Demo Monster Hunter Stories 3 baru sahaja dilancarkan, namun komuniti gamer nampaknya sudah mula ‘menguji’ had game ini dalam cara yang mungkin tidak dijangka oleh Capcom.
Walaupun kebanyakan pemain mengikuti jalan cerita yang ditetapkan, media sosial kini kecoh dengan imej dan video monstie yang (mengikut logik) sepatutnya mustahil untuk diperoleh seawal ini.
Secara spesifik, “Elder Dragon” Namielle dan “Prickly Wyvern” Espinas telah dikesan ada di overworld. Dalam situasi biasa, pertembungan ini dianggap sebagai “mustahil untuk dikalahkan” memandangkan demo ini mengehadkan pemain setakat Level 10 sahaja, dan telur mereka juga sepatutnya tidak boleh didapati di Den biasa.
Namun, perkara yang “mustahil” itu sudah pun berlaku. Suasana di media sosial mula kecoh apabila seorang pemain berkongsi bukti memiliki Namielle dalam active party beliau. Walaupun tidak jelas sama ada ia dicapai melalui exploit tertentu atau urutan spawn yang sangat bertuah, ia telah mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan peminat.
Selain itu, satu lagi mekanik baharu dan juga sangat penting dalam Monster Hunter Stories 3 ialah Habitat Restoration. Dengan menewaskan “Feral Monster” (iaitu versi raksasa yang tercemar) pemain boleh membuka camp baharu dan menghidupkan semula kawasan mengikut elemen tertentu.
Menariknya, para pemain mendapati bahawa sistem Habitat Restoration ini adalah kunci untuk mendapatkan kuasa besar di awal permainan. Walaupun ia belum dikesan di overworld, telur Dreadqueen Rathian sebenarnya muncul melalui habitat yang telah dipulihkan ini. Ini bermakna pemain yang gigih boleh menambah Deviant monster ke dalam pasukan mereka secara rasmi sebelum game penuh dilancarkan lagi.
Game ini akan dilancarkan pada 13 Mac 2026, untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam. Segala kemajuan dalam versi demo dijangka akan dibawa masuk ke dalam versi penuh game itu nanti.









Discussion about this post