Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koei Tecmo Umum Dead or Alive 6 Last Round; Projek Game Baharu Turut Dalam Pembangunan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2026
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Koei Tecmo Umum Dead or Alive 6 Last Round; Projek Game Baharu Turut Dalam Pembangunan!
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan Team NINJA telah mengumumkan kepulangan salah satu francais fighting game paling ikonik di dunia melalui pendedahan Dead or Alive 6 Last Round, selain sebuah projek rahsia yang sedang dibangunkan sempena ulang tahun ke-30 francais tersebut.

Dead or Alive 6 Last Round

Dijadualkan untuk keluar pada 25 Jun, Dead or Alive 6 Last Round boleh dimainkan PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam). Dilabel sebagai “definitive edition”, merupakan penambahbaikan menyeluruh kepada game asal yang dilancarkan pada 2019.

Bagi memastikan kualitinya setanding dengan teknologi hari ini, versi baharu ini bukanlah sekadar port biasa. Ia dioptimumkan sepenuhnya untuk perkakasan moden bagi memberikan prestasi gameplay yang lebih lancar serta kualiti visual yang jauh lebih tajam.

Team NINJA turut memberi jaminan bahawa segala DLC costume, premium ticket, serta save data yang telah dibeli atau disimpan dalam versi standard Dead or Alive 6 boleh dipindahkan secara terus ke Last Round tanpa sebarang masalah.

Dari segi barisan petarung, game ini menampilkan 29 watak secara keseluruhan. Ini merangkumi 24 watak original serta lima watak DLC iaitu Nyotengu, Phase 4, Momiji, Rachel, dan Tamaki dari Venus Vacation.

Selain itu, aspek kosmetik turut disentuh di mana watak utama seperti Kasumi dan Marie Rose akan menerima lima costume eksklusif yang diinspirasikan daripada game popular Team NINJA yang lain, seperti NINJA GAIDEN 3: Razor’s Edge dan Dead or Alive Xtreme Venus Vacation.

Peminat juga boleh merakam setiap detik melalui Photo Mode terbaharu yang dilengkapi ciri melaras kedudukan serta pose watak.

Core Fighters Merupakan Versi Percuma

Turut dilancarkan secara serentak ialah Dead or Alive 6 Last Round Core Fighters, sebuah edisi free-to-play. Edisi ini menampilkan empat watak ikonik iaitu Kasumi, Marie Rose, Honoka, dan NiCO.

Pemain akan mendapat akses kepada online gameplay, mod “DOA Quest”, “DOA Central”, serta Photo Mode. Pemain versi F2P juga boleh berlawan dengan pemilik versi penuh. Team NINJA juga berjanji akan terus menyokong kedua-dua versi ini dengan kemas kini watak dan costume baharu sepanjang tahun hadapan.

Projek Ulang Tahun ke-30

Kejutan terbesar yang disimpan oleh Team NINJA adalah pembangunan “Projek Game Baharu” untuk PlayStation 5 (platform lain bakal disahkan kemudian).

Walaupun butiran lanjut mengenai mekanik gameplay masih dirahsiakan, pengumuman ini dibuat khas bagi meraikan ulang tahun ke-30 francais ini yang bermula di arcade Jepun pada 26 November 1996.

Tags: Dead or Alive 6
ShareTweetSend
Previous Post

Silent Hill: Townfall Rasmi Keluar Pada 2026 – Latar Tempat Di Scotland & Gameplay First-Person!

Next Post

Philips & SEGA Kerjasama Untuk Monitor Gaming QD-OLED Evnia – Khas Untuk Yakuza Kiwami 3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Philips & SEGA Kerjasama Untuk Monitor Gaming QD-OLED Evnia – Khas Untuk Yakuza Kiwami 3!

Philips & SEGA Kerjasama Untuk Monitor Gaming QD-OLED Evnia - Khas Untuk Yakuza Kiwami 3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd