Blizzard Entertainment baru sahaja memperkenalkan Overwatch Rush, sebuah game hero shooter yang dibina khusus untuk pengguna peranti iOS dan Android.
Berbeza dengan versi asal yang menggunakan pandangan first-person, Overwatch Rush membawakan perspektif kamera dari atas atau top-down. Ia direka khas untuk sesi gameplay yang lebih pantas, ringkas, dan santai; sesuai dengan konsep gamer yang sentiasa bergerak.
Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi untuk game ini masih belum didedahkan kepada umum.

Overwatch Rush bukanlah port terus daripada versi PC atau konsol. Ia adalah pengalaman “mobile-first” yang memfokuskan kepada combat antara hero serta sistem modifikasi gaya permainan.
Ini membolehkan pemain mengubah suai watak kegemaran mereka mengikut kesesuaian, sama ada untuk bermain secara solo mahupun bagi memenuhi objektif dalam pasukan.

Blizzard menjelaskan bahawa matlamat utama adalah untuk membawakan dunia Overwatch dalam format yang lebih fleksibel, seperti ketika sedang menaiki bas atau semasa waktu rehat. Sistem kawalannya dilaraskan semula untuk skrin sentuh bagi menjamin kelancaran aksi tanpa bergantung kepada controller.
Namun begitu, pihak Blizzard memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti kemungkinan untuk menambah sokongan controller pada masa hadapan selari dengan kemajuan pembangunan game tersebut.

Blizzard memilih pendekatan yang lebih berhati-hati dalam fasa pelancaran dengan memulakan “Limited Geo Test” di beberapa negara terpilih. Fasa ujian ini penting untuk menguji tahap kestabilan server serta mengemas kini keseimbangan gameplay sebelum ia dilancarkan secara global ke pasaran yang lebih luas.
Overwatch Rush akan ditawarkan sebagai game free-to-play dengan pilihan pembelian dalam aplikasi.









Discussion about this post