Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pragmata Datang Lagi Awal! Capcom Majukan Tarikh Keluaran Ke 17 April 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 6, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Pragmata Datang Lagi Awal! Capcom Majukan Tarikh Keluaran Ke 17 April 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah memajukan tarikh pelancaran Pragmata seminggu lebih awal, daripada 24 April kepada 17 April 2026. Game ini akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam.

Selain itu, Capcom turut mengeluarkan trailer baharu yang memberikan pandangan lebih jelas terhadap premis game yang berlatar belakangkan bulan.

Video tersebut mendedahkan kawasan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, termasuk permukaan bulan itu sendiri dan sebuah sektor menyerupai rumah hijau yang tersembunyi di dalam stesen angkasa.

Persekitaran ini merupakan tempat tinggal musuh-musuh baharu yang berbahaya, dan protagonis Hugh serta Diana perlu bertarung menentang mereka dalam usaha untuk melarikan diri dan kembali ke Bumi.

Trailer tersebut juga mendedahkan Shelter, sebuah kawasan hub yang berfungsi sebagai pangkalan operasi pemain di antara misi. Di sinilah Hugh dan Diana bertemu Cabin, sebuah support robot serba boleh yang direka untuk membantu menguruskan pelbagai fungsi di sekitar pangkalan.

Antara ciri-ciri Cabin ialah Cabin Stamp Club, sebuah sistem ganjaran di mana pemain boleh membelanjakan Cabin Coin pada stamp board untuk membuka pelbagai bonus, dengan ganjaran tambahan apabila melengkapkan baris penuh.

Cabin juga mengendalikan sebuah jukebox yang membolehkan pemain menukar muzik latar Shelter, dengan lagu-lagu baharu yang boleh dibuka seiring dengan perkembangan cerita.

Shelter juga berfungsi sebagai ruang untuk pemain melengkapkan cosmetic item dan menikmati kandungan bonus. Mereka yang membeli Deluxe Edition akan mendapat akses kepada Shelter Variety Pack, yang merangkumi kostum tambahan, weapon skin, gesture animation untuk Diana, lagu muzik tambahan, dan koleksi karya seni.

Pre-order untuk Pragmata dibuka di semua platform. Sesiapa yang membuat pre-order akan menerima dua kostum bonus: pakaian Neo Bushido bertemakan samurai untuk Hugh dan kostum Neo Kunoichi berinspirasi ninja untuk Diana.

Pemain yang ingin merasai sendiri game ini sebelum pelancaran tidak perlu menunggu kerana demo Pragmata Sketchbook pun boleh dimuat turun sekarang.

Tags: PRAGMATA
ShareTweetSend
Previous Post

Echoes of Aincrad – Menawarkan Kita Cara Untuk Alami Detik Awal Sword Art Online Dalam Cara Serba Baharu!

Next Post

Project Helix – Konsol Gaming Baharu Microsoft Yang Boleh Main Game Xbox & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Project Helix – Konsol Gaming Baharu Microsoft Yang Boleh Main Game Xbox & PC!

Project Helix - Konsol Gaming Baharu Microsoft Yang Boleh Main Game Xbox & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd