Konami Digital Entertainment mengesahkan bahawa Suikoden: The Anime, adaptasi anime bagi RPG klasik Suikoden II pada 1998, akan mula ditayangkan pada Oktober 2026. Pengumuman ini datang lebih setahun selepas projek tersebut pertama kali didedahkan, dan turut disertakan dengan trailer promosi pertama.
Anime ini mengikuti Riliu (protagonis senyap dalam game, yang kini diberikan nama canon) dan sahabat baiknya Jowy Atreides, dua orang pemuda yang menjadi anggota Unicorn Youth Brigade di bawah Highland Kingdom.
Apa yang bermula sebagai persahabatan… bertukar menjadi tragedi apabila peperangan meletus antara Highland dan Jowston City-States yang bersebelahan.

Kedua-dua pemuda ini akhirnya memiliki Rune luar biasa, tetapi falsafah mereka yang berbeza mendorong masing-masing ke pihak bertentangan dalam konflik tersebut. Apabila 108 Stars of Destiny mula berhimpun, Riliu dan Jowy terpaksa berhadapan antara satu sama lain untuk menamatkan peperangan.

Konami sendiri menghasilkan animasi untuk siri ini di bawah label KONAMI Animation.









Discussion about this post