Netmarble dan pembangun Netmarble Nexus telah mengumumkan bahawa game free-to-play Shangri-La Frontier: The Seven Colossi akan dilancarkan pada tahun 2026 di Jepun untuk PC, iOS, dan Android.
Namun, peminat di Malaysia yang tidak sabar untuk mencuba game ini mungkin perlu bersabar sedikit lagi. Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman mengenai pelancaran antarabangsa.
Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
Selain pengumuman tersebut, Netmarble turut melancarkan laman web teaser rasmi serta YouTube untuk game ini. Sebuah trailer baharu juga telah dikeluarkan, memberikan pandangan pertama terhadap dunia, watak, dan hala tuju cerita game ini.
Yang menarik, trailer tersebut turut memaparkan kemunculan in-game Wezaemon the Tombguard, salah satu boss yang bakal dihadapi pemain.

Sebagai adaptasi game pertama berdasarkan siri Shangri-La Frontier, pihak pembangun berjanji untuk mencipta semula dunia anime ini dengan setia, sambil mengembangkannya dengan kandungan baharu.
Gameplay utama berkisar tentang menewaskan tujuh raksasa hebat yang dikenali sebagai Colossi, selaras dengan fokus bahan asal terhadap pertarungan boss mencabar.

Satu ciri menarik ialah sistem combat game ini. The Seven Colossi menggunakan gaya pertarungan berasaskan dua watak dengan mekanik switch yang direka untuk dimainkan dengan sebelah tangan sahaja. Pemain juga boleh akan bertemu dengan pelbagai watak dan NPC daripada siri ini sepanjang bermain.

Bagi mereka yang kurang mengenali francais ini, Shangri-La Frontier bermula sebagai web novel sebelum diadaptasi menjadi manga dan seterusnya siri anime.
Ceritanya mengikuti Sunraku, seorang gamer yang pakar mencari “exploit” dalam game yang teruk, ketika dia menerima cabaran untuk bermain Shangri-La Frontier – sebuah VR game yang sangat popular dan terkenal dengan tahap kesukarannya.









Discussion about this post