Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PANDUAN] Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Taktik Mengalahkan Semua Invasive Monster!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 16, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Panduan, PC, PS5, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
[PANDUAN] Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Taktik Mengalahkan Semua Invasive Monster!

Kredit: Digital Braves

Share on FacebookShare on Twitter

Seperti namanya, Monster adalah teras kepada Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection, dan Invasive Monster merupakan antara pertarungan paling unik dan strategik dalam game ini.

Namun, anda tidak boleh mengalahkan Invasive Monster dengan kekuatan mentah semata-mata. Mereka mempunyai nyawa yang tidak terhad dan hanya boleh dikalahkan dengan memenuhi syarat tertentu. Setiap arena mengandungi Invasive Track yang memberi petunjuk tentang cara menguruskan pertarungan tersebut.

Semakin banyak track yang anda kumpul, semakin banyak nasihat taktikal yang Rudy berikan semasa berlawan.

Panduan ini mengandungi spoiler besar, jadi sila ambil perhatian sebelum meneruskan bacaan!

Setiap Invasive Monster juga menjaga Endangered Species Egg. Jika anda berjaya memaksa monster tersebut berundur, anda boleh menyelamatkan telur itu dan memperkenalkan semula spesies tersebut ke habitat semula jadi mereka, sekali gus memajukan usaha pemulihan ekosistem anda.

Perkara penting yang perlu diingat sebelum mencuba pertarungan-pertarungan ini:

  • Syarat Unik: Setiap Invasive Monster memerlukan strategi khusus untuk memaksanya berundur, seperti kelemahan elemental, status effect, skill Monstie, atau serangan yang tepat pada masanya.
  • Muncul Pada Waktu Malam: Mereka hanya muncul pada waktu malam, dan Endemic Life berdekatan sering berkelakuan gelisah, membantu kita mengesan lokasi mereka.
  • Boleh Cuba Lagi: Melarikan diri atau gagal tidak akan menghilangkan lokasi mereka… anda sentiasa boleh mencuba semula.
  • Pengumpulan Track: Mengutip Invasive Track di arena memberikan lebih banyak petunjuk dan meningkatkan peluang kejayaan.

Setiap Invasive Monster di Azuria dan Cara Mengalahkannya

Invasive Yian Garuga

Invasive Yian Garuga | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Sunpetal Plains

Syarat Berundur:

  • Patahkan kakinya untuk memaksanya berundur
  • Kekal defensif dan pastikan nyawa sentiasa penuh semasa serangan dashingnya
Rathian | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Rathian

Invasive Plesioth

Invasive Plesioth | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Mirror Lake

Syarat Berundur:

  • Bawa Monstie dengan serangan Fire-element
  • Sasarkan kepalanya apabila ia bersedia untuk melancarkan serangan air ultimatenya
Lagiacrus | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Lagiacrus

Invasive Seregios

Invasive Seregios | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Mirror Lake

Syarat Berundur:

Seregios mempunyai sisik tajam yang tidak boleh ditembusi. Anda memerlukan:

  • Bawa Hammer
  • Gunakan skill seperti Perfect Crush yang menyasarkan semua bahagian monster
  • Gunakan Power Attack apabila ia bersedia untuk melancarkan Scale Shot
  • Perhatikan warna jeritan untuk menentukan jenis serangan (merah/hijau/biru)
Astalos | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Astalos

Setiap Invasive Monster di Canalta Timberland dan Cara Mengalahkannya

Invasive Arzuros

Invasive Arzuros | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Blessing Hill

Syarat Berundur:

  • Fokuskan serangan pada Arzuros utama sahaja
  • Abaikan Arzuros yang dipanggil
  • Habiskan bekalan madunya untuk memaksanya berundur
Canyne | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Canyne

Invasive Nerscylla

Invasive Nerscylla | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Blessing Hill

Syarat Berundur:

  • Bawa Gunlance
  • Gunakan Wyvern’s Fire apabila diminta
  • Tunggu sehingga ia menyasarkan anda untuk menjamin kejayaan
Nargacuga | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Nargacuga

Invasive Shogun Ceanataur

Invasive Shogun Ceanataur | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Frozen Grotto

Syarat Berundur:

  • Tingkatkan Defense ke tahap (L) menggunakan:
  • Monstie Circle Stance, atau
  • Hunting Horn Defensive Ditty, atau
  • Armorskin
  • Patahkan cakarnya dengan Defense yang telah ditingkatkan untuk memaksanya berundur
Mizutsune | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Mizutsune

Setiap Invasive Monster di Tarkuan dan Cara Mengalahkannya

Invasive Diablos

Invasive Diablos | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Colossal Dragon’s Remains

Syarat Berundur:

  • Bawa Hammer
  • Gunakan skill seperti Spinning Meteor untuk menyasarkan dan menghancurkan lubang yang betul
  • Terus sasarkan lubang sehingga monster muncul dari lubang yang betul
  • Kekalkan Stamina sepanjang pertempuran
Tigrex | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Tigrex

Invasive Odogaron

Invasive Odogaron | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Rococo Rocks

Syarat Berundur:

  • Bawa Almudron dengan Mud Torrent untuk mengenakan status Mudbogged
  • Gunakan Bow atau Gunlance untuk memusnahkan cakarnya semasa Mudbogged aktif
  • Tukar Almudron kepada Monstie yang lebih kuat jika perlu untuk memusnahkan cakar dengan lebih cepat
Zinogre | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Zinogre

Setiap Invasive Monster di Serathis dan Cara Mengalahkannya

Invasive Khezu

Invasive Khezu | Kredit: Digital Braves

Lokasi: Glacial Caps

Syarat Berundur:

  • Pastikan anda mempunyai perlindungan Paralysis (item, skill, atau decoration)
  • Lakukan Speed Attack semasa Head-to-Head
  • Lancarkan Double Attack bersama Monstie
  • Akhiri dengan Kinship Skill apabila ia melancarkan serangan ultimatenya
Barioth | Kredit: Digital Braves

Endangered Species Egg: Barioth


Game ini tersedia sekarang di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jika ingin melihat panduan kami yang lain untuk game ini, sila rujuk pautan di bawah:

  • Rahsia Membina Monstie Terkuat!
  • Bina Ekosistem Impian Melalui “Habitat Restoration!”
  • Cara Membuka Semua Monster Mutation!
  • Cara Dapatkan Gen Rare & Telur Pelangi!
Tags: Monster Hunter Stories 3: Twisted ReflectionPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

[PANDUAN] Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Cara Dapatkan Gen Rare & Telur Pelangi!

Next Post

LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight Akan Tiba Lebih Awal Daripada Jangkaan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Duskbloods Akan Mulakan Closed Network Test Pada Ogos 2026
Beta

The Duskbloods Akan Mulakan Closed Network Test Pada Ogos 2026

July 16, 2026
EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield
Berita

EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield

July 15, 2026
Capcom Akan Turunkan Harga Monster Hunter Wilds & Susun Semula DLC
Berita

Capcom Akan Turunkan Harga Monster Hunter Wilds & Susun Semula DLC

July 15, 2026
Next Post
LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight Akan Tiba Lebih Awal Daripada Jangkaan!

LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight Akan Tiba Lebih Awal Daripada Jangkaan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd