Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Story Time Stranger – DLC Terakhir Akan Tiba Mac 2026, Giliran X-Antibody Untuk Beraksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2026
in Artikel, Berita, DLC, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Digimon Story Time Stranger – DLC Terakhir Akan Tiba Mac 2026, Giliran X-Antibody Untuk Beraksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama pembangun Media.Vision telah mendedahkan DLC expansion ketiga dan terakhir buat Digimon Story Time Stranger. Diberi tajuk “Additional Digimon & Episode Pack 3: Anti-ParadoX,” DLC ini akan keluar pada Mac 2026 dengan membawa bab cerita baharu serta barisan Digimon yang lebih hebat.

Menerusi pek “Anti-ParadoX” ini, jalan cerita akan diperluaskan lagi melalui satu episod tambahan. Pemain bakal kembali berganding bahu dengan watak Dr. Simmons dan Asuna bagi menghalang Parallelmon… musuh yang mencetuskan huru-hara di dunia digital dengan kebolehan uniknya untuk merentas pelbagai dimensi.

Apa yang paling menarik buat para pemain dalam kemas kini kali ini adalah pengenalan lima Digimon baharu daripada varian “X-Antibody”. Bukan sekadar perubahan rupa atau kosmetik semata-mata, sebaliknya ia membuka akses kepada laluan Mega Digivolution baharu.

Ini membolehkan pemain mengevolusikan rakan digital mereka ke tahap yang jauh lebih kuat menerusi bentuk-bentuk berikut:

  • Omegamon X (Omnimon X)
  • Dukemon X (Gallantmon X)
  • UlforceVeedramon X
  • Magnamon X
  • Jesmon X

DLC ini boleh dibeli secara berasingan atau didapati terus sebagai sebahagian daripada Season Pass. Bagi pengguna yang sudah memiliki edisi Deluxe atau Ultimate, anda boleh memuat turun kandungan tambahan ini secara percuma sebaik sahaja ia dilancarkan.

Buat masa ini, Digimon Story: Time Stranger sudah boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam). Namun, akan datang ke Nintendo Switch serta Switch 2 pada 9 Julai 2026.

Tags: Digimon Story Time Stranger
ShareTweetSend
Previous Post

Kagurabachi Tamatkan “Part 1” Selepas 112 Chapter! Part 2 Bermula Minggu Ini!

Next Post

[UPDATE] Pengakhiran Buat Highguard? Laman Web Rasmi Kini ‘Gelap’ Selepas Pemain Hilang Secara Drastik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[UPDATE] Pengakhiran Buat Highguard? Laman Web Rasmi Kini ‘Gelap’ Selepas Pemain Hilang Secara Drastik

[UPDATE] Pengakhiran Buat Highguard? Laman Web Rasmi Kini ‘Gelap’ Selepas Pemain Hilang Secara Drastik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd