Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Ultra Impact Bakal Ditamatkan Pada 18 Mei Selepas Tiga Tahun Beroperasi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
My Hero Ultra Impact Bakal Ditamatkan Pada 18 Mei Selepas Tiga Tahun Beroperasi!
Share on FacebookShare on Twitter

Mobile RPG keluaran Bandai Namco Entertainment, My Hero Ultra Impact, secara rasminya bakal menutup perkhidmatan. Laman web rasmi mengumumkan bahawa perkhidmatannya akan berakhir pada 18 Mei 2026.

[Important Notice]
Thank you for playing MY HERO ULTRA IMPACT.

MY HERO ULTRA IMPACT will conclude its service on 5/18/2026 (JST).
We would like to express our sincere gratitude for your continued support over the years.

Please check the in-game information for more details.

— MY HERO ULTRA IMPACT (@MyHeroUI) March 17, 2026

Setakat ini, pemain tidak lagi boleh membeli Hero Gem, iaitu premium currency dalam game. Pihak pembangun menyatakan bahawa maklumat lanjut mengenai proses refund akan dikongsikan kemudian.

Buat masa ini, pemain yang masih mempunyai baki premium currency dalam akaun mereka boleh terus menggunakannya sehingga server ditutup.

Sebagai penghargaan terakhir kepada peminat, game ini mengadakan kempen penutup yang menawarkan 10x Recruit secara percuma setiap hari. Ini membolehkan pemain membuat pull untuk mendapatkan watak tanpa perlu mengeluarkan sebarang duit sepanjang minggu-minggu terakhir permainan.

Tiga Tahun Beroperasi

My Hero Ultra Impact asalnya dilancarkan untuk peranti iOS dan Android pada Februari 2022. Dipasarkan sebagai “explosive quirk-based hero battle RPG,” game ini adalah free-to-play dengan pilihan in-app purchases.

Ia menawarkan beberapa mod, termasuk mod Quirk battle kasual tiga-lawan-tiga serta story mode yang menceritakan semula arc-arc penting daripada manga My Hero Academia karya Kohei Horikoshi dan adaptasi animenya.

Selain berlawan, game ini juga membenarkan pemain mengumpul ilustrasi istimewa serta membina dan menyesuaikan “Hero Base” mereka sendiri, memberikan pengalaman yang lebih peribadi kepada pemain.

Buat masa ini, peminat My Hero Ultra Impact masih mempunyai kira-kira dua bulan untuk menikmati game dan menghabiskan baki premium currency mereka sebelum server ditutup sepenuhnya pada 18 Mei.

Tags: My Hero Ultra Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Shangri-La Frontier: The Seven Colossi Akan Keluar Tahun Ini Di Jepun – Belum Ada Berita Tentang Versi Global!

Next Post

The World Is Dancing – Anime Bertema Noh Bakal Ditayangkan Julai 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
The World Is Dancing – Anime Bertema Noh Bakal Ditayangkan Julai 2026!

The World Is Dancing - Anime Bertema Noh Bakal Ditayangkan Julai 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd