Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jepun Umum Sekolah Tuisyen Pertama Di Mana Tenaga Pengajar Adalah VTuber Sepenuhnya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 19, 2026
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Vtuber
0 0
0
Jepun Umum Sekolah Tuisyen Pertama Di Mana Tenaga Pengajar Adalah VTuber Sepenuhnya!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelajar di Jepun sudah terbiasa dengan rutin “cram school” yang memerlukan mereka menghabiskan waktu hingga lewat malam di dalam bilik darjah. Namun, norma ini bakal berubah melalui inisiatif terbaharu syarikat Luminaris. Mereka bakal menggantikan kelas tradisional dengan penggunaan VTuber sepenuhnya.

Memperkenalkan Virtual Cram School Wish High, sebuah platform pendidikan digital yang menampilkan barisan guru yang terdiri daripada VTuber profesional.

Sebelum ini, Luminaris pernah menawarkan kursus berasaskan VTuber untuk pelajar sekolah menengah rendah dan sektor korporat, namun Wish High merupakan projek pertama mereka yang menyediakan kurikulum lengkap sekolah menengah tinggi yang dikendalikan sepenuhnya oleh personaliti maya.

📣「勉強って、こんなにワクワクするんだ❣」
講師が全員VTuberの【バーチャル学習塾Wish/Wish High】🌈✨

中学生向け ▶︎ https://t.co/EkfsmpfK6u
高校生向け ▶︎ https://t.co/il18NaJioD
\どちらも年齢制限なし/

スマホやPCから”いつでもどこでも”学べる!
しかも先生は全員VTuber🎤… pic.twitter.com/wrWiKsRJi7

— バーチャル学習塾 Wish/Wish High (@vjuku_wish) February 16, 2026

Mereka bukan sekadar guru yang menggunakan filter wajah, sebaliknya adalah VTuber bebas yang sudah mempunyai nama. Para guru ini aktif menguruskan halaman sendiri, melakukan livestream, serta menghasilkan playthrough.

Dengan melantik pencipta kandungan yang sudah mahir menarik minat audiens digital, Luminaris yakin subjek yang dianggap berat akan menjadi lebih menarik dan mudah diterima oleh generasi yang dibesarkan dengan YouTube dan Twitch.

——————————————————
 ✏Wish 今日の授業について
——————————————————
本日は土曜日❣社会の授業です🌟

📌中1コース「産業の発展・応仁の乱」
📌中2コース「世界の緊張緩和と高度経済成長」
📌中3コース「入試直前演習」

Wishは中学で習う5教科を学べる"全年齢対象"のオンライン学習塾です📚…

— バーチャル学習塾 Wish/Wish High (@vjuku_wish) February 14, 2026

Kurikulum yang disediakan pun merangkumi pelbagai subjek seperti Matematik, Fizik, Kimia, Sejarah Dunia, Geografi, Bahasa Inggeris, Kesusasteraan Klasik, dan banyak lagi.

Platform ini akan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Mac 2026.

Selain daripada video pembelajaran yang tersusun, Wish High turut melancarkan YouTube khas supaya pelajar dapat berinteraksi dengan guru-guru mereka dalam suasana yang lebih santai di luar waktu pembelajaran formal.

Bagi memperkenalkan barisan pendidik mereka, Wish High bakal mengadakan dua sesi livestream istimewa pada bulan ini.

Yuran pengajian bagi perkhidmatan ini menggunakan model langganan bulanan pada harga sekitar 9,900 yen (kira-kira RM250.03). Buat masa ini, Virtual Cram School Wish High hanya ditawarkan secara eksklusif di Jepun.

Tags: VTuber
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic the Hedgehog 4 – Siapakah Amy Rose, Landak Pink Yang Disuarakan Oleh Kristen Bell?

Next Post

Epic Games Store – STALCRAFT: X, Return To Ash, & Residual Adalah Percuma Minggu Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Epic Games Store – STALCRAFT: X, Return To Ash, & Residual Adalah Percuma Minggu Ini!

Epic Games Store - STALCRAFT: X, Return To Ash, & Residual Adalah Percuma Minggu Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd