Baru-baru ini, kami berpeluang melihat sendiri Fallout 76 Update 66. Production Director Bill LaCoste, Live Producer Keaton Bracy, dan Senior Systems Designer Kevin Wienecke menunjukkan apa yang sedang mereka usahakan, dan gayanya seperti salah satu ‘event’ terbesar yang pernah diterima game ini.
Mereka telah mengemaskini lebih daripada 50 Public Event dan Activity, menambah sistem “Uninvited Guests”, memperluaskan pilihan ganjaran four-star, dan membuat pelbagai penambahbaikan quality-of-life.
Tujuan utamanya ialah untuk membuatkan Appalachia terasa segar semula untuk semua orang, sama ada anda pemain baharu atau sudah bermain sejak pelancaran. Kevin Wienecke mengendalikan demo gameplay, sementara pasukan lain menerangkan sebab di sebalik setiap keputusan. Kami juga berpeluang bertanya soalan selepas itu.
Activity vs. Public Event, Lebih Jelas dan Teratur

Salah satu perubahan terbesar ialah cara mereka menyusun semula kandungan lama. Mereka telah membahagikannya kepada dua kumpulan yang jelas: Activity dan Public Event.
Activity (atau Activities) ialah kandungan yang lebih pendek dan ringan untuk satu hingga tiga pemain yang tersebar di seluruh peta. Public Event pula kekal sebagai pengalaman besar melibatkan seluruh server yang direka untuk kumpulan yang lebih ramai.
Menu juga telah dikemaskini supaya anda boleh membezakan kedua-duanya dengan mudah. Public Event kini mempunyai ikon baharu yang menunjukkan ia berfokuskan multiplayer. Pembangun mengatakan mereka mahu semuanya lebih jelas.
Banyak event lama mula kelihatan ketinggalan zaman, dan daripada membina semula setiap satu dari awal, mereka membuat penambahbaikan menyeluruh di merata tempat termasuk memperbaiki aliran gameplay, mengemaskini ganjaran, dan menambah baik cara ia dimainkan.
Moonshine Jamboree Lebih Susah tetapi Tawar Ganjaran Lebih Baik

Demo bermula dengan Moonshine Jamboree, salah satu Public Event yang sudah lama ada dalam game.
Mereka telah menukar beberapa musuh. Kini ada lebih sedikit ghoul, digantikan dengan lebih banyak Floater (musuh yang sebenarnya boleh sampai kepada anda walaupun anda “camping” di atas bumbung).
Mereka juga telah memendekkan tempoh wave dan mengurangkan masa menunggu antara setiap wave, jadi event terasa lebih padat tanpa kehilangan tenaga.
Satu perubahan besar dalam Update 66 ialah Public Event kini mempunyai jumlah Legendary Enemy tetap. Anda boleh jangkakan sekitar lima hingga tujuh Legendary Enemy setiap event. Pasukan tegas mengenai perkara ini: tiada event yang patut membuatkan anda rasa membuang masa.
Mereka mahu menyebarkan ganjaran secara lebih serata supaya pemain tidak hanya farming dua atau tiga event “terbaik” yang sama berulang kali.
Pertarungan Boss Mengejut!

Mungkin tambahan paling menarik ialah sistem Uninvited Guests… tetapi secara dalaman, pasukan mengelarnya sebagai “Party Crashers”.
Selepas Public Event tertentu berakhir, ada kemungkinan musuh yang kuat akan muncul secara tiba-tiba. Ia tidak dijamin setiap kali, tetapi secara purata anda mungkin akan bertemu satu kira-kira sekali sejam.
Kebanyakan Uninvited Guest ialah Legendary Enemy three-star yang sesuai dengan tema event yang baru anda selesaikan. Tetapi ada satu yang jauh lebih besar daripada yang lain.
Bintang utama sistem ini ialah Bigfoot; legendary enemy four-star pertama yang boleh ditemui di luar Gleaming Depths raid.
Bigfoot boleh muncul selepas Public Event tertentu tamat. Apabila dia muncul, anda mempunyai lima minit untuk membunuhnya. Pada dasarnya, ia merupakan ujian damage. Jika kumpulan anda tidak berjaya dalam masa yang ditetapkan, dia hilang dalam kepulan debu.
Bigfoot sentiasa menjatuhkan item four-star. Sebahagiannya sama dengan gear daripada raid, tetapi loot pool miliknya lebih kecil dan lebih fokus.
Dia juga mempunyai mod four-star yang jarang dan eksklusif bernama Thrill Seeker, yang meningkatkan kelajuan reload dan serangan melee berdasarkan kill streak anda (ini memberi ganjaran kepada playstyle agresif).
Bigfoot sentiasa spawn sebagai musuh four-star. Dia direka untuk kumpulan kira-kira lapan hingga sepuluh pemain, tetapi pemain dengan build yang benar-benar kuat mungkin boleh kalahkan dia dengan lebih sedikit orang.
Most Wanted dan Party Crasher Bertema Lain

Seterusnya, mereka menunjukkan kemaskini untuk Most Wanted. Mereka telah menurunkan keperluan Buckaroo daripada 600 kepada 500, menambah baik loot daripada Golden Varmint, dan mengemaskini ganjaran secara menyeluruh.
Event ini mempunyai salah satu Uninvited Guest three-star biasa: Storm Goliath. Ia sesuai dengan tema robot Wild West. Ia menjatuhkan dua item three-star yang dijamin, dengan kemungkinan mendapat yang ketiga.
Secara keseluruhan, lebih daripada 50 Event menerima perubahan dari segi pacing, ganjaran, dan betapa kuatnya musuh.
Level Scaling Supaya Semua Orang Boleh Main

Mereka mahu menjadikan Event lebih mudah diakses. Sebelum ini, Event mempunyai level musuh yang tetap dan sering memberi amaran jika anda terlalu rendah levelnya. Dengan Update 66, amaran tersebut sudah tiada. Game kini menyesuaikan level musuh berdasarkan watak anda.
Pemain baharu boleh terus menyertai Public Event tanpa perlu risau ditewaskan, manakala pemain veteran akan menghadapi musuh yang mencabar dengan sewajarnya (kadangkala jauh lebih sukar daripada dahulu).
Sebagai contoh, sesetengah Boss Bot dalam Event seperti Battle Bot kini muncul pada level 125 dengan status three-star, menjadikannya jauh lebih mencabar.
Penambahbaikan Loot Keseluruhan dan Perubahan Dunia

Selain event, Update 66 juga merombak ganjaran di seluruh peta. Lockbox kini mempunyai loot yang lebih baik, dan kunci yang lebih sukar boleh memberikan Legendary Item. Ammo Crate memberi ammo yang sepadan dengan senjata anda.
Item seasonal challenge kini dimasukkan sebagai ganjaran, jadi anda tidak perlu lagi server hop untuk mencarinya. Treasure Map lebih mudah ditemui, dan loot yang anda dapat daripada mereka berubah mengikut level peta tersebut.
Mereka juga telah menambah kesan mod one-star baharu, lebih banyak weapon dan armor mod, lebih banyak pilihan mod four-star, dan penambahbaikan ganjaran secara umum di merata tempat.
Camp Title, Penambahbaikan Pip-Boy, dan Kemaskini Photo Mode

Anda kini boleh memberikan title kepada C.A.M.P. anda, bukan hanya kepada watak anda. Title ini akan terpapar pada peta, memberikan lebih banyak personaliti.
Mereka turut mengoptimumkan pengurusan inventory Pip-Boy supaya menggunakan kurang memori dan bertindak balas dengan lebih pantas. Perk dan effect kini berada dalam bahagian yang berasingan, yang menyediakan asas untuk kemaskini menu pada masa hadapan.
Photo Mode mempunyai pilihan “Vanity Lights,” supaya anda boleh melaraskan pencahayaan untuk imej yang lebih cantik. Pasukan juga mengusik tentang Easter egg tersembunyi berkaitan Bigfoot apabila anda melihatnya melalui mod kamera tertentu…
Apa Seterusnya? Fishing, Player-Triggered Event, dan Lain-Lain
Update 66 tidak termasuk kemaskini fishing, tetapi pasukan mengesahkan mereka sedang membangunkan beberapa tambahan fishing baharu. Ia akan menambah ikan dan resipi masakan yang terikat dengan tangkapan masa terhad.
Mereka juga mengacah lebih banyak sistem player-triggered seperti Headhunt, walaupun belum berkongsi butiran lagi.
Mini-season Rip Daring akan datang pula akan mempunyai ganjaran bertema Alien Invasion seperti stesen cuaca, cat armor baharu, kabinet pameran, resource generator, dan banyak lagi.
Pesanan Daripada Pasukan
Pembangun mengakhiri sesi dengan mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas semua maklum balas yang dikongsi melalui Discord dan Reddit selama bertahun-tahun. Banyak penambahbaikan quality-of-life dalam Update 66 datang terus daripada cadangan pemain.
Untuk maklumat lanjut, layari SINI.









Discussion about this post