Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[EKSKLUSIF] Interviu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Kupasan Combat, Rekaan Monstie & Gameplay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2026
in Action, Artikel, Berita, Eksklusif, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
[EKSKLUSIF] Interviu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Kupasan Combat, Rekaan Monstie & Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami mendapat kesempatan eksklusif untuk menemu bual pasukan pembangun Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection secara maya bagi membincangkan pelbagai pembaharuan ciri, mekanik gameplay, serta hala tuju reka bentuk game ini.

Barisan panel yang menyertai kami terdiri daripada Tsujimoto Ryozo selaku Produser Eksekutif, Kawano Takahiro sebagai Pengarah Seni, Wakahara Daisuke yang memegang peranan Pereka Game Utama, dan Pengarah Game, Oguro Kenji.

Variasi warna bagi Boltreaver Astalos dengan elemen Fire | Kredit: Capcom

Sepanjang sesi ini, mereka berkongsi perspektif bagaimana elemen combat, rekaan raksasa, dan pembinaan dunia diolah untuk menjadikan siri kali ini lebih strategik dan memberikan pengalaman yang lebih peribadi kepada pemain.

Habitat Restoration Mengembalikan Keindahan Alam

Oguro Kenji, Pengarah Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection | Kredit: Capcom

Apabila diajukan soalan mengenai fungsi Habitat Restoration dan rasional di sebalik penambahannya dalam game ini, Oguro Kenji menjelaskan:

“Seperti yang anda katakan, memulihkan persekitaran adalah sangat penting. Jadi, sebagai seorang Ranger, menghidupkan semula alam sekitar adalah salah satu elemen utama cerita. Mengambil kira perkembangan dari siri dan entri terdahulu—jika dalam game sebelum ini menggabungkan atau memadankan Gene itu penting untuk mencipta raksasa—dalam game baharu ini, apa yang kami benar-benar mahu pemain rasakan adalah bagaimana mereka boleh memulihkan habitat untuk mendapatkan Monstie baharu.”

Beliau turut menekankan cara ciri ini direka untuk memberikan pengalaman yang unik kepada setiap individu:

“Kami telah menambah banyak ciri baharu. Satu ciri penting ialah Monstie yang anda temui di setiap kawasan akan berbeza bagi setiap pengguna. Sebagai contoh, apa yang mungkin anda temui di medan anda, atau dalam satu habitat, akan sangat berbeza daripada Monstie yang ditemui oleh pemain lain dalam habitat yang sama, jadi ia unik untuk setiap pemain. Pada asasnya, sangat penting bagi pemain untuk mengalami cara berbeza menikmati game ini. Salah satu perkara utama adalah kami mahu pemain berasa seperti, ‘Saya mahukan raksasa elemen ini’, atau ‘Saya mahu raksasa warna ini’, dan mengejar serta mencari perkara itu sebagai sebahagian daripada keseronokan game ini. Jadi, salah satu elemen utama game ini ialah ciri Dual Element. Anda boleh membesarkan Monstie di habitat air dan membiarkannya mempelajari serangan Water, atau mencipta Monstie pada elemen Water dan membiarkannya mempelajari serangan Water dan sebagainya. Ia akan mengambil warna Water juga—warna istimewa bergantung pada elemen—dan itu adalah salah satu bahagian yang menyeronokkan dalam game ini.”

Dual-Element dan Strategi Combat

Wakahara Daisuke, Pereka Game Utama Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection | Kredit: Capcom

Menyambung perbincangan tentang dual-element, kami bertanya tentang impak elemen ini terhadap strategi gameplay, khususnya sewaktu combat. Wakahara Daisuke memberikan pencerahan berikut:

“Jika anda meletakkan dua elemen yang sama pada satu Monstie, contohnya Monstie Fire, dan menggunakan ciri Habitat Restoration untuk berikan dia elemen Fire juga, anda akan meningkatkan lagi elemen Fire tersebut dan menjadikannya lebih kuat berbanding raksasa satu elemen. Jika anda menukar warna, sudah tentu melalui ciri Dual Element, ia akan menjadi aspek yang boleh dinikmati dan dinantikan oleh ramai orang, iaitu raksasa dengan warna-warna yang berbeza. Untuk tujuan combat, anda akan mempunyai lebih banyak abiliti. Jika ada raksasa Fire, anda mungkin boleh mempunyai raksasa Fire dengan kebolehan abiliti Water, sebagai contoh. Jadi itu adalah sesuatu yang kami fikir akan membuka banyak cara baharu dan menarik untuk anda bermain game ini serta strategi combat baharu juga.”

Proses Kreatif Kinship Attack

Kawano Takahiro, Pengarah Seni Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection | Kredit: Capcom

Oleh kerana tertarik dengan keunikan Kinship Attack, kami meminta penjelasan mengenai proses pembangunannya. Kawano Takahiro berkongsi:

“Perkara yang kami pertimbangkan adalah tetapan, seperti tetapan permainan dan dunia Monster Hunter. Kami juga menonton banyak video Monster Hunter dan video gameplay, untuk mencari ciri-ciri yang hebat, menarik, dan unik bagi setiap Monstie. Ini adalah elemen yang dipertimbangkan untuk membantu dalam mereka bentuk Kinship Attack. Pada asasnya, melihat kesemua inspirasi berbeza ini memberikan saya banyak petunjuk. Kemudian, saya mempunyai pelbagai imej dalam minda tentang bagaimana rupa serangan Kinship ini, dan ia hanya soal memilih satu dan meneruskannya. Begitulah bagaimana ia terbentuk.”

Variasi Customization Bagi Slot Gem Senjata dan Perisai

Ranger, companion, dan variasi warna Ivory Lagiacrus dengan elemen Fire | Kredit: Capcom

Buat pertama kali dalam francais Monster Hunter Stories, edisi ketiga ini memperkenalkan sistem slot gem untuk senjata dan perisai, sekaligus menambah lapisan customization baharu untuk kelengkapan Rider. Kami bertanya mengapa sistem ini baru diperkenalkan sekarang dan tidak dalam siri terdahulu. Oguro Kenji menjelaskan:

“Sebenarnya, bukan idea yang baik untuk memasukkan terlalu banyak elemen ke dalam mana-mana game, jadi saya rasa itulah salah satu sebab mengapa ia tiada dalam entri terdahulu. Berbanding dengan game Monster Hunter [utama], dalam dunia Monster Hunter Stories, anda adalah seorang Rider bukan Hunter, jadi anda adalah penyokong yang berlawan bersama raksasa anda. Jadi, meletakkan elemen di mana anda lebih fokus pada Hunter dalam game sebelum ini dirasakan tidak sesuai, kerana kami mahu lebih fokus pada combat yang dilakukan oleh raksasa.”

Beliau menambah lagi:

“Jadi mengapa kami mengubah fikiran untuk Monster Hunter Stories 3? Kami mahu mempunyai lebih banyak ciri yang terasa lebih dekat dengan RPG tradisional, itulah sebabnya kami membawa ciri-ciri ini ke game semasa. Ini adalah game ketiga, jadi saya fikir ia akan menyeronokkan untuk pemain mainkan, dan saya fikir ia akan memperluaskan skop permainan. Penting untuk orang ramai menikmati game ini, dan menambah elemen baharu yang membantu mereka mencipta strategi baharu serta mendalami sistem combat adalah sangat penting.”

Sistem Batu-Kertas-Gunting dan Taktik Baharu

Babak lawan menentang Deviljho | Kredit: Capcom

Kami turut mengungkit tentang serangan AOE (Area of Effect) neutral yang berkuasa tinggi seiring dengan sistem klasik batu-kertas-gunting. Wakahara Daisuke mengesahkan:

“Ya, ia disengajakan. Saya mahu menjadikannya kurang penting untuk menang hanya dengan Janken (batu-kertas-gunting melalui Power-Tech-Speed) untuk bermain game ini atau memenangi pertarungan. Ia menambah banyak lapisan baharu kepada gameplay. Ia bukan sekadar Janken; dengan elemen baharu ini, anda perlu memikirkan banyak perkara berbeza. Contohnya, bila tahu serangan besar akan tiba, adakah anda perlu mengelak? Adakah anda akan menggunakan peluang ini untuk memulihkan diri? Adakah anda akan cuba memecahkan beberapa bahagian? Ada banyak perkara berbeza yang boleh anda fikirkan sambil mempertimbangkan serangan besar yang akan datang itu.”

Cabaran Reka Bentuk Monstie Boleh Ditunggang

Telur milik Boltreaver Astalos | Kredit: Capcom

Akhir sekali, kami bertanya tentang Plesioth yang kini boleh ditunggang (mountable). Kawano menerangkan cabaran yang dihadapi dari sudut reka bentuk:

“Sebagai contoh, bagi Plesioth, bahagian belakang sisiknya berwarna hitam dan ia kelihatan sangat tidak selesa untuk ditunggang. Jadi, kami perlu mencipta pelana atau meletakkan beberapa elemen untuk memastikan ia kelihatan mudah untuk ditunggang. Kami tidak perlu mengubah banyak kerana jika anda melihat reka bentuknya, ada ruang yang sangat sesuai di antara tanduk di mana ia kelihatan selesa untuk duduk. Jadi, kami tidak perlu membuat banyak perubahan berkaitan dengan itu.”

Beliau menegaskan lagi bahawa:

“Ia sudah direka seolah-olah ia memang sepatutnya ditunggang.”

Di samping sesi temu bual ini, kami juga berpeluang merasai sendiri pengalaman bermain Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection. Anda boleh membaca pandangan awal kami melalui artikel previu di SINI.

Nantikan ulasan penuh kami bagi Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection pada masa akan datang. Game ini akan dilancarkan pada 13 Mac 2026, untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: EksklusifinterviuMonster Hunter Stories 3: Twisted Reflection
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Hala Tuju Baru Mentakrifkan Semula Monster Hunter Stories!

Next Post

Sony Umum ‘God of War’ Trilogy Remake Bersama Pelakon Suara Original, TC Carson!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Sony Umum ‘God of War’ Trilogy Remake Bersama Pelakon Suara Original, TC Carson!

Sony Umum ‘God of War’ Trilogy Remake Bersama Pelakon Suara Original, TC Carson!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd