Perfect World Games bersama pembangun Hotta Studio (pasukan kreatif di sebalik Tower of Fantasy) mengumumkan bahawa RPG open world supernatural Neverness to Everness (NTE) akan dilancarkan secara global pada 29 April 2026.
Game ini dibina sebagai judul free-to-play yang menyokong fungsi cross platform sepenuhnya. Ini bermakna, anda boleh bertukar-tukar antara PlayStation 5, PC, dan iOS serta Android tanpa perlu risau tentang kehilangan sebarang data atau kemajuan gameplay.
Neverness to Everness membawa kita ke kota metropolis Hethereau. Di sini, kejadian paranormal bukanlah sesuatu yang asing, malah ia dianggap sebagai sebahagian daripada hidup seharian. Anda akan memulakan kerjaya sebagai “Anomaly Hunter” tanpa lesen pertama di bandar tersebut.
Beroperasi dari sebuah kedai antik bernama Eibon, anda akan menerima pelbagai tugasan paranormal untuk mencari “Anomaly”; iaitu objek atau kejadian harian yang telah dicemari oleh kuasa luar biasa.

Sama ada ia sekaki payung berhantu di lorong gelap atau api biru misteri yang muncul di tengah-tengah kesesakan trafik, Hethereau menjanjikan seribu satu misteri untuk dirungkai. Namun, NTE bukan sekadar tentang aksi; ia juga tentang kehidupan di kota besar.
Sambil menyelesaikan misi, anda boleh bersiar-siar di pasar jalanan, mengubah suai kereta mengikut cita rasa sendiri, atau mencuba nasib dalam dunia perniagaan.

Salah satu tarikan utama game ini adalah sistem “Build Your Empire”. Berbeza dengan RPG biasa yang selalunya mempunyai jalan cerita tetap, NTE memberi kebebasan untuk anda membina kerjaya sendiri.
Anda mungkin bermula dengan menguruskan sebuah kafe kecil di sudut jalan, namun seiring dengan usaha, anda mampu memiliki penthouse mewah.
Pra-Pendaftaran Dibuka! Ganjaran Menarik Menanti!
Dengan pelancaran yang hanya berbaki kira-kira dua bulan, sesi pra-pendaftaran kini dibuka di semua platform. Pihao pembangun menyediakan pelbagai “ganjaran milestone ” yang akan diberikan semasa hari pelancaran berdasarkan jumlah pendaftaran.
Antara ganjaran menarik yang bakal diterima oleh pemain awal termasuklah:
- Haniel: Watak A-Class yang cukup kuat untuk mengukuhkan skuad anda.
- Fabricated Dice dan Beetle Coin: Tujuan naik taraf dan membeli-belah.
- Elite Hunter Guide: Membantu meningkatkan tahap pasukan dengan lebih cepat.
Bukan itu sahaja: jika jumlah pengikut di semua platform media sosial rasmi mencapai lima juta orang, setiap pemain akan dihadiahkan glider eksklusif bertemakan “Officer Whisker”.
Anda boleh layari laman web rasmi untuk daftar.









Discussion about this post