Pelancaran Resident Evil Requiem hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, tetapi komuniti peminat tegar sudah mula berteka-teki tentang apa yang bakal menyusul selepas ini. Walaupun Capcom memilih untuk terus merahsiakan, sebuah khabar angin/kebocoran info telah mendedahkan hala tuju francais ini untuk beberapa tahun akan datang.
Sekiranya maklumat ini tepat, peminat boleh bergembira kerana siri ini akan kembali kepada corak pelancaran tahunan yang akan berterusan sehingga ke penghujung dekad ini.
Buat masa sekarang, tumpuan utama memang terarah sepenuhnya kepada pelancaran Resident Evil Requiem. Namun, game tersebut tidak berhenti di situ sahaja.
Menurut AestheticGamer (atau lebih dikenali sebagai Dusk Golem), Capcom sedang merancang untuk menyokong game tersebut dengan sebuah expansion DLC besar pada penghujung tahun 2026.
Antara maklumat yang paling mencuri perhatian adalah mengenai beberapa “remake”. Setelah bertahun-tahun peminat merayu agar game-game klasik bukan daripada siri utama diberi nafas baru, nampaknya permintaan tersebut akhirnya bakal dikabulkan oleh Capcom.
- 2027: Resident Evil – Code: Veronica Remake
- Sering dianggap sebagai sekuel sebenar kepada Resident Evil 2, pengembaraan Claire Redfield di Pulau Rockfort dilaporkan bakal keluar pada awal tahun 2027. Walaupun status projek ini sering menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat selama bertahun-tahun, sumber dalaman kini mengesahkan bahawa ia adalah projek seterusnya dalam senarai Capcom.
- 2028: Resident Evil Zero Remake
- Menyusul selepas itu pada tahun 2028, Capcom dijangka akan melancarkan Resident Evil Zero Remake. Projek prequel ini dikatakan bakal memodenkan sistem unik “partner zapping” serta memberikan perspektif yang lebih segar dengan kualiti grafik terkini mengenai sejarah awal tercetusnya krisis T-Virus.
- 2029: Resident Evil 10
- Kejutan terbesar daripada kebocoran ini sudah pastinya adalah berita pembangunan Resident Evil 10. Walaupun kita masih menantikan Requiem, Capcom dilaporkan sudah pun memulakan proses produksi bagi judul utama kesepuluh ini. Walau bagaimanapun, peminat dinasihatkan supaya bertenang kerana maklumat tersebut menyatakan bahawa sasaran tahun 2029 adalah mengikut perancangan semasa; kerumitan dalam proses pembangunan mungkin akan menyebabkan tarikh pelancaran ini berganjak ke tahun 2030 atau 2031.
Perlu diingatkan bahawa seperti mana-mana maklumat yang bocor, perancangan ini pasti akan berubah. Pembangunan sebuah game adalah proses yang sangat dinamik, dan apa yang nampak seperti tarikh tetap pada hari ini mungkin akan ditunda pada masa hadapan.









Discussion about this post