Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem DC Studios ‘Supergirl’ Bakal Tayang Pada 25 Jun 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem DC Studios ‘Supergirl’ Bakal Tayang Pada 25 Jun 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Warner Bros. Malaysia mengesahkan bahawa filem Supergirl bakal ‘mendarat’ di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Jun 2026.

Filem ini merupakan projek kedua dalam “Chapter One: Gods and Monsters,” sebuah projek reboot sinematik di bawah pimpinan ketua bersama DC Studios, James Gunn dan Peter Safran.

Milly Alcock, yang cukup dikenali menerusi wataknya dalam House of the Dragon, akan menggalas watak utama sebagai Kara Zor-El.

Berbeza dengan Clark Kent yang dibesarkan oleh ibu bapa penyayang di sebuah ladang, Kara membesar di atas serpihan planet Krypton yang musnah. Pengalaman melihat orang di sekelilingnya terkorban sepanjang membesar menjadikannya seorang watak yang lebih dingin dan kental.

Kisahnya bermula apabila Kara meraikan hari jadinya yang ke-23 dengan mengembara di seluruh galaksi bersama teman setianya, Krypto the Superdog. Namun, perjalanan itu bertukar menjadi bahaya apabila dia berdepan dengan musuh kejam, sekali gus memulakan sebuah “misi balas dendam.”

Dalam pengembaraan, dia bertemu dengan Ruthye Marye Knoll (Eve Ridley), seorang gadis muda yang ingin menuntut bela atas kematian bapanya. Kedua-duanya membina ikatan yang tidak dijangka ketika meneroka bintang demi mencari keadilan… atau mungkin, demi membalas dendam.

Pihak produksi telah mengumpulkan barisan pelakon ternama bagi filem ini:

  • Matthias Schoenaerts memegang watak antagonis sebagai Krem of the Yellow Hills, ketua kumpulan lanun angkasa dan penyeludup manusia kejam yang dikenali sebagai “the Brigands.”
  • Jason Momoa membuat kemunculan semula dalam DCU, namun bukan lagi sebagai Raja Atlantis. Selepas bertahun-tahun sebagai Aquaman, Momoa bakal menggalas watak Lobo, seorang tentera upahan dan bounty hunter asing.
  • Filem ini turut menampilkan David Krumholtz, Emily Beecham, dan Eve Ridley dalam peranan-peranan penting.
Tags: Supergirl
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Pokopia – Dunia Eksklusif Pokémon Di Mana Ditto Mengetuai Pengembaraan!

Next Post

Netflix One Piece Season 2 – Trailer Baharu Pamer Aksi Grand Line, Chopper Pun Ada!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Netflix One Piece Season 2 – Trailer Baharu Pamer Aksi Grand Line, Chopper Pun Ada!

Netflix One Piece Season 2 - Trailer Baharu Pamer Aksi Grand Line, Chopper Pun Ada!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd