Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Pengakhiran Buat Highguard? Laman Web Rasmi Kini ‘Gelap’ Selepas Pemain Hilang Secara Drastik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2026 - Updated on February 19, 2026
in Artikel, Berita, Shooter
0 0
0
[UPDATE] Pengakhiran Buat Highguard? Laman Web Rasmi Kini ‘Gelap’ Selepas Pemain Hilang Secara Drastik
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAS KINI 19 Februari 2026: Kita akhirnya mendapat sedikit penjelasan tentang kehilangan laman web Highguard. Selepas beberapa hari berdiam diri sehingga mencetuskan spekulasi bahawa game ini akan dibatalkan, seorang pembangun daripada Wildlight Entertainment telah tampil untuk menjelaskan situasi.

Update: One of the remaining Highguard developers said the website is down because it needs to be transfered and simplified, but it’s a low priority as they focus on delivering updates and content to improve. So apparently Highguard isn’t dead yet. #HighGuard https://t.co/IreGZCsQH9 pic.twitter.com/CnuzRv9tlZ

— Rebs Gaming (@Mr_Rebs_) February 18, 2026

Menurut pembangun tersebut, mesej “This site is currently unavailable” itu bukanlah petanda bahawa game akan ditutup dalam masa terdekat. Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa laman rasmi tersebut hanyalah dalam proses untuk “dipindahkan dan diringkaskan”.

Pembangun itu berkata bahawa usaha untuk memulihkan semula laman web tersebut buat masa ini adalah “low priority” bagi pasukan.

Buat masa ini, Highguard masih lagi “hidup”. Namun, dengan keadaan laman web yang serba kekurangan dan hanya dikendalikan oleh kru kecil, perjalanan game ini masih lagi sangat mencabar.


Nampaknya jangka hayat game Highguard yang penuh kontroversi bakal sampai ke penghujungnya. Baru-baru ini, komuniti pemain sedar bahawa laman web rasmi bagi game free-to-play raid shooter terbitan Wildlight Entertainment ini sudah tidak lagi boleh diakses.

Apa yang terpapar sekarang hanyalah skrin yang kosong… yang menguatkan lagi spekulasi bahawa gamee ini akan ditutup sepenuhnya dalam masa terdekat.

Setakat hari ini, laman web PlayHighguard.com masih lagi gagal berfungsi. Sesiapa yang cuba melayari laman tersebut hanya akan disambut dengan pesanan: “This site is currently unavailable,” yang disertakan dengan logo game dan satu alamat e-mel untuk bantuan teknikal.

Segala maklumat tentang mekanik gameplay, latar belakang cerita, atau pelan masa depan telah dipadamkan sepenuhnya. Bagi para pemain yang masih setia, ini dirasakan sebagai isyarat awal bahawa penutupan server bakal berlaku bila-bila masa sahaja.

Sebenarnya, nasib malang Highguard sudah mula lama sebelum isu laman web ini timbul. Ketika pertama kali diperkenalkan sebagai kejutan “terakhir” di Game Awards 2025 pada Disember lalu, sambutan yang diterima agak rendah.

Ramai penonton melabel judul ini sebagai terlalu biasa atau generic, malah ada yang sangsi sama ada pasaran masih memerlukan satu lagi game online-only hero shooter. Walaupun Wildlight Entertainment tidak banyak mengulas selepas pendedahan tersebut, game ini sempat meraih perhatian seketika semasa pelancarannya pada Januari.

Namun, momentum tersebut tidak bertahan lama.

Jika dilihat pada awalnya, Highguard seolah-olah menjadi sebuah kejayaan besar apabila berjaya mencatat rekod kemuncak sekitar 97,000 concurrent players di platform Steam. Malangnya, fasa itu berakhir dengan pantas. Dalam tempoh 48 jam pertama sahaja, majoriti pemain sudah mula meninggalkan game ini dan beralih ke judul lain.

Pada awal Februari, jumlah pemain telah merosot sehingga 99%, meninggalkan hanya sekitar 1,600 concurrent user yang masih aktif.

Keadaan ini secara tidak langsung membunuh model live-service yang diamalkan; tanpa pangkalan pemain yang besar, cosmetic shop di dalam game tidak mampu menjana pendapatan yang cukup untuk membiayai kos penyelenggaraan server dan pembangunan berterusan.

Today we made an incredibly difficult decision to part ways with a number of our team members while keeping a core group of developers to continue innovating on and supporting the game.

We're proud of the team, talent, and the product we've created together. We're also grateful…

— Wildlight Entertainment (@WildlightEnt) February 12, 2026

Pihak Wildlight Entertainment cuba menyelamatkan keadaan dengan memperkenalkan mod baru 5v5 serta pelbagai balance patche, tetapi usaha itu nampaknya sudah terlewat. Krisis ini mencapai tahap kritikal apabila studio tersebut terpaksa memberhentikan sebahagian besar kakitangannya.

Kini, hanya sekumpulan kecil yang ditinggalkan untuk menguruskan saki-baki operasi game tersebut.

Apa yang paling merisaukan sekarang adalah sikap membisu pihak pembangun. Walaupun laman web mereka sudah pun “mati”, Wildlight Entertainment masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan atau kenyataan rasmi di mana-mana media sosial lain.

Kebisuan ini seolah-olah mengesahkan bahawa Highguard kini hanya menunggu masa untuk dihentikan terus.

Tags: Highguard
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Story Time Stranger – DLC Terakhir Akan Tiba Mac 2026, Giliran X-Antibody Untuk Beraksi!

Next Post

Remake Bagi Resident Evil Code: Veronica & Zero Dalam Rancangan, Menurut Leaker Terkenal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Remake Bagi Resident Evil Code: Veronica & Zero Dalam Rancangan, Menurut Leaker Terkenal!

Remake Bagi Resident Evil Code: Veronica & Zero Dalam Rancangan, Menurut Leaker Terkenal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd