Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Resident Evil Requiem – Definisi Sebenar Mimpi Ngeri & Aksi Yang Gamer Tidak Akan Lupa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 25, 2026
in Action, Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Review, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Resident Evil Requiem – Definisi Sebenar Mimpi Ngeri & Aksi Yang Gamer Tidak Akan Lupa!
Share on FacebookShare on Twitter

Resident Evil Requiem mengembalikan francais ini ke akar umbinya sambil menambah pelbagai idea baharu, termasuk menampilkan semula format dua watak utama dengan menggabungkan wajah baharu dengan hero kesayangan ramai.

Dengan sistem crafting yang diperbaharui serta grafik RE Engine, game seram ini tampil pada skala yang cukup besar dan bercita-cita tinggi. Kami meluangkan masa sekitar 10 jam untuk playthrough pertama di tahap kesukaran Casual… namun tempoh ini mungkin berbeza bergantung pada kehandalan anda bermain.

Di bawah adalah ulasan mengenai apa yang bakal pemain tempuhi dan pendapat kami.

Misi Grace dan Leon Untuk Membongkar Rahsia Victor Gideon

(Nota: Plot ini terhad kepada maklumat rasmi sahaja bagi mengelakkan spoilers).

Latar masa Requiem bermula 28 tahun selepas insiden Raccoon City, memfokuskan semula naratif ini kepada ancaman Umbrella dan senjata biologi ciptaan mereka yang mengerikan. Grace mengembara ke American Midwest untuk membongkar misteri selepas beberapa kes kematian di sekitar Wrenwood Hotel.

Tempat ini mempunyai kaitan peribadi buatnya; di sinilah ibunya, Alyssa Ashcroft, dibunuh pada lapan tahun yang lepas.

Bagi yang mungkin ingat, Alyssa merupakan salah seorang individu yang terselamat dari tragedi Raccoon City dan juga wartawan yang mendedahkan eksperimen kejam Umbrella, yang akhirnya membantu mengheret syarikat korporat tersebut ke keadilan.

Ketika semua itu berlaku, seorang individu misteri bernama Victor Gideon sedang memburu Grace kerana mempercayai wanita itu mempunyai suatu keistimewaan. Grace kemudian ditangkap dan dikurung di Rhodes Hill Chronic Care Center.

Serentak dengan itu, Leon S. Kennedy yang berkerja di bawah Division of Security Operations (DSO) sedang mencari Gideon atas misi peribadinya, dan pencarian tersebut membawanya ke Rhodes Hill di mana dia bertembung dengan Grace.

Persoalannya, apakah yang Gideon mahukan daripada Grace? Dan apakah rahsia di sebalik “Elpis,” perkataan misteri yang kerap ditemui Leon dalam fail siasatannya? Segala jawapan ini disembunyikan di Rhodes Hill dan berkait rapat dengan sejarah gelap Raccoon City.

Bagaimana Grace dan Leon Mengubah Mood Gameplay

Game ini sangat bergantung pada dinamik dual-protagonist. Namun, Grace dan Leon tidak sekadar memberikan dua perspektif yang berlainan; gaya permainan mereka berbeza bagai langit dan bumi, lalu mencipta mood dan aura yang cukup unik untuk setiap chapter.

Grace Ashcroft ialah watak baharu kita. Sebagai penganalisis teknikal FBI, dia ditugaskan ke Wrenwood Hotel untuk menyiasat kematian misteri. Tidak lama kemudian, dia diculik oleh Victor Gideon dan dibawa ke Rhodes Hill Chronic Care Center (momen menyeramkan di mana dia terbalik seperti dalam trailer).

Sesi gameplay Grace penuh dengan debaran. Dia bukanlah seorang pahlawan terlatih atau pakar survival; pergerakan dan reaksinya memang seperti orang awam. Dia mudah panik, akan menjerit apabila terdengar bunyi aneh pada waktu malam, dan kelam-kabut hingga tersadung kakinya sendiri ketika dikejar raksasa.

Jika memilih sudut pandangan first-person, elemen seramnya jauh lebih melampau. Anda boleh merasai setiap nafas dan jeritan paniknya terus ke telinga anda.

Melalui pandangan third-person pula, anda dapat menyaksikan sendiri pergerakan fizikalnya; kakinya terketar-ketar ketika berlari, dan dia terkapai-kapai menggunakan item sambil usaha mengekalkan keseimbangan badan. Ini membuatkan ketakutan yang dialaminya terasa sangat ‘real’ dan hidup.

Sebaliknya, Leon S. Kennedy ialah veteran yang tenang dan ‘cool’ seperti yang kita kenali. Langkah kakinya penuh yakin, mulutnya penuh dengan komen sinis, dan gaya bersahajanya seolah-olah dia sudah lali dengan mimpi ngeri sebegini. Melihat kelibatnya di skrin sahaja sudah cukup untuk memberikan pemain rasa selamat.

Walaupun chapter Leon menyajikan detik-detik yang meremangkan, namun mengawalnya dengan segala senjata benar-benar mengubah keseluruhan ‘vibe’ permainan. Daripada rasa seram dan pasrah, ia bertukar menjadi aksi, dan terasa sangat memuaskan apabila kita dapat membersihkan bilik yang dipenuhi musuh dengan penuh gaya.

Peralihan berterusan antara dua watak ini memastikan game ini sentiasa segar. Ini bukan taktik penceritaan, tetapi mekanik ini ‘reset’ keseluruhan pengalaman gameplay agar anda tidak bosan dengan seram berterusan mahupun aksi tembak-menembak yang melampau.

Grace dan Leon Mempunyai Strategi Berbeza Apabila Mengurus Barang dan Senjata

Game ini mengekalkan identiti Resident Evil iaitu eksplorasi kawasan yang saling berhubung serta pengurusan inventory. Walau bagaimanapun, cara Grace dan Leon menguruskan barangan mereka amatlah berbeza.

Gaya bermain Grace membawa gaya yang sangat mirip dengan Resident Evil 2. Dia bermula dengan hanya lapan slot inventory, dan beberapa item miliknya langsung tidak boleh di-stack. Anda dipaksa untuk sentiasa menyusun barangan dan banyak bergantung kepada item box dalam safe room.

Sepanjang penerokaan, pemain boleh mencari hip pouch yang akan memberikan tambahan dua slot setiap satu (replikasi sistem sama macam RE2). Memandangkan key item untuk puzzle turut memakan ruang yang berharga, anda pasti akan sentiasa berasa kesempitan ruang.

Dari segi senjata, Grace bermula dengan sebuah handgun biasa, sebelum menemui pistol yang sedikit lebih baik kemudiann, dan akhirnya menerima revolver Requiem yang kuat hasil pemberian Leon.

Keperluan lain yang digunakannya (seperti pisau, botol kaca, lockpick, herba penyembuh, dan scrap), kesemuanya perlu dikais dan dicari di merata tempat. Lebih jauh dalam permainan, selepas memperoleh sampel darah dan menyelesaikan puzzle atom menggunakan mikroskop laser, Grace akan membuka akses kepada sistem crafting.

Menggunakan alat Blood Collector untuk mengumpul darah musuh yang dijangkiti, dia boleh mencipta peluru handgun dan revolver, ubat penyembuh, bom Molotov, botol asid, serta Hemolytic Injector. Oleh itu, fokus utama Grace lebih kepada mengubah bahan mentah menjadi kelengkapan penting berbanding mengumpul peluru.

Leon pula dibekalkan dengan beg attaché case bersaiz 7×11 yang sangat luas sejak dari awal, memberikan gaya seakan-akan Resident Evil 4. Anda bebas menyusun ruang tersebut untuk memuatkan senjatanya yang pelbagai: pistol, revolver Requiem, shotgun, SMG, sniper rifle, dan bom tangan.

Menariknya, kali ini Leon turut dilengkapi sebilah kapak tangan. Anda boleh mengasahnya menggunakan whetstone, menggunakannya untuk menetak musuh, atau parry serangan kapak dan chainsaw pihak lawan.

Selagi anda gigih mencari bekalan di sekeliling, Leon jarang kehabisan peluru, dan kapaknya mampu bertahan sepanjang game tanpa sebarang kerosakan patah.

Bercakap tentang chainsaw, penggunaannya sangat-sangat memuaskan. Ada musuh yang akan menjatuhkannya, dan anda berpeluang mengutip serta menggunakannya untuk mencincang pihak lawan tanpa membazir walau sebutir peluru. Namun, pemain perlu berhati-hati.

Jika cuba merampas chainsaw yang enjinnya masih berputar secara membuta tuli, anda yang akan tercedera. Anda perlu menembaknya terlebih dahulu atau menunggu sehingga enjinnya terhenti. Zombie juga agak bijak kerana mereka boleh menggunakan senjata gergaji ini untuk menyerang, malah membalingnya ke arah anda.

Walaupun senjata ini hanya dapat kami gunakan dua kali dalam playthrough (kerana ia mempunyai had dan akan rosak), pengalaman tersebut cukup seronok.

Bagi aspek menjadi lebih kuat, kedua-dua watak turut mempunyai sistem yang sangat berbeza. Grace tidak mempunyai banyak laluan upgrade senjata selain beberapa attachment kecil untuk pistolnya. Sebaliknya, dia memfokuskan kepada peningkatan stats fizikalnya secara kekal.

Dengan mencari atau craft Steroid, dia boleh meningkatkan tahap max health, manakala penggunaan Stabilizer pula menaikkan damage senjata. Sistem progression Leon pula ibarat main balik RE4; setiap kali dia menumpaskan musuh, dia akan menerima credit, yang kemudiannya dibelanjakan untuk membeli bekalan serta upgrade senjata.

Dunia yang Luas dan Zombie yang Lebih Bijak

Reka bentuk peringkat memaparkan ciri-ciri yang anda inginkan dari game Resident Evil: susun atur yang luas, laluan mengelirukan yang penuh dengan pintu berkunci, serta jalan pintas rahsia. Pemain semestinya sudah arif dengan formulanya.

Anda menjelajah, dihalang oleh laluan tertutup, mencari key item yang spesifik, lalu membuka akses laluan yang baharu. Campuran pencahayaan malap, bunyi raksasa di sekeliling yang tidak putus-putus, serta suasana bangunan yang reput mencipta elemen seram yang pasti menambat hati peminat setia siri ini.

Zombie dalam game ini sebenarnya merupakan antara inovasi yang paling hebat. Pasukan developer telah memutuskan bahawa zombie masih memegang cebisan memori lama sewaktu mereka manusia, menyebabkan pekerjaan itu mempengaruhi corak serangan.

Zombie penyanyi akan melepaskan jeritan sonik yang menyakitkan telinga. Zombie tukang masak pula berjalan terhuyung-hayang di sekitar dapur sambil mengacukan pisau pemotong daging. Sebahagian daripada mereka turut mempunyai akal untuk melepaskan tembakan menggunakan senjata.

Setiap kali bertemu dengan jenis baharu, ia memberikan satu elemen kejutan. Di samping itu, tahap kebijaksanaan musuh elit dan bos juga telah sedikit ditingkatkan, membuatkan aksi memburu mereka terasa lebih taktikal.

Teka-teki Mencabar Tapi Tidak Menyakitkan Hati

Memandangkan kami bermain di tahap kesukaran Casual, tahap kerumitan puzzle tidaklah membuatkan kami pening kepala. Jika rajin meneliti dokumen-dokumen yang bertaburan, anda akan menjumpai pelbagai petunjuk untuk menyelesaikan tugasan dengan senang.

Jenis teka-tekinya pun kekal dengan identiti Resident Evil; iaitu memasukkan bateri ke dalam mesin, mencari kunci untuk membuka pintu, dan mendapatkan nombor kombinasi peti besi. Kadar susun aturnya juga seimbang.

Kebanyakan barang keperluan akan ditemui berhampiran dengan lokasi ia patut digunakan, sekali gus menjimatkan masa kita daripada terpaksa backtracking jauh merentasi keseluruhan peta.

RE Engine Sangat Realistik, dan Menakutkan

Requiem bakal merangkul takhta sebagai salah satu game dengan visual paling cantik dalam francais ini. Suasana jalan raya Wrenwood yang dibasahi hujan (seperti di dalam trailer) kelihatan jauh lebih gah apabila anda mula bermain.

Sistem pencahayaan yang dinamik, pantulan air pada kelopak air, serta butiran persekitaran yang sangat teliti memberikan tanggapan pertama yang mengagumkan, terutamanya di konsol PS5. Ketika berada di zon yang lebih gelap, pancaran lampu suluh yang membelah bayang-bayang berjaya menimbulkan rasa cemas dan saspens.

Model watak, tekstur permukaan, dan animasinya juga ditambah baik dan nampak jauh lebih kemas berbanding judul-judul terdahulu.

Namun, ada sedikit cacat cela. Di konsol PS5, anda akan menyedari sedikit kegagapan frame rate ketika beberapa cutscene dimainkan. Kekerapannya berlaku membuat kita sedar, tetapi ia berada pada tahap yang boleh diterima dan bersyukurlah tidak menjejaskan gameplay. Apabila mengawal watak, kelancarannya terasa dari awal hingga akhir.

Enjin grafik RE Engine sekali lagi membuktikan potensinya. Ekspresi wajah nampak semula jadi, rupa kulit dan lipatan fabrik kelihatan real, dan ‘gore’ terlebih memuaskan hati. Walau bagaimanapun, aspek audiolah yang benar-benar layak diberi pujian.

Kualiti bunyi 3D pada tapak kaki, dan rekaan bunyi persekitaran yang menakutkan sangat berkesan terutamanya ketika fasa awal permainan. Suasan tegang juga banyak didorong oleh pelakon suara Grace. Bunyi pernafasan, suaranya yang tersekat-sekat, serta jeritan terasa sangat ikhlas dan tulen.

Dia umpama manusia sebenar yang benar-benar ketakutan, sekali gus menarik kita ke dalam mimpi ngeri tersebut jauh lebih hebat berbanding sekadar menayang zombie pada skrin.

Pendapat

Secara keseluruhan, Resident Evil Requiem membuktikan ia adalah antara entri paling cemerlang yang pernah dihidangkan oleh francais ini. Dengan membahagikan naratif cerita antara dua watak yang memiliki corak berbeza, ia berjaya menawarkan pengalaman yang bervariasi tanpa membuatkan jalan ceritanya terasa berterabur.

Anda akan merasa takut panik, dan terdesak untuk meneruskan hidup sebagai menerusi Grace, yang kemudiannya diseimbangkan oleh fasa aksi berat Leon.

Reka bentuk persekitaran pun lawa, rekaan bunyi yang padu pasti meletakkan kita dalam keadaan berdebar-debar, dan inovasi zombie yang masih mengekalkan tabiat lama mereka adalah satu sentuhan yang menghidupkan ruang bertarung.

Cuma, boss fight mungkin sedikit tenggelam tanpa momen-momen cinematic gila dan epik seperti entri dahulu, manakala konsol PS5 turut mengalami sedikit kegagapan sewaktu cutscene. Tetapi jujur cakap? Itu hanyalah sekadar aduan kecil berbanding betapa pengalaman gameplay secara menyeluruh.

Resident Evil Requiem akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, dan Nintendo Switch 2 pada 27 Februari 2026. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

The Review

Resident Evil Requiem

10 Score

Resident Evil 9: Requiem merupakan satu entri hebat yang berjaya menggabungkan elemen seram klasik dan aksi moden melalui sistem dua watak utama, Grace Ashcroft dan Leon S. Kennedy. Dengan grafik RE Engine serta keunikan zombie yang mempunyai memori kehidupan lampau, game ini menawarkan pengalaman eksplorasi dan pengurusan sumber yang sangat seronok serta memuaskan. Walaupun ada sedikit isu prestasi pada cutscene PS5 dan bos yang kurang impak, kami mengangkatnya sebagai sebuah game yang wajib dimainkan oleh setiap peminat genre survival horror.

PROS

  • Dua watak utama menyajikan gaya permainan berbeza yang mengekalkan momentum game supaya sentiasa fresh
  • Reaksi ketakutan Grace yang realistik memacu elemen seram
  • Grafik dan audio sangat memukau
  • Zombie yang mewarisi sisa memori lama adalah twist yang bijak
  • Sistem pengurusan inventory dan crafting diolah secara adil dan seimbang buat kedua-dua watak
  • Meneroka persekitaran terasa sangat lancar, dan game memberikan panduan yang cukup untuk melepasi halangan puzzle tanpa menimbulkan stres

CONS

  • Boss fights kehilangan babak cinematic yang lazimnya disukai oleh peminat, lantas memberikan sedikit rasa kecewa

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Resident Evil Requiemreviu
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Sambil Cuba Durian Malaysia, Pengarah Ryosuke Horii Jawab Soalan Panas Yakuza/Like a Dragon!

Next Post

Sedia Jadi Anomaly Hunter? Neverness to Everness Akan Tiba April 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Sedia Jadi Anomaly Hunter? Neverness to Everness Akan Tiba April 2026!

Sedia Jadi Anomaly Hunter? Neverness to Everness Akan Tiba April 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd