Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer Baru LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight Hidupkan Semula Babak Ikonik Filem Batman 1989!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Trailer Baru LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight Hidupkan Semula Babak Ikonik Filem Batman 1989!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Warner Bros. Games dan DC telah mengeluarkan trailer cinematic terbaharu untuk LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight, sebagai tanda penghormatan terhadap salah satu detik paling ikonik dalam sejarah filem superhero tersebut.

Trailer ini mencipta semula babak muzium seni terkenal daripada filem Batman (1989) arahan Tim Burton, di mana Joker lakonan Jack Nicholson menyerbu masuk ke muzium Gotham City bersama kuncu-kuncunya, lalu merosakkan karya seni dan mengubah tempat itu menjadi galeri peribadi miliknya sendiri.

Menambah lagi rasa nostalgia, cinematic ini diiringi lagu “Partyman” oleh Prince, lagu ikonik yang mengiringi babak original ketika filem itu mula ditayangkan.

Game Batman yang Merangkumi Beberapa Dekad Sejarah DC

Dibangunkan oleh TT Games (studio di sebalik francais videogame LEGO yang disayangi ramai) LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight ialah sebuah game action-adventure yang membawa pemain ke perjalanan penuh Bruce Wayne, bermula dari asal usulnya sebagai anak yatim sehinggalah kebangkitannya sebagai pelindung Gotham.

Daripada hanya mengambil inspirasi daripada satu filem atau siri komik sahaja, game ini menghimpunkan pengaruh daripada pelbagai dekad media Batman; filem, rancangan televisyen, buku komik, dan game.

Ini bermakna pemain boleh menemui pelbagai rujukan terhadap segala-galanya, daripada filem-filem Tim Burton dan Christopher Nolan sehinggalah siri animasi dan banyak lagi.

LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight kini boleh pre-order di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Game ini akan dilancarkan pada 29 Mei 2026, tetapi pemain yang memilih Deluxe Edition akan berpeluang bermain lebih awal (72 jam lebih awal) dengan akses bermula pada 26 Mei 2026.

Bagi peminat Nintendo pula, versi Nintendo Switch 2 untuk game ini telah disahkan sedang dalam pembangunan, namun Warner Bros. Games masih belum menetapkan tarikh pelancaran untuk platform tersebut.

Maklumat lanjut di SINI.

Tags: Trailer Baru LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight Hidupkan Semula Babak Ikonik Filem Batman 1989!
ShareTweetSend
Previous Post

[Interviu] Monarch: Legacy of Monsters – Pelakon & Produser Kongsi Tentang Season 2, Titan & Kisah Yang Lebih Gergasi!

Next Post

Gara-gara Berebut Gym Pokémon GO, Pemain Di Subang Jaya Didakwa Diekori Hingga Ke Rumah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Gara-gara Berebut Gym Pokémon GO, Pemain Di Subang Jaya Didakwa Diekori Hingga Ke Rumah

Gara-gara Berebut Gym Pokémon GO, Pemain Di Subang Jaya Didakwa Diekori Hingga Ke Rumah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd