Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco Tersilap Dedah ‘Dragon Ball Xenoverse 3!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 23, 2026
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Bandai Namco Tersilap Dedah ‘Dragon Ball Xenoverse 3!’
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berminggu-minggu berteka-teki dengan pelbagai teori, satu kesilapan teknikal di YouTube rasmi Bandai Namco Entertainment seolah-olah mengesahkan bahawa game “Project Age 1000” sebenarnya adalah Dragon Ball Xenoverse 3.

Dragon Ball Xenoverse 3 is the Age 1000 game announcement – YouTube playlist created by Bandai Namco Southeast Asia https://t.co/e3nRVg5tWo https://t.co/9nKZIyTILo pic.twitter.com/B2E0TsmXl4

— Wario64 (@Wario64) February 22, 2026

Kebocoran maklumat ini mula dihidu oleh pemberi maklumat terkenal, Wario64, melalui posting di X. Menurut beliau, YouTube Bandai Namco Entertainment Southeast Asia telah megeluarkan satu playlist awam bertajuk “DRAGON BALL Xenoverse 3” buat seketika sebelum ia disedari.

Satu-satunya video yang dimasukkan ke dalam playlist tersebut ialah teaser trailer bagi “Project Age 1000” yang mula ditayangkan bulan lepas. Walaupun pihak Bandai Namco segera memadamkan playlist tersebut sebaik sahaja ia mula tular, segalanya sudah terlambat.

Bagi komuniti peminat, insiden ini dianggap sebagai pengesahan yang mereka nantikan.

Apa itu Project Age 1000?

Di acara Genkidamatsuri pada Januari 2026, Bandai Namco mengumumkan “Project Age 1000,” sebuah game yang menurut mereka telah berada dalam fasa pembangunan selama hampir tujuh tahun.

Unveiling a never-before-seen original character—designed by Akira Toriyama—for the new Dragon Ball Game Project, “AGE 1000” set for 2027!

The latest updates will be unveiled at Dragon Ball Games Battle Hour 2026 in the U.S. on April 18-19. pic.twitter.com/vk8jVaMRJo

— Dragon Ball Games (@dragonballgames) January 25, 2026

Teaser trailer projek tersebut memperkenalkan seorang protagonis baharu yang sangat unik; iaitu seorang pahlawan muda berambut putih yang mengenakan pakaian berlogo Capsule Corp. Momen yang paling membuatkan kami teruja adalah apabila watak misteri ini bertukar menjadi Super Saiyan.

Bandai Namco mengesahkan bahawa watak tersebut merupakan antara rekaan terakhir yang dihasilkan sendiri oleh mendiang Akira Toriyama.

Walaupun kelibat Goku dan Vegeta ada muncul sekilas dalam video tersebut, fokus utama jelas terarah kepada hero baharu ini serta latar dunia yang jauh lebih futuristik berbanding apa yang pernah kita saksikan sebelum ini.

Penggunaan nama “Age 1000” menimbulkan perbincangan dalam kalangan peminat tegar. Dalam garis masa Dragon Ball, tahun 1000 merupakan era yang asalnya diterokai dalam game Dragon Ball Online (DBO).

Jalan cerita tersebut berlatarkan masa yang sangat jauh di masa hadapan, lama selepas era Z-Fighters berakhir, dan memfokuskan kepada generasi pahlawan baharu.

Tags: Dragon Ball Xenoverse 3
ShareTweetSend
Previous Post

Sempena Ulang Tahun Ke-30, Pokémon FireRed & LeafGreen Datang Ke Nintendo Switch Daripada GBA!

Next Post

Evangelion Umum Anime Baharu! Kolaborasi Antara Studio Khara & CloverWorks!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Evangelion Umum Anime Baharu! Kolaborasi Antara Studio Khara & CloverWorks!

Evangelion Umum Anime Baharu! Kolaborasi Antara Studio Khara & CloverWorks!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd