Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Terakhir Digimon Story Time Stranger Akan Datang 12 Mac, Memperkenalkan Geng “Anti-ParadoX!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC Terakhir Digimon Story Time Stranger Akan Datang 12 Mac, Memperkenalkan Geng “Anti-ParadoX!”
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Media.Vision mengesahkan bahawa DLC ketiga untuk Digimon Story Time Stranger, yang bertajuk “Additional Digimon & Episode Pack 3: Anti-ParadoX“, akan tiba esok 12 Mac 2026.

DLC ini disertakan untuk pemain yang membeli Deluxe atau Ultimate Edition game ini, dan juga boleh dibeli secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada Season Pass.

Apa Ada dalam Pek Ini?

Episod Anti-ParadoX meletakkan pemain bersama Asuna dan Dr. Simmons ketika mereka berusaha untuk menewaskan Parallelmon, ancaman yang telah membuka Akashic Backdoor, sebuah ruang extradimensional berbahaya yang perlu ditutup sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Dari segi gameplay, DLC ini memperkenalkan lima Digivolution peringkat Mega baharu, semuanya tertumpu kepada bentuk X-Antibody yang diidamkan daripada Digimon kegemaran peminat:

  • ULForceVeedramon X (Ulforce V-dramon X)
  • Gallantmon X (Dukemon X)
  • Omnimon X (Omegamon X)
  • Magnamon X
  • Jesmon X

Anti-ParadoX menandakan DLC terakhir dalam season pass, dan secara rasminya mengakhiri kandungan pasca-pelancaran yang diumumkan bersama game ini. Walau bagaimanapun, ada petunjuk daripada pembangun bahawa sesuatu yang lain mungkin masih dalam perancangan (walaupun mungkin berskala kecil).

Digimon Story: Time Stranger kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam. Versi Switch 2 dan Switch untuk Digimon Story: Time Stranger akan dilancarkan pada 9 Julai 2026.

Tags: Digimon Story Time StrangerDLC
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Fest+ 2026 Di Sunway Pyramid – Tiket Kini Boleh Ditempah!

Next Post

Chainsaw Man Part 2 Bakal Berakhir Minggu Depan, Adakah Ini Penghujung Sebenar?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Chainsaw Man Part 2 Bakal Berakhir Minggu Depan, Adakah Ini Penghujung Sebenar?

Chainsaw Man Part 2 Bakal Berakhir Minggu Depan, Adakah Ini Penghujung Sebenar?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd