deadly Sins: Origin berpotensi untuk menjadi salah satu RPG yang paling menarik dalam ruang live service.

Game ini tersedia sekarang di PlayStation 5 dan PC (Steam), lalu akan dilancarkan di iOS dan Android pada 24 Mac. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: previuThe Seven Deadly Sins: Origin
ShareTweetSend
Previous Post

Sambut Nostalgia Dengan Koleksi Pokémon UT Edisi Ulang Tahun Ke-30 Di UNIQLO!

Next Post

Previu Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok (CBT) – Cubaan & Watak Paling Mesra Pemula, Beatrix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok (CBT) – Cubaan & Watak Paling Mesra Pemula, Beatrix!

Previu Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok (CBT) - Cubaan & Watak Paling Mesra Pemula, Beatrix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd